18 Jun 2012
SHAH ALAM - Pas tidak akan mengizinkan musim haji menafikan hak rakyat untuk menunaikan kewajipan berpolitik tanpa mengira menang atau kalah sekiranya parti itu diberikan kuasa untuk memerintah negara.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, hak politik adalah amanah besar dalam ajaran Islam.
Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda, menghilangkan amanah ini menjadi salah satu sebab berlakunya kiamat yang menamatkan alam dunia dengan kehancurannya.
“Pilihan raya adalah amalan politik yang menjadi hak memilih pemimpin dan kerajaan. Politik adalah sebahagian daripada ajaran Islam walaupun pilihan raya itu dikatakan asalnya dari Barat.
“Pilihan raya adalah cara memilih pemimpin dan kerajaan yang menjadi perkara wajib mengikut semua mazhab Islam dengan nas dan ijmak kecuali mazhab sesat,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Kenyataan Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meminta ahlinya menangguhkan ibadat haji untuk memberi fokus kepada persediaan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) telah menimbulkan kontroversi. Abdul Hadi berkata, susulan daripada kenyataan itu, Tuan Ibrahim menjadi sasaran media Umno.
Menurutnya, Umno tidak mengambil kira musim haji atau musim puasa dan sebagainya kerana parti itu tidak menjadikan Islam itu dasar panduan perjuangannya.Dalam kenyataannya, semalam, Abdul Hadi berkata, beberapa surah dalam al-Quran menunjukkan memilih pemimpin dan kerajaan adalah perkara yang dihisab pada hari kiamat nanti.
“Amaran ini lebih banyak daripada ayat mengenai haji dan umrah. Pas tetap mendidik ahli dan penyokongnya bahawa politik tidak boleh dipisahkan daripada agama Islam seperti kepala dan badan,” katanya.
Abdul Hadi berkata, Imam Al Ghazali seorang tokoh ulama tasawuf menegaskan agama adalah asas, kuasa pemerintahan (politik) adalah pengawas. Kalau tidak ada asas, ia akan runtuh dan jika tidak ada pengawas,
ia akan tercicir.
ia akan tercicir.
“Banyak hukum Islam dihilangkan kerana politik Islam ditinggalkan. Pas tetap berpegang kepada ajaran Islam yang tidak memisahkan politik daripada agama Islam walaupun politik tidak termasuk dalam Rukun Islam dan Rukun Iman,”katanya.
No comments:
Post a Comment