Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Monday, November 28, 2011

IJTIMA ULAMA THURATH 2012


Program IJTIMA ULAMA THURATH 2012
Program ini merupakan usha untuk menaikkan kembali Ulama Thurath yang makin dilupakan jasa dan peranan mereka didalam masyarakat .
Sehungan itu kami mengambil tanggungjawab ini untuk mengadakan majlis IJTIMA ULAMA THURATH kali Pertama di Kedah .
Matlamat Program ini adalah untuk menghimpunkan ulama Thurath atau Tuan-Tuan Guru dari Kedah supaya berada dalam satu Majlis .

Majlis ini kita fokus kepada seluruh lapisan masyarakat terutamanya warga kota dan desa .
Muslimin muslimat samada dewasa , tua dan muda .


Fokus pada ulama yang tua yang kita jemput diantaranya
1. Tn Guru Hj Salleh Musa Pondok, Sik
2. Tn Guru Hj Ahmad, Kuala Nerang
3. Tn Guru Hj Wahab Hassan/ Awang Lanai
4. Tn Guru Hj Abdullah , Bukit Lada
5. Tn Guru Hj Zakaria, Jeneri
6. Tn Guru Hj Izuddin , Pendang
7. Tn Guru Abd Rahim , Pendang
8. Tn Guru Hj Yussuf , Pendang
9. Tn Guru Hj Abd Karim , Dala Fathani Thailand
10. 3 Orang ulama tua dari Fathani , 2 Orang dari Singapura .
Insyallah kita akan menjemput Pak Su Mid Kuala Nerang dan Pak Teh Mad Isa
Program ini kita beri keutamaan kepada ulama yang berusia tua kerana kita mahu mengambil menafaat dari mereka yang banyak pengalaman dan banyak keberkatan dari mereka .

Program ini juga akan disertai oleh ulama muda yang dikenalpasti mereka ini menguasai kitab thurath dan memberi sumbangan dakwah kepada negeri kedah khususnya dan Malaysia amnya , diantara ulama muda yang akan kami jemput :

1. Ust Sobri , Jitra
2. Ust Adnan , Kulim
3 Syeikh Muslim , Sik
4 Ust Othman , Sik
5  Ust Jab , Jitra
6 Ust Fadhil , Parit Panjang
7 Ust Halim Parit Panjang
9 Ust Yazid , Sik
10 Ust Jamaluddin, Sik
11 Ust Rafie , Baling
12. Ust Zul , Yan
13 Ust Khairul , Gajah Teriyak
14. Ustaz Zuhair / Pak Long Alor Janggus
15 Baba Yahya SMIDU
16 Ust Aminuddin Abd Rahim
17 Ust Zainal Asri PAKSI
18 Dan Ramai lagi ulama muda yang berjasa dalam mempertahankan kitab thurath dan  sistem pengajian SALAF dan Sistem Pengajian Pondok

Takdir Allah usha ini disambut baik oleh gabungan beberapa pihak , akhirnya Allah menyatukan hati kami diatas satu matlamat .

Pada 23.11. 2011 berlangsungnya Mesyuarat untuk Menubuhkan Jawatan Kuasa Program Ijtima Ulama Thurath 2012 maka keputusannya seperti berikut :

Majlis akan diadakan pada : 1.1.2012
Hari ; Ahad
Tempat : Surau Perwaja
Jam ; 6.00 ptg hingga 11.30 mlm

Atucara
Solat Maghrib
Ucapan Tn Guru Hj Salleh Musa
Ucapan Perasmian
Solat Isyaq
Acara Kemuncak : Tazkirah dari tuan -tuan guru alim ulama dari Kedah , Fathani dan Singapura
Tahlil Perdana
Doa Penutup

Insyallah jamuan akan disediakan untuk semua

Tim Pengarah : 013 4044259

Setiausaha umum majlis : Roslan bin Che Ani : 019 4589084
                                      Mazlan Jamaluddin : 013 4035286

Pihak Surau Perwaja : Azhari : 012 4257573



Logo Rasmi IJTIMA ULAMA THURATH 2012




Munajat Perdana Bersama Tuan Guru Hj Salleh Musa Sempena Maal Hijrah

Munajat Perdana Bersama Tn Guru Hj Salleh Musa
sempena Maal Hijrah 1433
Di Pondok Ar Rahmaniah Sik Kedah
Mula Dari Maghrib kemudian Baca Yassin , Solat Hajat , Tazkirah Tn Guru dan Ceramah
Maal Hijrah Oleh Syeikh Muslim selaku Ketua Dewan Ulama PAS Sik
Ust Ibrahim Bin Ahmad selaku Tim Ketua Dewan Ulama PAS Sik
Ust Azmi Bin Ibrahim selaku AJK  Dewan Ulama PAS Sik

TOLONG HEBAHKAN!!!!! 

Hijrah: ‘Menegarakan Islam, Mengislamkan Negara’


(Artikel ini adalah hasil tulisan Ustaz Nik Muhammad Nasri Nik Malek, Pengerusi Lajnah Penerbitan dan Penyelidikan Dewan Ulamak PAS Negeri Terengganu )

A.Muqaddimah:
‘Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul, maka hijrahnya itu kepada Allah dan Rasul..’
Ketika Khalifah Saidina Umar al-Khattab mengira-ngira untuk membuat satu tanda jelas bagi orang Islam tentang kalendar, banyak peristiwa penting yang boleh dijadikan batutanda itu. Peristiwa kelahiran Nabi SAW, Isra’ Mikraj, Hijrah, pelbagai peperangan yang berlaku sepanjang sejarah semuanya penting. Namun dari semua peristiwa penting itu, akhirnya Umar al-Khattab memilih peristiwa hijrah. Mengapa hijrah? Tentunya ada perkara istimewa dan kelainan berbanding dengan peristiwa-peristiwa lain.
Sebelum hijrah, Nabi SAW adalah Nabi. Demikian juga selepas hijrah. Tetapi selepas hijrah, Nabi bukan sahaja kekal sebagai Nabi, pangkat yang diberi oleh Allah tetapi juga menjadi ketua sebuah negara. Walaupun Madinah kecil sahaja di waktu itu-kecil dari segi geografi, kecil dari segi bilangan penduduk dan kecil dari segi kuasa berbanding kuasa-kuasa besar yang sudah sedia ada ketika itu-Parsi dan Rom, namun Madinah menepati ciri-ciri sebuah negara menurut sains politiknya. Ada tanah dan bumi, ada pemimpin, ada rakyat, ada perlembagaan dan ciri-ciri lain.
Hijrah menjadi batas sempadan di antara tempoh Mekah dan tempoh Madinah. Ayat-ayat al-Quran berbeza dari segi uslub dan perintah-perintahnya.  Justru, peristiwa hijrah ini sangat penting untuk dihayati oleh umat Islam agar maksud sebenar dari hijrah ini tercapai.
B.Latarbelakang Hijrah:
1.Nabi menyeru kepada Islam
Semenjak berada di Mekah. wahyu sudah mulai turun. Muhammad telah diangkat dan dilantik menjadi Nabi dan Rasul. Bermula dari seorang diri, Baginda mula menyebarkan Islam di kalangan keluarganya yang hampir, sahabat yang rapat dengannya agar mudah diterima. Ia berkembang sedikit demi sedikit. Begitu juga dari segi uslub dakwah, dari sembunyi hinggalah terang-terangan.
2.Para Sahabat ditindas, dizalimi hanya kerana menyatakan ‘Kami beriman kepada Allah’
Dengan sebab dakwah yang mula diterima dari kalangan penduduk Mekah, respon yang diberi oleh pembesar Quraisy adalah sangat keras. Para Sahabat ditindas, disiksa, ditekan dan diperlakukan pelbagai kezaliman. Contoh-contohnya cukup banyak. Cukup bagi kita melihat seperti Bilal bin Rabah yang disiksa begitu rupa dengan sebab hanya beriman kepada Allah, begitu juga Ammar bin Yasir dan lain-lain.
3.Diizin berhijrah ke Habsyah
Kezaliman dan penindasan yang dahsyat menyebabkan para Sahabat dibenarkan berhijrah ke Habsyah buat sementara waktu, sehingga tempoh untuk kembali ke Mekah selepas suasana yang sedikit mengizinkan. Bumi Habsyah hanya transit sementara, untuk perlindungan, bukan bumi sebenar menegakkan Islam dalam bentuk negara. Suasana dakwah di Mekah berlangsung sedemikian rupa selama 13 tahun. Yang didengar oleh telinga para Sahabat hanyalah ‘sabar, sabar’ hingga Allah menentukan masa dan ketika yang sesuai untuk ditegakkan Islam itu dalam bentuk pemerintahan negara.
4.Pemimpin Quraisy bersidang dan ambil keputusan di Darul Nadwah
Sampai waktunya Nabi memberi khabar gembira kepada para Sahabat:. Nabi bersabda, maksudnya: ‘Aku diberitahu tempat hijrah kamu iaitu Yathrib. Sesiapa yang mahu keluar, maka keluarlah ke sana.’ Para Sahabat mula mengatur langkah menuju Yathrib. Ia berlaku selepas Baiah Aqabah 1 dan 2 di antara Nabi SAW dan penduduk Yathrib yang datang mengerjakan haji. Nabi SAW menawarkan Islam kepada mereka sehingga kemudiannya berlaku Baiah Aqabah 1dan 2 itu dalam musim-musim haji. Melihat kepada perkembangan Islam yang sudah berlaku outreach di Yathrib, iaitu pengaruh yang sudah berkembang hingga ke luar Mekah, maka para pemimpin Quraisy bermesyuarat di Darul Nadwah mahu mengambil keputusan apa yang sepatutnya dibuat terhadap Nabi SAW. Dari cadangan-cadangan yang diberi, akhirnya keputusan yang dicapai ialah Nabi Muhammad SAW, Al-Amin itu mesti dibunuh. Inilah kemuncak kepada sebuah perjuangan hingga melibatkan risiko nyawa melayang.
Dengan demikian, Nabi SAW berhijrah bersama Saidina Abu Bakar as-Siddiq ra sehingga akhirnya tiba ke Yathrib di awal bulan Rabi al-Awwal Tahun pertama Hijrah.
Dalam hijrah ini pelbagai pengajaran yang kita boleh petik. Saya rumuskan melalui 5P seperti berikut:
C.Iktibar (5P):
1.Penuh strategi:
Nabi SAW membuat persediaan mencari tapak sesuai sebelum berhijrah. Yathrib bukan sahaja tapaknya sesuai bahkan penduduknya juga sudah bersedia menerima dan mempertahankan Baginda SAW. sebagai tapak tegaknya Islam. Untuk itu Baiah Aqabah 1dan Baiah Aqabah 2 menjadi tahap penting dalam dakwah Nabi. Bagi merealisasikan Baiah Aqabah supaya berjaya dan tidak bocor, penduduk Yathrib mengerjakan haji seperti orang lain di musim haji, tetapi bangun di tengah malam di Mina ketika semua yang lain masih tidur untuk berbaiah dengan Baginda SAW.
Selepas Nabi mendapat tahu tentang perancangan Quraisy mahu membunuhnya, Baginda SAW pergi ke rumah Abu Bakar di waktu tengahari dan selepas menerima perintah Allah untuk berhijrah. Waktu tengahari dipilih kerana ketika itu masing-masing sedang berihat di rumah agar perancangan Baginda tidak disedari.
Begitu juga perancangan yang dibuat oleh Saidina Abu Bakar selepas Nabi menyampaikan berita untuk berhijrah itu. Dikaderkan anak-anaknya untuk Islam. Asma menyediakan makanan, Abdullah ditugaskan mendengar khabar di pasar lalu membawa khabar berita itu kepada Nabi di Gua Thur nanti, Amir bin Fuhairah ditugaskan membawa kambing ke Gua Thur untuk didapatkan susunya dan dihilangkan kesan tapak kaki.
Sebagai usaha melambat-lambatkan dan mengelirukan pemuda Quraisy, Nabi SAW meminta Saidina Ali menggantikan Baginda di tempat tidur.
Nabi sendiri tinggal di Gua Thur selama 3 hari bersama Abu Bakar bagi memastikan misi ke Yathrib selamat. Nabi juga melalui jalan yang tidak biasa dilalui ke Yathrib agar perjalanan tidak dikesan musuh.
Semua ini menggambarkan kepada kita betapa strategi dalam menegakkan Islam itu mesti diberikan keutamaan. Bahkan secara umum, ia memberi panduan kepada semua bentuk pengurusan agar perancangan berstrategi itu diambil perhatian. Buatlah Plan A atau Plan B, usaha dan ikhtiar dari manusia, namun tawakkal dan pergantungan mesti tekad kepada Allah.
2.Pengorbanan:
Apa yang diberi oleh para Sahabat selama di Mekah hingga bersedia berhijrah ke Yathrib ialah kerana mereka mengutamakan Islam, kehendak Allah yang mendahului kehendak diri dan peribadi. Pengorbanan para Sahabat sepanjang tempoh dakwah di Mekah bukan calang-calang. Dalam persitiwa hijrah, para sahabat bersedia meninggalkan rumahtangga, kampung halaman, harta benda kerana semata-mata menyelamatkan Islam. Kalau Islam selamat, yang lain selamat. Kalau yang lain selamat, belum tentu Islam selamat.
Pengorbanan dari Abu Bakar sepanjang peristiwa hijrah juga menjadi contoh hebat. Memasuki Gua Thur terlebih dahulu bagi memastikan keadaan selamat buat Nabi SAW, sanggup kakinya ditahan kesakitan akibat bisa binatang kerana tidak mahu mengganggu Nabi yang baring diribanya. Begitu juga Ali bin Abi Talib yang mengambil risiko besar menggantikan Nabi SAW di tempat tidur. Nyawa menjadi pertaruhan untuk sebuah perjuangan.
3.Persaudaraan:
Bagu menegakkan pemerintahan Islam, faktor-faktor yang membantu ke arah perkara itu mesti dilakukan. Tidak mungkin Islam boleh ditegakkan jika mereka yang menegakkan Islam itu bersengketa. Tindakan Nabi SAW mempersaudarakan Aus dan Khazraj menjadi golongan Ansar adalah tindakan bijak seorang pemimpin. Aus dan Khazraj yang berperang sesama sendiri begitu lama akhirnya menjadi seperti saudara karib. Bukan mudah menyatukan mereka yang sudah berperang begitu lama. Tali persaudaraan bukannya atas dasar Arab tetapi islam. Nasionalisme sempit tiada dalam kamus Islam. Bentuk persaudaran diluaskan hingga Muhajirin dan Ansar juga dipersaudarakan. Bentuk persaudaraan ini diakui Islam sehingga di peringkat awalnya masing-masing boleh mewarisi dari saudara seislamnya yang lain hingga dibatalkan hukum itu.
4.Positif dan pro-aktif:
Sikap umat Islam mesti positif dan pro-aktif. Ia ditunjuk oleh Nabi SAW dalam persitiwa hijrah ini. Apabila mengetahui orang Musyrikin mahu membunuhnya, terus Baginda bertindak menemui Abu Bakar dan menyiapkan perkara yang sepatutnya.
Nabi SAW sentiasa memandang masa depan Islam yang cemerlang. Dalam apa suasana sekalipun, Baginda tetap optimis dan positif terhadap Islam. Inilah sifat seorang pemimpin yang mesti diikuti oleh pengikutnya. Dalam persitiwa hijrah, ketika hanya Nabi dan Abu Bakar berada di dalam Gua Thur-tiada PBB, tiada OIC, tiada negara dan bala tentera islam yang boleh membantu, Nabi SAW bersabda kepada Abu Bakar ‘Apa sangkaan kamu dengan 2 orang, Allah yang ketiga’, suatu tarbiyyah, keyakinan dan keimanan yang jitu diletakkan dalam dada Abu Bakar. Ketika Suraqah yang mengejar Nabi dari belakang mulai takut dengan kaki kudanya yang sentiasa tenggelam dalam pasir itu meminta keamanan dari Nabi SAW, Baginda berjanji kepada Suraqah untuk diberikan gelang Raja Kisra. Satu janji yang melihat masadepan yang gemilang buat Islam walaupun negara Islam itu belum kelihatan di depan mata.
5.Perpindahan:
Hijrah wajib di awal Islam. Namun ia berubah selepas itu: ‘Tiada hijrah selepas pembukaan Mekah tetapi jihad dan niat (yang benar)’ , ‘Jihad berterusan hingga ke hari Qiamat’
Perpindahan yang mesti berlaku di kalangan orang Islam ialah berhijrah dari perkara yang dilarang Allah ‘Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan perkara yang dilarang Allah’. Bagi seorang mukmin, falsafah hidupnya ialah hari ini lebih baik dari semalam, esok lebih baik dari hari ini dan hari-hario muka lebih baik dari hari sebelumnya.
Berpindahnya Nabi SAW dari Mekah ke Madinah ialah bagi menegakkan Islam dalam bentuk syumul-peribadi, keluarga, masyarakat dan negara. Ia bukan hijrah dari satu tempat ke satu tempat sahaja. Hijrah membawa misi dan visi yang sangat hebat. Kalau di tahun 2009 lepas, PM pernah menyebut Hijrah menepati konsep 1Malaysia, maka ia adalah omong kosong yang jauh dari falsafah, konsep dan realitinya.
Dalam konteks semasa, kita menyambut tahun 1433H dalam keadaan loceng amaran PRU13 sudah dibunyikan, hanya menunggu gendang perangnya sahaja belum diketuk. Hijrah memberi semangat kepada PAS dan Pakatan Rakyat untuk mengukuhkan konsep 5P di atas, agar berjaya dalam PRU 13 sehingga menang setelah P iaitu parti diperkuatkan, mengekal dan menambah kerusi serta menguasai dua tempat P iaitu Putrajaya dan Parlimen, insyaAllah

Sunday, November 27, 2011

Hijrah: Anak muda berperanan untuk agama, negara

Kedatangan tahun Hijrah 1433 pastinya disambut meriah di Malaysia. Pelbagai program telah diatur oleh pihak masjid, badan-badan kerajaan, swasta dan juga pihak kerajaan bagi meraikan hari kebesaran Islam ini. Hakikatnya, di dalam Islam, Tahun Baru Hijrah bukan sekadar perayaan atau simbolik semata-mata bahkan mempunyai signifikan yang besar kepada ummatnya khususnya belia (anak muda).  Unjuran Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2010 mendapati jumlah belia  berumur 15 hingga 39 tahun ialah seramai 11,614,735 orang. Ia mewakili  43 peratus daripada jumlah penduduk di Malaysia.

Hijrah telah menunjukkan kepentingan dan keberkesanan peranan dan sumbangan golongan anak muda dalam sesuatu usaha. Apabila golongan anak muda menggunakan potensi akal dan kekuatan untuk tujuan kebaikan, sebesar mana perancangan sekalipun akan dapat menjadi realiti.

Dari peristiwa Hijratul Rasul, dapat diambil beberapa pengajaran yang penting dan berguna buat generasi anak muda kini. Antaranya ialah sikap optimis Saidina Ali. Atas dasar kecintaan dan keyakinan kepada janji Nabi SAW, beliau sanggup menggantikan  baginda di tempat tidur baginda . Beliau tidak gentar akan risiko cubaan membunuh Baginda SAW oleh pihak Quraisy kerana beliau optimis terhadap arahan Baginda SAW. Ketika itu, Baginda SAW berkata kepada Saidina Ali bin Abi Talib: “Tidurlah di atas tempat tidurku, berselimutlah dengan selimut al-Hadrami yang berwarna hijau ini. Mereka tidak akan dapat melakukan apa-apa yang buruk terhadapmu.”

Antara ikon anak muda yang menonjol  dalam peristiwa Hijratul Rasul ini juga adalah Abdullah bin Abu Bakar.  Dalam tempoh 3 hari persembunyian Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar di Gua Thur, mereka berdua dibantu oleh Abdullah bin Abu Bakar yang bertugas sebagai perisik untuk membekalkan maklumat kepada baginda mengenai perancangan orang Quraisy Mekah. Beliau akan keluar seawal waktu sahur dan akan pulang ke Gua Thur setelah larut malam.

Sesuatu yang menarik pada Hijratul Rasul, terselit juga dalam lipatan sejarah mengenai sosok wanita yang begitu berjasa kepada Rasulullah dan Saidina Abu Bakar. Beliau adalah Asma’ Binti Abu Bakar, anak kepada Saidina Abu Bakar. Dalam peristiwa hijrah ini, keberanian luar biasa Asma' terserlah tatkala beliau memastikan bekalan makanan sampai kepada ayahnya dan Baginda SAW di saat nyawa mereka beruda diancam oleh pihak Quraisy.  Asma' mengembala kambing di belakangnya sepanjang perjalanan menghantar makanan kepada Rasulullah dan Abu Bakar dengan tujuan jejaknya akan terhapus oleh kambing yang digembalanya.  

Di samping itu, sumbangan Amir bin Fuhairah juga tidak dikesampingkan. Beliau diarahkan untuk membawa kambing-kambing gembalaannya di sekitar Gua Thur untuk menghilangkan kesan-kesan tapak kaki Abdullah bin Abu Bakar dan Asma’ Binti Abu Bakar yang sentiasa berulang-alik antara Mekah-Gua Thur.
Memetik tulisan Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri di dalam bukunya “Hijratul Rasul: Iktibar dan Hikmah”, beliau ada menyebut, “Demikianlah kalau kita perhatikan mereka yang bersama sebilangan besar adalah remaja (anak muda). Mereka tidak membuang masa dengan perkara yang membuang masa.”

Mujasyi’ bin Mas’ud al-Sulami berkata, “Aku pernah menemui Nabi SAW untuk berbai’ah kepadanya atas Hijrah. Baginda bersabda, “Sesungguhnya Hijrah telah berlalu, akan tetapi berbai’ahlah atas Islam, jihad dan kebaikan.” (Hadis Riwayat Muslim)

Imam an-Nawawi ketika mensyarahkan hadis ini menyebut, “Hijrah yang paling mulia telah dilakukan oleh sahabat-sahabat Baginda Rasulullah, maka Rasulullah mengingatkan kepada kita agar terus melakukan ketaatan kepada agama Islam, melakukan jihad, dan seluruh amalan kebaikan, dan Baginda bermaksud: Aku menyeru kepadamu agar melakukan perkara-perkara (kebaikan) ini".

Apa yang pasti, tiada lagi hijrah selepas Hijratul Rasul. Namun, tidak mustahil untuk gerakan anak muda masa kini melakukan ‘hijrah’ dalam usaha melahirkan ikon seperti Saidina Ali bin Abi Talib, Asma’ binti Abu Bakar, Abdullah bin Abu Bakar mahupun Amir bin Fuhairah. Hijrah membuktikan anak muda mampu menyumbang untuk agama dan pastinya untuk negara. 

Sewajarnya semua pihak perlu  menyedari bahawa jatuh bangun agama, tamadun serta identiti negara banyak bergantung kepada potensi anak muda. Bersama idealisme, intelektualisme dan aktivisme yang ada pada mereka, sejarah dunia juga mampu dirubah. Usah diperkecilkan suara anak muda!

Firman Allah, “Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Surah Al-Baqarah: 218)

Perutusan Hijratur-Rasul Sempena Tahun 1433 Hijrah oleh Al-Mursyidul Am PAS




“Dan sesiapa yang berhijrah pada
jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka
bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang
keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya,
kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala
hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani.”
Surah al-Nisa’ ayat 100

Alhamdulillah, setinggi-tinggi pujian dan kesykuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana taufik dan inayahNya, kita masih diberikan peluang untuk terus hidup melangkah ke tahun baru 1433 Hijrah pada saat ini. Semoga dengan pertambahan umur yang dikurniakan oleh Allah SWT ini memberikan kita ruang untuk terus menambahkan ibadat dan memperkasakan perjuangan untuk menegakkan kalimah Allah SWT.
Sesungguhnya, menyambut ulang tahun Hijratur-Rasul ini bukanlah satu perayaan suka-suka. Ia bukanlah satu sambutan tahunan semata-mata tanpa sebarang sebab dan juga akan berlalu begitu sahaja untuk menunggu sambutan pada tahun hadapan. Sambutan Hijratur-Rasul ini sebagai menghayati makna dan pengertian peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW dan para muhajirin dari Kota Makkah ke Kota Madinah yang kemudiannya dikira sebagai tahun pertama Hijrah. Hakikatnya, Hijrah Rasulullah s.a.w tidak berlaku pada awal tahun dan tidak berlaku pada bulan Muharram. Sebaliknya, Rasulullah s.a.w mula keluar dari kota Mekkah pada akhir bulan Safar, bulan yang kedua dalam kalendar Islam. Baginda keluar dari Mekkah bersama-sama dengan sahabat baginda yang paling setia Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a setelah mendapat perintah dari Allah s.w.t agar bersama-sama dengan umat Islam di kota Madinah. Rasulullah s.a.w tiba di kota Madinah dan mula menetap di sana pada hari Jumaat, 12 Rabiul Awal. Sekalipun hijrah tidak berlaku di bulan Muharram, namun detik peristiwa tersebut ia
dipilih sebagai tahun yang pertama dalam kalendar Islam sewaktu proses penetapan calendar Islam pada zaman Saidina Umar bin al-Khattab RA. Kenapakah Saidina Umar bin Al-Khattab dan para sahabat pada masa itu tidak memilih peristiwa lain seperti peristiwa kelahiran Rasulullah SAW, peristiwa pembukaan Kota Makkah atau Haji Wada’? Jawabnya ialah kerana peristiwa hijrah itulah yang mencetuskan fenomena dan momentum terbesar di dalam sejarah perjuangan Rasulullah SAW. Momentum tersebut ialah pembentukan sebuah negara Islam yang pertama dan perpindahan era dakwah secara rahsia kepada era dakwah secara bernegara.
Pembentukan negara itulah yang menjadi matlamat kepada penghijrahan Rasulullah SAW ke Madinah. Jika tidak kerana membentuk negara, tidak perlu lagi berlakunya hijrah Rasulullah SAW. Oleh yang demikian, amatlah salah sama sekali tanggapan yang menyatakan bahawa bernegara merupakan satu perkara yang tidak wujud di dalam Islam, apatah lagi menidakkan kewujudan syariat Islam dalam aspek bernegara. Sebagaimana umat Islam diwajibkan untuk mengerjakak solat lima kali sehari, berpuasa selama sebulan dalam satu tahun dan mengerjakan haji sekali sepanjang hidup, demikianlah juga diperintahkan agar bernegara dan melaksanakan undang-undang menurut syariat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
Kita tidak rela jika pembangunan fizikal pesat berlaku namun dalam masa yang sama kita menyaksikan runtuhnya nilai-nilai agama dan jauhnya manusia daripada Allah SWT. Alangkah ruginya hidup manusia jika hanya mendapat kemegahan, kemewahan dan kekayaan di dunia semata-mata namun di akhirat dilemparkan Allah SWT ke tempat yang buruk iaitu neraka hanya kerana enggan tunduk patuh kepada Allah SWT. Justeru, PAS mendidik rakyat agar kenal batasan iman dan kufur,
batasan syurga dan neraka serta batasan pahala dan dosa, agar tidak berlaku penolakan terhadap mana-mana perintah Allah SWT. Ini kerana iman sifatnya ialah syumul. Menolak satu cabang iman bererti menolak keseluruhan iman itu sendiri.
Dari aspek yang lain, hijrah juga mengajar umat Islam agar berstrategi dalam apa jua langkah dan gerak kerja. Bagaimana kita melihat Rasulullah SAW mengatur strategi yang cukup teratur di dalam berhijrah, demikianlah juga wajib untuk kita mengatur strategi dan mempunyai perancangan yang tersusun di dalam memastikan gerak kerja yang dilakukan berkesan dan berjaya. Strategi Rasulullah SAW dapat dilihat apabila baginda datang ke rumah Saidina Abu Bakr as-Siddiq pada waktu siang hari iaitu waktu yang tidak akan dijangka dipilih untuk keluar dari Mekah. Baginda juga mengupah Abdullah bin Uraiqit yang masih musyrik menunjukkan jalan dan ini mengajar bagaimana harusnya bekerjasama dengan non muslim dalam urusan yang boleh mendatangkan faedah kepada Islam. Baginda juga memilih untuk berlindung di dalam Gua Thur yang bukannya terletak di
pertengahan jalan menuju ke Madinah dengan tujuan untuk mengelirukan kaum musyrikin. Nyata sekali semua strategi yang diatur oleh baginda Rasulullah SAW ini berjaya mengeluarkan baginda dari kota Makkah dan menuju ke Madinah dengan selamat. Justeru, apabila kita menyambut peristiwa Hijratur Rasul pada hari ini, kita sebenarnya menyambut peristiwa fatonah atau kecerdikan baginda.
Pada zaman kita hari ini, pengurusan hidup hendaklah bersendikan fatonah yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Fatonah ini pula hendaklah disertakan dengan amanah. Fatonah tanpa amanah akan melahirkan generasi yang punah iaitu generasi yang cerdik tetapi jauh dari Allah SWT. Hari ini, kita melihat setiap hari didedahkan pelbagai skandal dalam pengurusan wang samada di peringkat pemimpin maupun di peringkat pegawai. Laporan demi laporan audit yang dibentangkan menyaksikan pelbagai ketirisan yang berlaku sehingga mengakibatkan kerugian puluhan juta ringgit wang rakyat. Ketirisan ini jika diselamatkan nyata sekali dapat memberikan manfaat yang lebih besar kepada rakyat jelata. Kenapakah perkara ini boleh berlaku sedangkan kita mempunyai pelbagai undang-undang pencegahan rasuah dan penyelewengan? Tidak lain melainkan hanyalah kerana manusia tidak mampu dikawal oleh undang-undang manusia. Yang mampu memagari manusia dari melakukan perbuatan khianat hanyalah taqwanya kepada Allah SWT. Inilah misi PAS di dalam gerak kerja politik. Kita berjuang melalui pilihanraya untuk mendapatkan kuasa dan untuk membangunkan roh dan jiwa rakyat agar sentiasa bertaqwa kepada Allah SWT. Di Kelantan, kita menguatkuasakan larangan pembukaan premis judi, larangan penjualan arak secara terbuka, memindahkan wang kerajaan ke perbankan Islam serta memperbanyakkan skim-skim kebajikan seperti takaful kifalah, skim armalah, skim al-it’am dan sebagainya semuanya bertujuan untuk memberikan kebaikan kepada rakyat dari sudut duniawi dan ukhrawi.
Hijrah juga mengajar kita menjadi optimis dalam perjuangan. Lihatlah bagaimana Rasulullah SAW menjanjikan kepada Suraqah bin Malik untuk dipakaikan dengan alat kebesaran raja Parsi sedangkan baginda sedang di dalam perjalanan menuju ke Madinah. Janji tersebut nyata sekali menjadi kenyataan selepas kewafatan baginda iaitu pada saat kejatuhan kerajaan Parsi pada zaman pemerintahan Saidina Umar bin al-Khattab RA. Oleh yang demikian, pada saat dunia kelam pekat diselubungi gelap sekular, yakinlah, jahiliyyah pasti akan tumbang, dan Islam pasti akan tertegak juga di bumi Allah SWT ini.
Insya-allah, fajar semakin menyinsing. Malam pasti berakhir. Kebangkitan yang berlaku di seluruh dunia lambat laun akan tiba juga di negara kita yang tercinta. Semoga keamanan terus dikekalkan dan semoga Islam dapat didaulatkan. Selamat berhijrah dan selamat berubah.
Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Al-Mursyidul Am
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
Bertarikh : 28 Zulhijjah 1433H bersamaan 24 November 1433H

Saturday, November 26, 2011

Maal Hijrah 1433H



Dari Abdullah bin Mas'ud, katanya:"Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Tiap-tiap Nabi yang diutus sebelum saya mempunyai pengikut-pengikut dan sahabat-sahabat yang terpilih dari umatnya masing-masing; mereka itu berpegang kepada contoh Nabinya dan menuruti perintahnya; kemudian setelah zaman itu berlalu mereka disambung oleh generasi yang hanya pandai berkata, tetapi tidak bekerja,dan bekerja tetapi tidak menuruti pedoman-pedoman Nabinya. Sesiapa menentang kaum itu dengan kekerasan, mu'minlah ia, menentangnya dengan perkataan, mu'min pula, dan menentangnya dengan hatinya mu'min juga; dan telah habislah iman dari orang-orang yang tidak menentang kemungkaran, walaupun dengan hatinya."
(Riwayat Muslim)
Perjuangan melawan kemungkaran adalah menjadi dasar utama para nabi dan orang-orang yang beriman. Nabi Muhammad saw, seperti halnya nabi-nabi sebelumnya, menghadapi berbagai kesukaran sepanjang hidup baginda. Baginda berkorban meninggalkan harta dan berhijrah ke Madinah demi kelangsungan dakwah Islam.

Ini disebutkan di dalam al-Quran yang bermaksud :"Sesungguhnya, orang-orang yang beriman, berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (al-Baqarah: 218)

Sebagai balasan atas pengorbanan tersebut, Allah memberikan khabar gembira dengan limpahan kebaikan dan rezeki di dunia. Hal ini disebutkan di dalam al-Quran yang bermaksud: "Sesiapa yang berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dimaksudkan), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.."(an-Nisaa:100)

Sesungguhnya orang yang benar-benar beriman sama sekali tidak merasa takut atau gementar apabila menghadapi musuh. Semuanya adalah kerana keyakinan pada Allah bahawa Dia sentiasa bersama orang-orang yang benar seperti mana firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Jikalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (iaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua, di waktu ia berkata kepada temannya, 'Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah bersama kita.' Maka Allah menurunkan ketenangan-Nya kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentera yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (at-Taubah: 40)
إِنَّ الَّذِينَ آمَنُواْ وَالَّذِينَ هَاجَرُواْ وَجَاهَدُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ أُوْلَـئِكَ يَرْجُونَ رَحْمَتَ اللّهِ وَاللّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 218)

SALAM MAAL HIJRAH 1433 
DARI AL FAKIR 

Mesyuarat Gerak Kerja IJTIMA ULAMA THURAT 2012 di Perwaja






Baba Abdul Razak , Yala Thailand ziarah Tn Guru Hj Salleh

 Jumaat 25.11.2011
Tn Guru Hj Razak guru pondok dari Selatan Thailand ziarah Tn Guru. Dan bersama jemmah kulaih Jumaat Tn Guru Hj Salleh . Beliau dalam rangka mengutip dana untuk Pondok Beliau di Selatan Thailand . Insyallah beliau akan hadir majlis Ijtima Ulama Thurath 2012 di Perwaja Gurun pada 1.1.2012 nanti


Perutusan Maal Hijrah 1433H Oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din

Bicara Cinta

Perutusan Maal Hijrah 1433 oleh Tuan Ibrahim

Friday, November 25, 2011

Gerak Kerja Program Ijtima Ulama 2012 hari ini 25.11.2011

Mengadap Tn Guru Hj Zakaria 
Pondok Ampang , Jeneri Kedah 

Mengadap Tn Guru Hj Abd Wahab Hassan atau lebih dikenali Tn Guru Hj Awang Lanai Kedah 
Alhamdulillah kedua Tokoh ini memberi kerjasama dan menyatakan hasrat mereka akan bersama dengan majlis Ijtima Ulama Thurath 2012 Insyallah . Tolong doa agar kesihatan mereka sentiasa baik ...

Wednesday, November 23, 2011

Kembalikan tugas tarbiyah kepada ulama


 "Tugas tarbiyah perlu dikembalikan kepada Dewan Ulamak atau kerjasama dilakukan dengan dewan bagi memastikan tarbiyah menjadi agenda penting," ujar Ustaz Muhammad Mustafa ketika membentangkan perbahasan mempertegaskan hujah yang telah dikemukakan oleh wakil-wakil negeri dan dewan

Usaha-usaha tarbiyah penting untuk melahirkan individu pelapis yang mampu menjadi pimpinan penting pada satu masa kelak.
Perubahan yang sedang berlaku dalam iklim politik Malaysia memerlukan lebih banyak pimpinan berilmu dan berkebolehan dilahirkan bagi mengisi ruang-ruang tampuk pemerintahan ketika Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan kerajaan pada masa hadapan.
Dewan Ulama semalam dalam membahas Ucapan dasar juga menyeru UMNO supaya berhenti mengkhianati PAS kerana PAS mendokong perjuangan Islam dan memberi manfaat kepada seluruh manusia.


Wawancara Khas Bersama Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin At- Tanta...

Tuesday, November 22, 2011

Gerak kerja program Ijtima Ulama Thurath 1.1.2011 akan diumum keputusan mesyuarat esok .









Insyallah esok 23.11.2011 saya akan umumkan keputusan mesyuarat berkaitan PROGRAM KITA PROGRAM IJTIMA ULAMA THURATH 2012 apabila selesai mesyuarat esok bersama AJK Surau Perwaja , doa agar majlis ini bejalan lancar dengan penuh berkat 

Pendirian rasmi PAS mengenai hudud


Selaras dengan pendirian Pakatan Rakyat yang mengiktiraf Enakmen Jenayah Syariah di Kelantan dan Terengganu, PAS berpendirian kedua-dua negeri itu berhak memperkanunkan undang-undang tersebut.

Dalam satu kenyataan menyatakan pendirian rasmi parti itu, Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, persoalan kini, sejauh mana kesediaan Kerajaan Pusat memberi kebenaran untuk melaksanakannya.

Menurutnya, perbezaan pandangan dengan DAP khususnya dalam soal penafsiran "bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan" adalah sangat relatif kerana wujud perbezaan ketara antara pandangan pengamal undang-undang kedua belah pihak, terutama kaedah untuk mengatasinya.
"PAS melihat soal tafsiran mana yang menepati peruntukan perlembagaan hanya akan dapat diputuskan oleh mahkamah perundangan," katanya.
Berikut adalah kenyataan rasmi berhubung pendirian PAS:

1.   Parti Islam SeMalaysia  (PAS) ingin menegaskan bahawa aktiviti dan perjuangan PAS adalah dalam kerangka demokrasi dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan jaminan kebebasan mengamalkan agama-agama lain, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda masing-masing, kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan.

2. PAS juga ingin menegaskan komitmen untuk melaksanakan perubahan menyeluruh dalam negara kita ini, menerusi muafakat rakyat yang telah dipersetujui dalam penegasan bersama yang disebutkan dalam Platfom Dasar Bersama Pakatan Rakyat (Pakatan Rakyat Common Policy Platform) dan Dokumen Buku Jingga.

3. PAS juga amat berpegang dan memperjuangkan prinsip negara berkebajikan yang menuntut dilaksanakan keadilan Islam untuk semua dalam masyarakat, dan menolak sekeras-kerasnya tindakan yang berunsur kezaliman terhadap mana-mana rakyat dalam semua tindakannya samada di peringkat dasar parti atau kerajaan yang dipimpin oleh PAS.

4. Perbezaan pandangan DAP terhadap Enakmen Jenayah Syariah adalah berpusat di atas penafsiran bahawa ianya bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Persoalan penafsiran ini adalah suatu isu yang sangat relatif kerana wujud perbezaan ketara antara pandangan pengamal undang-undang kedua belah pihak, terutama kaedah untuk mengatasinya. PAS melihat soal tafsiran mana yang menepati peruntukan perlembagaan hanya akan dapat diputuskan oleh mahkamah perundangan.

5. Sehubungan dengan perakuan bahawa Enakmen Jenayah Syariah II (1993) Kelantan dan Enakmen Jenayah Syariah (2003) Terengganu yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri masing-masing, maka PAS melihat kerajaan negeri mempunyai hak bagi memperkanunkan undang-undang tersebut. Persoalan sejauh mana kesediaan Kerajaan Pusat memberi kebenaran merupakan perkara kedua yang perlu diselesaikan melalui proses yang sesuai dan munasabah. Rakyat Kelantan khususnya memilih PAS atas dasar Islam yang di bawanya, kerana itu mereka seharusnya diberi hak bagi mengamalkan ajaran mereka.  Sebarang usaha menghalang adalah bertentangan dengan semangat demokrasi yang dipersetujui bersama. Kini terpulang kepada kerajaan Kelantan bagi membawa Enakmen berkenaan di peringkat yang seterusnya.
Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS

UMMAH BERSELAWAT BERMULA SATU MAHABBAH

Dosa buat hati jadi keras, degil


MELAKUKAN dosa membuatkan seseorang merana di dunia dan akhirat. Ada orang kata dosa adalah soal peribadi masing-masing, buat masing-masing tanggung, jaga kubur masing-masing.
Tidak betul kata-kata itu kerana kubur kita nanti orang lain gali sementara kubur orang lain kita juga yang kena uruskan. Maknanya dosa yang kita lakukan boleh menyusahkan orang lain.
Contohnya, peminum arak rasa itu perbuatan peribadi, duit dia dan kalau mabuk dia yang terhuyung-hayang. Memanglah benar duit dia tetapi jika sudah mabuk mereka terdorong melakukan perkara di luar batasan seperti melanggar orang ketika memandu di jalan raya, berzina atau sumbang mahram.
Click Here
Lihatlah betapa pelakuan dosa kita itu amat keji. Berikut adalah kesan bahaya kepada seseorang jika banyak melakukan dosa antaranya:
Dicabut daripadanya cahaya dan seri keimanan terutama apabila melakukan dosa besar. Muka yang tidak pernah dibasahi air wuduk boleh hilang serinya. Wajah itulah yang bakal menerangi anggota wuduk di akhirat nanti.
Tertutup daripada kebenaran. Maknanya seseorang yang melakukan dosa tahu mana baik dan buruk tetapi tak ikut kebaikan, dia tahu yang buruk tetapi tidak dapat meninggalkannya.
Hilang rasa spontan terhadap amal kebaikan dan ganjaran serta tawaran pahala. Mereka tidak menginginkan syurga dan apabila disebut neraka mereka tidak berasa takut malah mengejek pula mereka masuk neraka bukan seorang.
Berat dan payah beramal sebaliknya mudah apabila diajak melakukan dosa dan maksiat. Menurut ibnu al-Qayyim, sesiapa yang melakukan dosa ketika malam, dia amat berat untuk melakukan amal pada siang kerana dosa yang dilakukan pada malam menghalang beramal dan begitulah sebaliknya.
Dosa membuatkan hati jadi keras dan degil. Mereka amat susah untuk mendengar nasihat. Mereka boleh menasihati dan menegur orang tapi sangat berat apabila ditegur. Suka berbalah dan tidak menghormati orang lain dan bahasa yang digunakan kasar serta tidak menghormati perasaan orang lain.
Dosa derhaka kepada orang tua boleh berjangkit kepada anak-anak. Allah pasti membalas dengan tindakan anak yang menyakitkan hatinya sebagaimana dia menyakiti ibu bapa suatu ketika dulu.
Dosa menjadi hijab doa payah diterima Allah. Ada riwayat menyatakan sesiapa makan makanan haram, doanya tidak diterima Allah selama 40 hari.
Terkadang dosa menjadi penghalang daripada mendapat dan menemui jalan penyelesaian.
Dosa penyebab turunnya bala Allah. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya, apabila nampak sangat zina dan riba, sesungguhnya mereka mengizinkan Allah menurunkan azab.