Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pas yakin dapat merealisasikan cita-cita Islam yang diperjuangkannya dengan sempurna "tanpa gangguan syaitan yang dikenali dan tidak dikenali."
Dalam pandangan terbaru dikeluarkan hari ini, Presiden Pas itu berkata, beliau ingin menegaskan sekali lagi bahawa pelaksanaan enakmen Islam adalah hanya untuk orang Islam, sama sekali tidak untuk bukan Islam.
Sehubungan itu, katanya, Pas tidak membawa perkara ini di Kedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang kerana tidak mencukupi syarat secara demokrasi.
"Sekiranya rakyat memberi kuasa dalam Pilihan Raya Umum ke-13 kepada Pakatan Rakyat, maka Pas yakin dapat membawa mesejnya dengan sempurna tanpa gangguan syaitan yang dikenali dan tidak dikenali," kata beliau.
Ia dilihat sebagai pandangan secara bertulis, yang panjang lebar dikeluarkan oleh Abdul Hadi dalam bulan ini.

Kata Hadi, Pas berlainan dengan Umno dan sangat berbeza kerana pihaknya tegas mengikut undang-undang tubuhnya, menjadikan Islam hukum tertinggi, dasar dan matlamat perjuangannya Islam yang sempurna, maka termasuk urusan politik negara.
"Sekiranya dikaji Surah Al-Maidah yang diturunkan di Madinah, terdapat didalamnya undang-undang jenayah, di antaranya hudud," kata beliau.
"Kebanyakan sebab nuzulnya (turun ayat) adalah berkait dengan sikap penganut bukan Islam yang dijawab secara wahyu. Perkara ini dapat dirujuk dalam kitab tafsir dan sejarah Islam," kata beliau lagi.
Ahli Parlimen Marang ini menambah, Pas berijtihad memilih demokrasi bagi mencapai kuasa pemerintahan dan melaksanakan Islam termasuk hukum hudud kerana pendekatan demokrasi secara damai bersesuaian bagi menyelamat manusia bersama Islam tanpa paksaan walaupun memakan masa yang panjang sehingga beberapa generasi serta pemimpin pergi dan datang.
"Maka proses pelaksanaan undang–undang termasuk hudud dibawa ke dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan dan Terengganu setelah mendapat mandat kemenangan besar dalam pilihan raya lalu.
"Undang-undang jenayah Islam termasuk hudud dipamerkan lebih dahulu kepada masyarakat umum berbagai agama, dibentang dan dibuka kepada proses soal jawab terlebih dahulu sebagai satu proses pendidikannya," kata beliau lagi.
Mengulas lanjut isu itu, katanya, DAP pula bukan parti Kerajaan Pusat yang berkuasa sepenuhnya seperti MCA.
"Ahli DAP banyak terdiri daripada masyarakat bukan Islam yang tertindas oleh kekayaan MCA, MIC dan semangat kebangsaan Umno yang terlalu tinggi.
"Maka Pas lebih mudah berkira dengan DAP. Perkara hudud boleh dibincang secara ilmu dengan adil dan bebas," katanya.
Malah menurut beliau, hubungan Pas dengan DAP dan PKR bukan Islam dalam Pakatan Rakyat adalah secara muafakat.
"Maka isu pelaksanaan Islam oleh Pas dalam negeri Pakatan Rakyat adalah berpandukan kepada hukum tahaluf siyasi dalam feqah siyasah.
"Ini perkara yang perlu difahami oleh penyokong Pas dan rakyat seluruhnya," katanya lagi.
Beliau mengulangi bahawa Pas tetap tegas dengan perjuangan Islamnya dan DAP pula tegas dengan perjuangannya.
"Dalam hal ini kerjasama berlaku dalam titik persamaan dan hak berbeza pendapat tetap dihormati dan hak penganut bukan Islam wajib diberi dengan adil," katanya lagi
No comments:
Post a Comment