TN GURU HJ SALLEH B MUSA , Selaku ulama dan orang lama dalam PAS beliau menegur secara tegas para pimpinan PAS supaya Ikhlas berjuang , jangan ada yang niat mencarai kepentingan peribadi !
" Jangan kita jadi macam ( seperti) UMNO "
Berjuang perlu Ikhlas .
Perjuangan Islam adalah perjuangan Rasulullah bukan hak peribadi kita !
Mantapkan AQIDAH , Jangan hanya berjuang hingga tidak mengaji ( menuntut Ilmu )
Pemimpin perlu tonjolkan Akhlak mulai pada rakyat , jangan berakhlak buru seperti hasad dengki dan khinat sesama sendiri kerana kepentingan peribadi .
Tokoh ulama saran contohi MB Kedah
SIK, 16 Jan: Tokoh ulama, Tuan Guru Haji Salleh Musa (gambar) menyeru ahli dan pimpinan PAS Kedah agar mencontohi Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Azizan Abdul Razak yang tidak pentingkan diri sendiri, sebaliknya sentiasa mengutamakan keperluan-keperluan rakyat.
“Saya pujilah Ustaz Azizan ni. Semua kita perlu ikut contoh macam Ustaz Azizan, cukup elok. Jangan hendak tamak itu dan ini. Dia tidak pentingkan diri tetapi sentiasa utamakan keperluan rakyat,” ujarnya berucap pada Multaqa Daie dan Aktivis Islam di Kompleks PAS Kawasan Sik, awal bulan ini.
Ujarnya, setiap pendokong PAS perlu mengenang segala nikmat diberikan Allah terutamanya nikmat kemenangan yang diperolehi hari ini.
Jelas beliau, bersyukur dengan nikmat kemenangan adalah memanfaatkannya untuk menuju ke jalan keredaan Allah.
Nasihatnya, ahli PAS perlu mengelak menjadikan kemenangan ini untuk mendapatkan habuan kebendaan dan meminta-minta seperti mana Umno.
“Dasar kita bukan cari benda. Allah jadikan kita untuk takwa, dengan takwa Dia akan berikan rezeki yang kita tidak sangka-sangka. Maka, mesti ikhlas dan ikhlas itulah pintu untuk mencapai matlamat,” terang beliau yang juga Mudir Madrasah ar-Rahmaniah.
Para pimpinan PAS juga tegurnya, perlu mengelak perasaan hasad dengki kerana orang yang memiliki sifat itu tidak layak menjadi pemimpin.
Serunya, ahli PAS mesti kekal teguh berpegang kepada tali Allah dan terus bekerja kerana tidak ada lagi golongan yang dapat diharap untuk menyeru kepada kebaikan melainkan PAS.
Tempelak beliau, Umno tidak boleh diharap untuk menjaga agama kerana agama pada diri pemimpin mereka sendiri dipertikaikan.
Oleh itu katanya, seluruh pendokong PAS perlu mempersiapkan diri dengan agama untuk menghadapi segala cabaran itu.
“Jangan kuat kerja politik sahaja, kena ambil faham sama ilmu-ilmu akidah. Hari ini dah celaru macam-macam. Maka kitalah nak kena ambil tanggung jawab ni,” ujarnya menyuntik semangat.
Multaqa bertemakan “Menghadapi Cabaran Ummah Dan Persiapan PRU13” itu dihadiri lebih 1,000 aktivis PAS Kedah dan diadakan sebagai kesinambungan Ijtimak Tarbawi PRU13 di Taman Melewar bulan lalu….Harakah cetak.

No comments:
Post a Comment