Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Friday, October 26, 2012

Hari Wukuf Bersama Tuan Guru Hj Salleh Musa Pondok Ar Rahmaniah Sik Kedah


Hari Wukuf Arafah di Madrasah Ar Rahmaniah

Hari Sejarah buat Madrasah Ar Rahmaniah , Pondok Tuan Guru Hj Salleh Musa kerana dapat menganjurkan majlis munajat semperna wukuf arafah . Walaupun malam raya masing- masing ada tugasan tersendiri namun hampir 2000 orang hadin , jam 6.30 petang dimulakan dengan tazkirah dari ustaz Ibrahim Pemangku Dewan Ulama PAS Kawasan Sik , apabila azan dikumandangkan seluruh peserta berbuka puasa berjemaah . Makanan disediakan oleh pihak madrasah hasil sumbangan MB Kedah dan YB Parlimen Sik serta sumbangan pelajar Madrasah.

Tuan Guru Hj Salleh Musa memimpin Munajat Khas sempena Hari Wukuf .
Munajat ini khas untuk kesejahteraan dan kemenangan Islam di Malaysia khususnya .
Setelah munajat Tn Guru Hj Salleh pimpin Bacaan Yassin .
Tazkirah disampaikan oleh Tuan Guru Hj Salleh ,
Tuan Guru melahirkan rasa syukur kerana dihari Wukuf ini para muridnya dapat berkumpul dan bermunajat
.Majlis ini pertama kali diadakan di Madrasah Ar Rahmaniah dan Tuan Guru berjanji akan adakan majlis ini sebagai program tahuan Madrasah.
Dalam ucapan tuan guru, beliau menyentuh kisah pengorbanan Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Ismail yang sanggup berjuang demi melahirkan insan bernama Muhammad SAW
Selain itu Tuan Guru menyeru seluruh jemaah supaya menaikan semangat juang demi menghadapi pilihan raya ke 13 .
Tuan Guru meminta supaya munajat terus diadakan sentiasa di seluruh tempat bagi memastikan kejayaan parti Islam menguasa pemerintahan kali ini .
Selain itu Tuan Guru berkata kita perlu menghayati perjuangan para anbia , kita mesti sabar dalam perjuangan seperti  Nabi Allah Ibrahim bermula dari Iraq hijrah ke Palestin kerana tekanan dari Namrud dan ayahnya sendiri seterusnya dari Palestin ke Makkah . Kita pejuang Islam mesti sabar menempuhi ujian dan halangan perjuangan .
Pondok Ar Rahmaniah dengan cara RASMINYA MENOLAK YAYASAN PONDOK 1 MALAYSIA
kerana kita yakin dan percaya Yayasan ini ditubuhkan atas usha UMNO /BN yang dalam keadaannya hampir hilang pengaruh .

Selain Tuan Guru Hj Salleh , Syeikh Muslim anak kepada Tuan Guru turut memberi tazkirah . Diantara nasihat beliau kita mesti bersabar dan jangan tinggal solat dalam meneruskan perjuangan menuju kemenangan , kerana perintah sabar dan solat ini Allah sebut cara jelas dalam Al Quran Karim ...

Mengambil kesempatan dan barakah hari Wukuf maka kami AJK Madrasah mengambil peluang untuk melancarkan Blog Rasmi Madrasah . Blog Rasmi Madrasah sila layari http://madrasaharrahmaniah.blogspot.com/
Blog Rasmi ini dirasmikan oleh Tuan Guru Hj Salleh bin Musa selaku Penaung dan Mudir Madrasah Ar Rahmaniah

MUNAJAT PIMPINAN TN GURU HJ SALLEH MUSA MUDIR MADRASAH AR RAHMANIAH SIK KEDAH



BACAAN YASSIN 



TN GURU HJ SALLEH MUSA BAGI TAZKIRAH
SYEIKH MUSLIM , PENGERUSI MADRASAH BAGI TAZKIRAH

PERASMIAN BLOG RASMI MADRASAH
PERASMIAN PEJABAT PENTADBIRAN AHLI MAJLIS MESYUARAT PENTADBIRAN  MADRASAH AR RAHMANIAH
SALAM MAHABBAH
BUKA PUASA BERJEMAAH

No comments:

Post a Comment