Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Sunday, November 25, 2012

Pondok Tuan Guru Haji Salleh Musa Sik hidupkan 10 Muharam


10 Muharam 1434 

Pondok Tuan Guru Hj Salleh Musa sekali bersama masyarakat mengadakan hari khusus untuk majlis penghayatan 10 Muharam 
10 Muharam kali ini lebih bermakna buat warga Pondok Ar Rahmaniah kerana pengisian ibadah sepanjang hari , bermula dari pagi dengan majlis membuat bubur asyura , seterusnya majlis Membongkar Kesesatan Syiah , disebelah petang kuliah khas untuk perjuangan . Majlis berbuka puasa secara jemaah .Disebelah malam pula majlis Munajat Khas untuk Palestin dan Kemenangan Pilihanraya buat Parti Islam  Semalaysia PAS . 
Turut berucap dalam majlis semalam YB Che Uda , Ustaz Bakilani Tim YDP PAS Kawasan , Syeikh Muslim selaku Pengerusi Madrasah Ar Rahmaniah .
Alhamdulillah masyarakat diberi suntikan supaya menghayati 10 Muharam dengan  berpuasa dan 
mendapat pendedahan tentang sejarah Muharam dan 10 Muharam . 

Majlis ini Insyallah akan diteruskan sebagai acara tahunan Madtrasah Ar Rahmaniah . 
Tuan Guru Hj Salleh pagi tadi menyeru supaya 2 Majlis Penting yang pertama Majlis Hari Wukuf dan Hari Asyura dijadikan acara tahunan Madrasah selain perayaan lain seperti Maulidur Rasul SAW , Israq Mikraj , Nisfu Syaaban dan sebagainya mesti diteruskan supaya masyarakat terikat dengan agama dan sentiasa menghayati kehidupan beragama 

Membongkar Kesesatan Syiah di Madrasah Ar Rahmaniah Sik Kedah , 10 Muharam 2012













Munajat khas sempena 10 Muharam 2012 di Madrasah Ar Rahmaniah Sik Kedah




















No comments:

Post a Comment