Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Saturday, November 5, 2011

Selamat menyambut Aidil Adha 1432/ 2011

Selamat Menyambut Hari Raya Haji / Aidil Adha bagi tahun ini 1432 H /2011
Moga semangat pengorbanan para Anbia dihayati di hari Raya esok . 
Pengorbanan Nabi Ibrahim yang berhijrh dari Irah ke Palestin kerana dibakar Pemerintah Zalim iaitu Namrud seorang raja zalim , kemudian dari Palestin Nabi Ibrahim hijrah ke Makkah . Di  Makkah Nabi Ibrahim diuji dengan pelbagai ujian . Nabi Ibrahim diperintah supaya menyembelih anaknya Nabi Ismail . Semasa proses menunaikan tuntutan Allah dengan menyembelih anak , syaitan Laknatullah datang mengoda agar usha ibadah Mereka dua beranak gagal , ibadah melontar diambil dari peristiwa Nabi Ismail membaling syaitan dengan batu , maka ibadat melontar disyariatkan hingga kiamat. Dengan keimanan yang mantap akhirnya kedua mereka berjaya melaksanakan perintah Allah. 
Kita ummat harus menilai pengorbanan Nabi Ibrahim , Nabi Ismail , Siti Hajar seterusnya pengorbanan Manusia Junjungan iaitu Rasul kita Nabi Muhammad SAW dan Para sahabat memperjuang Islam . 
Kita ummat sekarang terima Islam dengan mudah tanpa turun ke medan perang , jangan kita melampau dan lupa diri. Kita WAJIB syukur atas nikmat Iman dan Islam . 
Jangan biar diri kita jahil , bekorbanlah untuk belajar agama . 
Diri kita banyak dosa , bekorbanlah diri meninggalkan dosa kepada ketaatan .
Diri kita belum menjadi hamba Allah yang sempurna , bekorbanlah untuk kearah Iman yang sempurna. 
Bekorbanlah fikiran untuk Islam 
Bekorbanlah Masa untuk agama , bekorbanlah wang ringgit untuk agama . 
Jangan kita telampau lalai dengan dunia dan keseronokan sehinggakan malas untuk berjuang untuk Islam . 
Islam Syumul . 

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha 1432H 
MOGA KITA TERGOLONG DIDALAM HAMBA YANG BENAR BERIMAN AMEEN '
Mohon Maaf Zahir dan Batin dari Al Fakir
Muhammad Fazilul Helmi B Raidzan 


No comments:

Post a Comment