Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Wednesday, November 2, 2011

Tidak wajib lulus, Pendidikan Islam dianggap remeh terhadap Kementerian Pelajaran Malaysia


KUALA LUMPUR, 2 Nov: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyelar tindakan kerajaan yang tidak menjadikan mata pelajaran Pendidikan Islam sebagai mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) seperti yang diumumkan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong. kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran itu menunjukkan kerajaan tidak berminat untuk menjadikan umat Islam khususnya generasi muda faham tentang agamanya sendiri.

Menurutnya, meskipun subjek Pendidikan Islam merupakan subjek teras yang wajib dipelajari oleh murid-murid beragama Islam, namun jika ia tidak dijadikan mata pelajaran yang wajib lulus, ia tidak mempunyai makna terhadap para pelajar.
Katanya, murid-murid tidak memandang tinggi subjek ini kerana ia tidak menjadi syarat wajib lulus, bahkan mungkin akan memandang remeh subjek itu.
“Dengan sistem pelajaran hari ini yang menjadikan para pelajar sebagai exam oriented, apakah perlunya para pelajar bersungguh-sungguh mempelajari mata pelajaran pendidikan Islam?” tanya beliau dalam kenyatan kepada Harakahdaily.
Menurutnya, minda pelajar akan meletakkan subjek lain sebagai keutamaan seperti Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan lain-lain lagi.
Ujarnya, DPPM juga kesal kerana subjek Pendidikan Islam tidak menjadi syarat lulus dalam pendidikan di peringkat sekolah menengah.
“Dasar ini menjadikan pelajar-pelajar tidak berminat mendalami bidang agama. Bagi pelajar, Pendidikan Islam adalah mata pelajaran sampingan yang tidak penting untuk dipelajari,” katanya.
Dasar itu, ujarnya menjadikan subjek Pendidikan Islam terpinggir dari jiwa para pelajar.
Justeru, katanya DPPM ingin mengingatkan kerajaan kesan langsung terhadap dasar itu terhadap masa depan generasi muda negara.
Menurutnya, sudah pasti kejahilan akan membelenggui remaja di samping gejala sosial yang akan meningkat.
Tambahnya, golongan remaja akan hilang minat pada agamanya sendiri sehingga membawa kepada perlakuan yang haram.
“Tidak hairanlah, ramai remaja beragama Islam tidak tahu membaca al-Qur’an, tidak tahu hukum fardhu ain, tidak menunaikan solat, puasa dan lain-lain lagi.
“Lebih menyedihkan ada yang tidak tahu mengucap syahadah. Bahkan ia membawa kepada krisis akidah yang lebih parah,” ujarnya.
Beliau berkata, jika kerajaan benar-benar serius mahu meninggikan syariat Islam serta memastikan generasi muda tidak tercicir dari kejahilan terhadap agamanya sendiri, subjek Pendidikan Islam wajar diangkat sebagai subjek teras wajib lulus para pelajar di semua peringkat.
“Subjek ini perlu diangkat sama penting seperti subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan lain-lain lag,” katanya.
Dengan demikian, menurutnya barulah pelajar akan berusaha bersungguh-sungguh mempelajari Pendidikan Islam dan mendalaminya sehingga berjaya.

No comments:

Post a Comment