Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Tuesday, January 10, 2012

Kenapa saya ke perhimpunan Bebaskan Anwar 901 ? Ramai yang tanya , saya jawab !


KESAL RAMAI MASYARAKAT BELUM FAHAM MATLAMAT PERJUANGAN UNTUK MENENTANG KEZALIMAN , INI JIHAD YANG DITUNTUT AGAMA 

Ulama Haraki dari Mahad Tarbiah Derang Kedah 

Assalamualaikum Wb , Saudara pengikut blog ...
Ramai orang yang hubungi saya dan bertanya mengapa nampak semangat macam pro Anwar ?
Setengah sahabat hubungi saya melalui fb dan msj , mereka menegur saya mengapa turun perhimpunan 901 Isnin lalu dan sokong Anwar Ibrahim ?

Saya ingin menjawab malam ini 10 Jan 2012
Sebenarnya saya tetap dengan pendirian saya sebagai perjuang Islam , saya berjuang kerana Allah tanpa bayaran dan tanpa mengemis pangkat walaupun saya ada jawatan dalam PAS ...
Saya berjuang atas dasar Islam dibawah nama PAS kerana Malaysia tiada pertubuhan yang kuat untuk perjuangkan ISLAM kecuali PAS .
Saya ahli PAS bukan Keadilan .
Mengapa saya sokong Anwar ?

Sebabnya saya yakin Anwar difithnah ...
Didalam Islam siapa yang fithnah muslim dihukum samada Munafiq atau Fasiq ...
Anwar sudah nafi bahawa beliau tidak liwat ...Maka kita sebagai orang beriman perlu memihak kepada Anwar sebab Anwar sudah nafikan ...Sedangkan Saiful belum kemukakan 4 saksi maka kebenaran memihak kepada Anwar ....Ini telah difatwakan oleh ulama .....

Fatwa Qaradawi tentang konsprasi terhadap Anwar Ibrahim .


Saya berkeyakinan Anwar Tidak bersalah dan Anwar tidak lakukan liwat ini ....UMNO/BN merancang konspirasi Fithnah 1zaman Mahathir , Fithnah 2 dan 3 zaman Najib ...Pemimpin UMNO dan BN terlibat dalam konspirasi ini berdasarkan bukti yang dikemukakan oleh pimpinan Pakatan Rakyat termasuk PAS dan Kedailan ...Kebenaran dan hujah sangat kukuh Anwar tidak lakukan ...
Ini bukti yang saya telah masukkan dalam blog ini satu masa dulu

UMNO/BN Dalang Fithnah terhadap Anwar Ibrahim !!! Satu pendedahan. Penting wajib tonton untuk menjadi rakyat yang bermaklumat




LIHAT FITHNAH ZAMAN MAHATHIR SATU KETIKA DULU, MAHATHIR YANG MENGAKU !!!

Pengakuan Mahathir Terhadap Anwar Ibrahim




INI TULISAN SAYA LAGI PADA TAHUN LEPAS : 
http://pondoktauhid.blogspot.com/2011/03/fatwa-mutakhir-yusuf-qaradawi-mengenai.html

Saya yakin dan percaya Anwar dizalimi.
SAYA SEDIH RAMAI ORANG BELUM FAHAM PERJUANGAN , RAMAI YANG BENCIKAN ANWAR SEBAB TERPENGARUH DENGAN UMNO YANG FITHNAH ANWAR DENGAN PRO CHINA , INDIA DAN YAHUDI.


Saya kesal ada segelintir sahabat yang marah saya sokong Anwar ....Anwar dizalimi , wajib atas orang beriman bela beliau ...
Tn Guru Nik Aziz , Tn Guru Hj Hadi termasuk Tn Guru saya Tn Guru Hj Salleh sangat simpati dengan Anwar
Ibrahim .Beliau hanya dituduh pro china ,pro india dan pengkhianat melayu oleh UMNO ...Jangan kita termakan dengan dakwaan tersebut. Ulama yang faham fiq Siyasi mereka akan membela Anwar dan menolak kezaliman dan fithnah terhadap beliau .

ANWAR BERSAMA ULAMA , lihatlah;
http://pondoktauhid.blogspot.com/2011/05/dato-seri-anwar-ibrahim-solat-hajat.html

Maka saya sebagai rakyat yang sentiasa mengambil berat tentang perkembangan politik tanah air dan berlandaskan ilmu agama yang saya pelajari maka saya rasa terpanggil berjuang menentang kezaliman ini .

ISU FITHNAH ANWAR BUKAN ISU PERIBADI TETAPI ISU KEADILAN RAKYAT .
Kalau Anwar mereka sanggup zalimi siapa kita rakyat ?
Pemimpin UMNO dan BN sanggat rakus kuasa , Kebangkitan Rakyat sebagai hakim negara akan menentukan siapa yang layak memimpin negara ...

Soal Perdana Menteri Soal lain , ini telah ditegaskan oleh Tn Guru Hj Hadi , jangan bahas siapa perdana Menteri kerja kita sekarang jatuhkan KEZALIMAN ....

ANWAR TUBUH KEADILAN SEMATA-MATA PERINTAH ALLAHYARHAM USTAZ FADZIL NOR PRESIDEN PAS DULU , BUKAN BELIAU PANDAI-PANDAI DAN MELANGKAH PAS...
BELIAU IKUT NASIHAT USTAZ FADZIL UNTUK TARIK PENYOKONG UMNO DAN ATAS PAGAR ...Jikalau Anwar salah dalam UMNO dulu , dia dah bertaubat ...Allah terima taubat setiap hamba , siapa kita tak nak maafkan Anwar?
Jikalau Anwar pengkhianat mengapa ulama masih sayangkan dan mahu berkawan dengan beliau ?
Mengapa Ustaz Fadzil Nor , Tn Guru Hj Hadi , Tn Guru Nik Aziz dan ramai lagi ulama sokong Anwar ?
Siapa kita ? .....Bukalah dada, berlapanglah dada terimlah kenyataan ini ....
Sahabat Nabi SAW ,ramai yang muallaf mengapa kita susah nak terima orang yang bersalah yang sudah bertaubat ? Maksumkah kita ?
Hairan saya dengan segelintir sahabat dari kalangan PAS dan masyarakat yang banyak termakan dakyah UMNO /BN yang sengaja membunuh keyakinan rakyat pada Anwar ...Bukan isu Anwar yang saya ketengahkan tetapi isu gelombang perubahan yang saya ingin nyatakan . Berubahlah cara berfikiran , marilah kita buat perubahan untuk Negara tercinta ini , tolak kezaliman dan rakus kuasa sang pemerintah yang zalim .
Marilah kita bersama PAS dan PR jatuhkan kezaliman ini....Jihad menentang kezaliman merupakan satu perkara wajib dalam Islam !!! 

Saya pergi ke himpunan Bebaskan Anwar 901 , Isnin lalu bersama ulama Mahaad Derang Kedah adalah satu niat satu matlamat , tujuan kami kerana Allah untuk menyokong Anwar yang dizalimi dan niat kami untuk menyatakan kebencian kami kepada kezaliman dan fithnah . Anwar bukan isu , isunya melawan kezaliman dan fithnah
Wallahualam .....

No comments:

Post a Comment

ampuni kami