Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Monday, November 5, 2012

SYEIKH ABD LATIF SOLEH AL FARFOUR bersama orang utara malam ini

Mereka yang berkelapangan JOM Turun 
malam ini di MATIN 
Mahad Tahfiz Ustaz Yus
 Prof. Dr. Muhammad Abdul Latif Al-Farfour dilahirkan pada tahun 1364H / 1944M di bandar Damsyik Al-Faiha‟ dalam sebuah keluarga yang meru
pakan penduduk jati dan asal Damsyik. Keluarga tuan guru merupakan sebuah keluarga yang amat disegani dan terkenal dengan keilmuan, kehakiman dan kefatwaan sejak ratusan tahun.


Tuan guru menerima didikan ilmu agama secara talaqqi daripada ulama'-ulama' tempatan yang mulia-mulia. Ulamak yang lebih banyak menghulurkan tangan bimbingan ilmu kepadanya ialah bapanya sendiri, iaitu Sohibus Samahah Murabbi Agung al-'Allamah Syeikh Muhammad Soleh Al-Farfour Al-Hasaniyy, seorang sasterawan dan penyair yang faqeh (alim Feqah), Usuliyy (alim ilmu Usul Feqah), Mutakallim (alim ilmu Tauhid) dan Nazzor (alim ilmu Munazorah) – moga Allah merahmati dan meredhainya. Hasilnya, tuan guru mempunyai beberapa ijazah keilmuan yang boleh dibanggakan daripada guru-gurunya itu.

1] Ijazah yang paling besar ialah Ijazah yang mulia daripada bapanya.
2] Ijazah daripada Mantan Mufti Syria, yang mulia al-'Allamah Dr. Muhammad Abi al-Yusri 'Aabidiin Rahimahullah.
3] Ijazah daripada Sohibus Samahah Mufti Maliki dan Ketua Perikatan Ulamak, al-Marhum as-Sayyid asy-Syarif Muhammad al-Makkiyy al-Kattaaniy Rahimahullah.
4] Ijazah daripada seorang ulamak hadith Mekah, Syeikh 'Alwi 'Abbas Al-Malikiyy Rahimahullah - Moga redhaNya ke atas mereka dan selain mereka.


No comments:

Post a Comment