Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Monday, January 2, 2012

Moga Allah berkati perhimpunan Mahabbah bersama Ulama Thurath hingga ke Akhirat ameen

ALHAMDULILLAH DENGAN LIMPAH KURNIA TAUFIQ DAN HIDAYAH ALLAH MENYATUKAN HATI HAMBA-HAMBA UNTUK HADIR DAN MENJAYAKAN MAJLIS MAHABBAH BERSAMA ULAMA THURATH 1.1.2012 . 
Majlis sudah berlangsung , doakan AJK suapaya majlis seperti ini INSYALLAH bakal diadakan semula . Seluruh Ulama Tua dan muda sukakan majlis seperti ini diadakan supaya masyarakat dapat mengenali dan mendekati ulama . 
Terima Kasih kepada AJK Persatuan Pelajar Pondok Tauhid (PPPT Kedah) , AJK Surau Perwaja dan Majlis Ta'lim Riyadus Salihin Ustaz Nordin Singapura . 
"INSYALLAH AJK AKAN ANJURKAN SEMULA MAJLIS SEPERTI INI UNTUK MENGUMPULKAN LEBIH RAMAI ULAMA TUA DARI SELURUH NUSANTARA" - Kata Ustaz Nordin Singapura sewaktu beliau hendak berangkat pulang semalam beliau merupakan penyumbang terpenting dalam majlis ini . 
Terima kasih tidak terhingga kepada seluruh AJK Mahabbah bersama Ulama Thurath 2012

TN GURU HJ SALLEH SIK SELAKU PENASIHAT MAJLIS 
berkata 
" Alhamdulillah majlis Mahabbah berjaya , ramai yang hadir , kita perlu adakan majlis seperti ini kerana masyarakat sekarang ingin hampiri ulama keranana mereka yakin dengan ulama yang baca kitab muktabar , masyarakat sekarang sudah mula sedar , mereka pandai beza yang mana ulama yang sebenar dan yang mana ulama yang tidak betul. Majlis seperti ini patut diadakan selalu( diadakan sentiasa ) "- kata Tn Guru Hj Salleh 

Syukur kepada Allah kerana satukan hati para alim ulama . 

Syeikh Toyyib berusia 96 tahun berkata 
" ALHAMDULILLAH majlis seperti ini dapat kumpulkan rakan -rakan beliau yang belajar di Makkah dulu , hampir puluhan tahun tidak bertemu akhirnya Allah pertemukan di majlis Mahabbah ini , moga Allah pertemukan kita sekali lagi seperti ini di Syurga " - Syeikh Toyyib 










































Matlamat Program 
Bertujuan untuk mengumpul ualam Thurath , diakhir- akhir ini peranan ulama Thurath makin dilupakan oleh masyarakat , mudahan dengan program ini dapat menjadi asbab untuk menarik minat masyarakat khusus golongan muda supaya kembali mendekati ilmu dan ulama . Moga setelah majlis ini diadakan ramai masyarakat terutama golongan muda dapat mendekati ilmu dan ulama .  


Ulama Thurath merupakan ulama yang membaca kitab-kitab muktabar , mereka mengajar secara detail atau halusi , mereka sangat beradab dengan ilmu , berakhlak luhur , kehebatan mereka terselah dengan khidmat mereka menyampaikan dakwah dan berjuang tanpa mendapat upah atau gaji . Mereka ikhlas ,  dan meamalkan apa yang mereka perkatakan . 
Ulama tua masih ramai , tetapi mereka tidak mendapat tempat, kerana majlis seperti ini jaran-jarang dilaksanakan , sausana hari ini lebih banyak majlis untuk politik dan majlis untuk ulama muda sedangkan ulama tua masih ramai diketepikan . Maka kami PERSATUAN PONDOK TAUHID (PPPT-Keadah) ,SURAU PERWAJA, Majlis Talim Riyadus Salihin Ustaz Nordin Banjari Singapura  beperanan mengumpulkan semula ulama tua supaya peranan ULAMA THURATH terus diperkasakan demi untuk mempertahankan ilmu yang sahih buat masyarakat kerana ulama thurath sentiasa mempertahankan kitab muktabar dari ulama dulu

2 comments:

  1. Alhamdulillah...Moga2 majlis ini dapat diadakan setiap tahun. Ya Allah limpahkan rahmatmu kepada para ulama ini dan para pengikut2nya.

    ReplyDelete
  2. Insyallah doakan ualam dan ajk persatuan pelajar pondok tauhid

    ReplyDelete