Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Monday, November 19, 2012

PAS TIDAK KELUAR DASAR ISLAM - DATO HARON DIN


Tahaluf Siasi PAS dalam PR masih relevan


PAS TIDAK KELUAR DASAR ISLAM - DATO HARON DIN

KOTA BARU: PAS tidak pernah terkeluar daripada landasan dan dasar parti untuk menegak dan memperjuangkan Islam.
Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din berkata, dasar berkenaan tidak pernah berubah walaupun parti berkenaan menjalinkan kerjasama politik dengan sekutu mereka dalam pakatan pembangkang iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
"Majlis Syura sentiasa berbincang dan melihat hala tuju PAS bahawa parti ini berada dalam landasan yang betul," katanya pada Muktamar Tahunan PAS ke-58 di sini, Jumaat.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan perwakilan Kalabakan, Kasman Karate berhubung kenyataan ahli Majlis Syura PAS berkaitan hala tuju parti itu yang didakwa sudah menyimpang.
Soalan itu dilihat merujuk kepada kenyataan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa baru-baru ini bahawa parti itu sudah lari daripada matlamat asal perjuangannya.
Mengulas lanjut, Haron berkata, Majlis Syura akan memperhalusi dengan teliti setiap isu yang dibangkitkan sehingga semua ahlinya berpuas hati dan bersetuju dengan keputusan yang dibuat.
Bagaimanapun beliau turut melahirkan rasa hairan berhubung kenyataan pemimpin tertentu berkaitan hala tuju PAS.
"Dalam mesyuarat seperti tak ada pertelingkahan tapi dalam sidang media ada terdengar suara-suara yang seolah-olah tak setuju dengan keputusan Majlis Syura.
"Tetapi orang-orang seperti ini tak pernah beri pandangan begitu dalam mesyuarat tapi di luar mesyuarat perkara itu timbul.
"Pandangan peribadi kadang-kadang terbawa di luar mesyuarat dan mungkin ada sedikit perbezaan pendapat yang tidak perlu diperbesar," katanya lagi.

No comments:

Post a Comment