Harakahdaily, | 04 Jun 2012 |
(Perbandingan antara Himpunan Hijau dan Himpunan Sejuta Belia dari kacamata Bob Lokman)
KUALA LUMPUR: Berikutan Himpunan Hijau Menuju Putrajaya Jumaat lepas di Alor Star, rakyat negara ini mula membuat perbandingan antara majlis anjuran Umno dan PAS.
Mereka membandingkan himpunan itu dengan Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya yang berjalan tidak lama sebelum ini.
Kedua-dua program itu dijadikan titik pertemuan dan perbezaan antara pendekatan Umno yang mewakili Barisan Nasional dengan PAS yang mewakili Pakatan Rakyat.
Di dalam media sosial khasnya Facebook, penuh dengan gambar-gambar perbandingan antara kedua-duanya.
Mereka menggunakan visual atau gambar untuk menceritakan kebaikan dan keburukan antara satu sama lain.
Turut membuat gambar perbandingan antara Bok Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim bin Lokman melalui Facebooknya.
Persamaan antara kedua-duanya adalah mendapat sambutan ramai atau disertai ramai orang namun mempunyai ciri-ciri yang jelas berbeza.
Untuk Himpunan Hijau, ulamak selebriti, Ustaz Azhar Idrus menjadi tarikan manakala Himpunan Sejuta Belia pula membawa penyanyi K-Pop dari Korea.
Yang menariknya, angka RM2.4 juta bayaran untuk membawa K-Pop ke Himpunan Sejuta Belia menjadi sorotan pelbagai pihak termasuk akhbar MCA, The Star.
The Star sebelum ini melaporkan para pengguna internet di negara ini membantah tindakan kerajaan BN membayar begitu mahal duit rakyat untuk membayar artis yang berpakaian separa telanjang itu.
Ketika mempertahankan dakwaan peserta himpunan belia dibayar, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yassin juga menyerang Himpunan Hijau dengan mendakwa pesertanya juga dibayar.
Seorang pengguna Facebook, Roza Wira menjawab tuduhan Muhyidin itu dengan berkata, "Peserta dibayar utk ke himpunan hijau"..haha..dah pahtu bakpe mintak derme pulak kalau banyak duit nak bayar..pikir pakai lutut..."

No comments:
Post a Comment