Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Wednesday, October 10, 2012

Pengamal Tariqat Naqshbandi jangan Taksub sebab mana boleh sujud pada Makhluk

Pandangan peribadi saya berkaitan ahli pengamal Tarikat Naqshabandi janganlah terlalu taksub pada guru . Guru kalian adalah makhluk . Saya mengikuti facebook mengenai gambar diatas ini ada juga komen dari pengikut Tarikat Naqsyabandi yang mengatakan syujud ini bukan sujud ibadat tetapi sujud hormat kepada guru . Setahu saya setakat pengajian yang saya pelajari, tidak ada sujud bagi makhluk ,adapun sujud malaikat kepada Nabi Adam bukan sujud seperti kita dalam solat,  malaikat hanya tunduk kepada tanda hormat sahaja , tidak ada istilah sujud hormat guru dalam pengajian ahli sunnah . Mengikut pengajian aliran ahli sunnah wal Jamaah dari bahasan ilmu aqidah dan ilmu fekah haram rukuk dan sujud pada makhluk . Saya menyeru kepada pengamal Tariqat jangan hanya kalian hanya hendak bezikir, dalamilah ilmu agama seperti  Tauhid , Fekah , Tasauf yang mana merupakan ilmu asas dalam Islam  . Islam bukan di pakaian dan kumpulan . Wajib kita pelihara Iman dan Islam kita jangan kita taksub .

Pada suatu hari seorang arab Badwi bertemu Rasulullah
Rasulullah sedang menunggang unta , Badwi itu bertanya Rasulullah saipa kamu ?
Rasulullah menjawab " Ana Rasulullah "
Badwi itu menjawab " Saya tidak percaya "
Badwi berkata lagi " Apa bukti mu yang membuktikan kamu Rasul Allah "
Rasulullah kata " Kamu pergi ke arah pohon tamar yang mati itu , kamu bagi tahu kepada pokok itu Muhammad kirim salam "
Badwi itu pun laksanakan suruhan Rasulullah .
Takdir Allah Pokok tamar itu begerak dan datang kearah Rasulullah dan condong tanda hormat pada Rasulullah "
Melihat mukjizat Rasulullah , Badwi itu rasa sangat hairan dan dia minta izin dia hendak sujud pada Rasulullah .
Rasulullah larang Badwi itu dari sujud kepada baginda .
Larangan Rasulullah ini memberi faham HARAM MAKHLUK SUJUD KEPADA MAKHLUK !!!
(Cerita ini ada dalam kitab Muhimmah dan saya belajar dari guru saya Tn Guru Hj Salleh Musa Sik Kedah)

17 comments:

  1. benar,,haran bagi manusia Sujud kepada Maukhluk ,,hatta kepada Nabi pun nabi larang..dalam kisah Unta sujud pada nabi,lalu sahabat bertanya,,sedangkan haiwan yang tidak berakal ini sujud kepada Mu,kami apatah lagi..lalu nabi melarang dan menjawap,jika dibenarkan Makhluk sujud pada makhluk,nescaya akan ku wajibkan isteri sujud pada suaminya..benarkh? kami hanya hafal sja crita dan hadits ini..huhu Allahu 'Alam..

    ReplyDelete
  2. bukan sujud...tapi sujud cium kaki....luaskan pembacaan dan berguru.... jgn hukum dan dengar sebelah pihak dan gambar tak semestinya dapat kita tafsir secara tepat apa kejadian sebenarnya ust.helmi.... jumpa sendiri dengan mawlana syeikh hisham dan khalifah2 beliau....tasauf dan tarekat saling berhubung.... lihat kitab fathul bari syarah sohi al-bukhary ada di huraikan mengenai mencium kaki para ulama' dan ahlul bait... wallahu a'alam... antum lebih 'alim...lakukan siasatan dengan disiplin ilmu yg benar

    ReplyDelete
  3. keterlaluan....payah nak faham...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum wbt. Tuan ustaz, saya pernah di beritahu oleh arwah ibu saya ttg tanda org berugama ada 4. 4 tanda itu ialah:
    1. Jazam iktiqadnya
    2. Sadiq kasadnya
    3.membuat apa yg d suruh
    4.meninggalkan segala lsrangan

    Yg pertama jazam iktiqadnya ialah seorang itu tahu memfaraqkan yg muhaddas dgn yg qadim. Kerana seorang yg tahu memfaraqkan muhaddss yg qadim ini membezakan dr fahaman jabariah qadariah muktazillah
    Majusi nasrani yahudi wahabi dll lg. Minta tolong tuan ustaz jelaskan memfaraqkan muhaddas dgn yg qadim. Bantuan ustaz sgt3 dibperlukan tk.

    ReplyDelete
  5. salam

    tompang sikit.

    Sujud Memang Hanya Kepada Allah. kecuali jika Allah memerintahkan sujud seperti Perintah Allah menyuruh malaikat sujud kepada Adam.. hanya Iblis yang tak sujud kerana sombong dan bodo sombong.

    Dalam hal puak2 dalam gambar tu.. nauzubillah..

    Pertama mereka itu tak belajar ilmu yang betol pasal tu jadi macam tu.

    kedua pakaian yang di pertonton kan bukan melambang kan keimanan. Iman tersembunyi dalam hati hanya Allah saja yang mengetahui.

    ketiga Janganlah kerana sekor kerbau yang berlumpur maka di yakini semua kerbau berlumpur

    keempat..Bidang ilmu Tarikat adalah cabang ilmu mukasyafah seperti disebut oleh Imam Al Ghazali dan tidak boleh di bukakan pada ramai kecuali kepada ahlinya..

    jadi amalan puak2 tersebut bukanlah berada dalam amalan Ahli tarekat yang benar.. mereka telah menyelewengkan dengan bertopengkan nama tarekat.. ingat kata pepatah melayu..Hanya Jauhari Mengenak manikam.

    Walau nampak bersinar belum pasti manikam selagi belum disahkan oleh seorang Jauhari.

    Maka bertanyalah kepada Jaauhari jika ingin mengetahu manikam..

    wallahu aklamu bissawab.

    ReplyDelete
  6. Kepada pembaca jagan salah tafsir dari pandangan anda.. sila kaji betul-betul sebelum berkata-kata... takut boleh jadi fitnah...

    ReplyDelete
  7. oleh yang demikian, dalam mencari ilmu agama ini jangan sesekali meninggalkan salah satu ilmu Tasawuf, Feqah dan Tauhid. Beramal dan berilmu adalah lebih baik. adalah lebih baik bersangka baik daripada buruk, kita tidak mengetahui perkara sebenar-benarnya apa yang terjadi pada gambar tersebut. jangan cepat menjatuhkan hukum sedangkan hukum hanya Allah SWT yang mempunyai hak tersebut. Yang buruk jadikan sempadan dan yang baik jadikan amalan dan ikutan.
    wallah hu alam...

    ReplyDelete
  8. saya setuju dengan ustaz Helmi, blh tgk dalam youtube, Nazim Qubrusi & Hisyam Kabbani mmbenarkan tangannya disentuh dan dicium oleh perempuan bukan mahram tanpa lapik, dan ada juga video Nazim ni suruh pope doakan utuk dia, nauzubillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum...Jika seseorang yang bertarikat tanpa bersyariat maka sesatlah...jika bersyariat tapi tidak bertarikat maka fasiklah...itu yang saya ada faham ...kalau betul mereka perilaku sebegitu maka mereka dalam golongan bertarikat tapi tidak bersyariat...syariat dengan tarikat tidak dapat dipisahkan kerna syariat adalah al-quran dan tarikat adalah sunnah...wallahualam......

      Delete
    2. Bismillah..
      tahukah Syeikh Nazim dan khalifah beliau bermazhab Imam Hanafi? adakah isu bersentuhan tanpa berlapik itu sepertinya dlm bermazhab Imam Shafie?...

      Delete
  9. ..Dulu Malaikat disuruh sujud kepada Mahluk. yang bernama Adam.. (^_^)... , .. di Hari Raya Iedul fitri saya juga sujud di kaki Ibu saya untuk mendapat Ridho beliau... dan ANDAI SAYA BERTEMU RASULULLAH SAW.. SAYA AKAN bersujud di kaki beliau....

    ReplyDelete
  10. Sy setuju sgt dgn luqman hakim..
    Syariat n hakikat bercantum...baru bertemu dgnNya

    ReplyDelete
  11. Yg mengatakan tentang bersentuhan lelaki dan wanita bukan mahram dlm mazhab hanafi.. bolehlah lihat penerangan sheikh nuruddin yg juga bertariqat..

    Wanita tua..

    ReplyDelete
  12. Yg kita lihat bersalaman dgn hisham kabbani...Subhanallah muda amat..

    ReplyDelete
  13. Sheikh Nazim mengatakan bahawa Imam Mahdi adalah anak Hassan Askari (imam syiah ke-11)...

    Apa pandangan tuan2?

    ReplyDelete
  14. Dalamilah ilmu tauhid, fekah, tasawuf? Bagaimanakah cara tuan mendalami ilmu2 di atas tanpa nafas tariqat dan tanpa ilmu zikr?

    ReplyDelete

ampuni kami