Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Tuesday, January 3, 2012

Pandangan Ulama tentang Majlis Mahabbah bersama Ulama Thurath

Tn Guru Hj Salleh Sik berkata 
" Alhamdulillah majlis Mahabbah berjaya , ramai yang hadir , kita perlu adakan majlis seperti ini kerana masyarakat sekarang ingin hampiri ulama kerana mereka yakin dengan ulama yang baca kitab muktabar , masyarakat sekarang sudah mula sedar , mereka pandai beza yang mana ulama yang sebenar dan yang mana ulama yang tidak betul. Majlis seperti ini patut diadakan selalu( diadakan sentiasa ) "- kata Tn Guru Hj Salleh 


Syeikh Toyyib berusia 96 tahun berkata 
" ALHAMDULILLAH majlis seperti ini dapat kumpulkan rakan -rakan beliau yang belajar di Makkah dulu , hampir puluhan tahun tidak bertemu akhirnya Allah pertemukan di majlis Mahabbah ini , moga Allah pertemukan kita sekali lagi seperti ini di Syurga " - Syeikh Toyyib 

Syeikh Hassan , mantan mufti Bangkok berusia 138 tahun berkata 

'' Majlis seperti ini perlu diadakan setahun sekali kearana ia akan menemukan seluruh ulama tua yang ada kerana perkukuhkan Silaturahim sangat penting bagi tariqad Syazili , bagi beliau ini sangat penting untuk kuatkan ukhwah sesama 
ISLAM" - Syeikh Hassan Bangkok 

Tn Guru Hj Ahmad Padang Sanai Kuala Nerang berusia 86 berkata 
" Beliau sangat gembira dengan kehadiran masyarakat yang begitu ramai didalam majlis Mahabbah bersama Ulama Thurath ini "

 Tn Guru Hj Yusuf , Tobir Pendang berusia 74 tahun berkata 
" Moga majlis ini mendapat keberkatan dari Allah " 
Beliau sangat gembira dan sangat meraikan majlis ini 

Dato Mufti Kerajaan Negeri Kedah 
berbangga dengan majlis seumpama ini , beliau menyatakan hasrat untuk menganjurkan majlis seperti ini . Beliau sangat menghormati ulama tua .


No comments:

Post a Comment

ampuni kami