Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Monday, October 15, 2012

Kekalkan silibus SAR

Terima Kasih YB Cikgu Uda dan ucapan Tahniah atas suara bagi pihak SAR

Tahniah YB Che Uda menyuarakan hasrat kami pendokong SAR dan Pondok .
YB Che Uda perlu utarakan banyak lagi soal pendidikan terutamanya masa depan pendidikan Islam Malaysia .
Insyallah moga cikgu bertanding PR 13 Parlimen Sik dikekalkan kemenangan .Insyallah seluruh jentera sudah bersiap sedia bagi mempertahankan kemenangan Kerajaan PAS Kedah dan seterusnya ingin menawan Putrajaya . Moga dengan kerajaan baru SAR dapat berkembang pesat demi martabat pendidikan Islam di Malaysia kearah lebih baik ...


KUALA LUMPUR: PAS tidak bersetuju kemungkinan kerajaan mengubah sukatan pelajaran yang digunakan oleh Sekolah Agama Rakyat (SAR) jika status sekolah tersebut ditukar kepada Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

Che Uda Che Nik (PAS-Sik) berkata, tenaga pengajar SAR mula menyuarakan kebimbangan mereka jika kerajaan mengubah sukatan dan tradisi pengajaran kitab lama yang diwarisi turun temurun daripada ulama terdahulu.

"Bila tukar status, silibusnya perlu diubah. Ini yang kita tidak setuju, kerana apa? Kerana pusaka datuk nenek kita yang membaca kitab lama ini adalah penting. Kalau kita mendaftar, tradisi itu kita buang. Yang ini para ustaz tak mahu terima. 

"Adakah menteri akan menteri pelajaran boleh memberi jaminan jika didaftarkan, kita boleh kekalkan silibus itu. Soalnya silibus, bukannya soal kuasa, tanah dan lain-lain, itu soal yang kedua," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu mencelah ucapan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau juga berkata, SAR bersedia ditukar kepada SABK jika kerajaan dapat memberi jaminan tidak akan mengubah silibus pengajaran.

Sebelum itu, Che Uda menyentuh mengenai keadaan sekolah di luar bandar yang masih daif dan kekurangan fasilitu berbanding sekolah di kawasan bandar.

"Sekolah di luar bandar masih tertinggal dari segi kemudahan fasiliti.

"Guru-guru di sekolah luar bandar sedih kerana tumpuan kepada sekolah yang cemerlang di bandar sahaja tapi tidak kepada sekolah biasa sehingga berlaku perbezaan taraf. Sekolah yang tinggi benar-benar tinggi tapi yang rendah terus rendah," katanya

No comments:

Post a Comment

ampuni kami