“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya. Sungguh Allah benar-benar Maha Pengampun, Maha Penyayang.” (Surah An Nahl [16] : ayat 18
Surah An-Nahl ayat 18 sebuah pendahuluan bagi menyatakan tentang kebesaran dan maha pemurah Allah swt pada hambanya. Alhamdulillah, segala puji- pujian hanya bagi Allah swt. Sungguh besar nikmat Iman dan Islam yang telah Allah berikan kepada kita. Nikmat yang tidak mungkin kita perolehi walau dengan sejumlah mana wang sekalipun. Nikmat yang pastinya bukan bertujuan untuk disia-siakan dan nikmat ini Allah kurniakan pasti mempunyai matlamatnya yang tersendiri.
Begitu juga dengan nikmat keaman yang kita peroleh di negara Malaysia ini. Negara Malaysia yang rakyatnya hidup aman damai pada zahirnya, jauh dari peperangan dan persengketaan. Namun sebagai seorang insan yang bergelar mahasiswa Islam, kita wajib cakna dan sedar sebenarnya tentang saudara seislam kita yang masih belum sempat merasai nikmat keamanan lagi sehingga kini. Adakah kita pernah peduli tentang apa yang berlaku terhadap mereka? Tepuk dada tanya iman!
Sebelum ini, kita telah menyingkap sejarah nakbah Palestin yang merujuk kepada malapetaka atau bencana besar yang terjadi di Palestin, kemudian penyembelihan beramai-ramai umat Islam di Haulah, Syria, Dan terkini seluruh dunia telah digemparkan pula mengenai isu yang berlaku ke atas umat Islam Rohingya di Myanmar.
Berdasarkan maklumat yang diperolehi, baru-baru ini 10 orang Muslim di Taunggote, daerah Tongu telah dibunuh dalam sebuah bas yang sedang dalam perjalanan pulang dari majlis Tabligh untuk kembali ke Rangoon oleh sekumpulan pengganas dan kumpulan rasis etnik Rakhine. Mereka telah diserang setelah seorang wanita Rakhine yang dikatakan telah dirogol dan dibunuh oleh orang Rohingya. Lanjutan dari itu dimaklumkan puak pengganas Rakhine Buddha telah menyerang semua penduduk Islam di Akyap , ibu negeri Arakan. Manakala kampung Sara Prang dan Tarang Shong di daerah Rathidong telah di bakar semuanya sehingga tidak ada seorang pun lagi yang tinggal. Akibatnya, ketegangan telah tercetus apabila orang Islam Rohingya terus dijadikan sasaran oleh Buddhis Rakhine termasuk di kawasan kampung lain diseluruh wilayah Arakan.
Tambahan dari maklumat tersebut, didapati bahawa sebenarnya ramai lagi umat Islam yang telah dibunuh dalam tempoh beberapa hari dan mayat mereka tidak diserahkan kepada keluarga mereka yang berkenaan. Terkini, dari berita Kaladan Press Network, dilaporkan 100 orang Rohingya telah ditembak mati dan lebih 500 orang lagi cedera di Maungdaw. Nasib umat Islam di Rohingya yang berada di Myanmar berada dalam keadaan meruncing dan tenat. Selain itu,mereka juga turut menderita dengan perampasan rumah, tanah, ternakan, pemusnahan masjid ,dan arahan tidak dibenarkan memperbaiki mana-mana Masjid serta ratusan Masjid telah musnah dan diganti dengan Pagoda Buddha. Perkahwinan dan pergerakkan mereka juga dihadkan hanya dengan keizinan tentera. Penangkapan, penyiksaan tanpa bicara, perkosaan wanita dan pemaksaan keluar dari Islam dan memasuki agama Budha juga turut berlaku.
Hal ini tidak seharusnya berlaku pada mana-mana agama di dunia. Seperti mana contoh yang diamalkan dalam Islam yang tidak memaksa mana-mana agama untuk memasukinya. Firman Allah swt dalam kitabnya yang mulia,
“Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam)” [Al-Baqarah (2):256].
Begitu juga dengan hak kebebasan dalam beragama sepertimana yang diamalkan oleh Malaysia yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia Perkara 11 iaitu tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan Agamanya di Malaysia. Tertulis juga dalam Perkara 18 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 yang berkait dengan hak seseorang itu untuk menukar agamanya tanpa paksaan.
Maka berbalik kepada isu utama yang terjadi terhadap umat Islam Rohingya, tindakan yang amat zalim telah berlaku ke atas mereka. Di manakah keadilan dan hak yang perlu dibela terhadap mereka? Agama, nyawa, keturunan, harta dan akal mereka harus dijaga dan dipelihara sepertimana yang disebut dalam “maqasid syariah (objektif syariah)” yang wajib dijaga.
Maka dengan ini, kami di peringkat PMIUM berpendirian, semua umat Islam di seluruh dunia kembali bersatu dan menyatakan pendirian yang jelas bagi membela nasib sahabat kita di Arakan Myanmar ini. Perkara ini harus diselesaikan dengan bijak dan segera tanpa menyebabkan mana-mana pertelingkahan atau pergaduhan antara agama sebelum kesan yang lebih buruk berlaku.
Sebagai anak muda khususnya golongan mahasiswa, peranan yang perlu dimainkan oleh kita pada saat ini bukan sekadar tertumpu kepada segulung ijazah semata-mata., tetapi kita perlu merasai dan menyedari kepentingan sikap pedulisme dan prihatin terhadap nasib saudara-saudara jiran kita di serantau Asia dan dunia amnya. Moga nikmat aman dapat kita kecapi bersama akhirnya. Allahu Akbar!

gambar 1st tu xde kne mengena ngan rohingya yer...tu gambar club yg di bomb n ramai pengunjung mati terperangkap...kat afrika x silap...lama da gambar tu..
ReplyDeleteyup,, btul tu, bkn yg btul... ade yyg kate sebenarnya adalah mangsa ledakan tangki bahan api di Kongo pada tahun 2010.
ReplyDelete