Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Saturday, November 12, 2011

Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke 42 KDYMM Sultan Muhammad V











KOTA BHARU, 12.Nov - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Kelantan Abdul Fattah Mahmood hari ini dianugerahkan gelaran Ahli Yang Kedua ( Dato’ Paduka ) bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia ( Al-ISMAILI II ) ( D.J.M.K ) oleh Sultan Muhammad ke V sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan yang ke 42.
Penyampaian anugerah tersebut disempurnakan oleh KDYMM Al-Sultan Kelantan bertempat di Dewan Balai Rong Seri Istana Balai Besar.
Turut hadir Tengku Mahkota Kelantan YTM Dr.Tengku Muhammad Fa-Iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra, Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakub, Speaker Dun Kelantan Datuk Nasruddin Daud, Exco negeri, Wakil Rakyat Parlimen dan Dun serta pembesar negeri lain.
Datuk Abdul Fattah Mahmood yang juga Adun Bukit Panau ketika ditemui melahirkan rasa junjung kasih kepada Tuanku Al-Sultan dan dengan penganugerahan yang diterima ini ia akan menjadi lebih mendekatkan diri kepada kerja-kerja dakwah terhadap Allah SWT.
Menteri Besar Tuan Guru Dato Bentara Setia Nik Abdul Aziz turut hadir
“ Semoga anugerah ini akan membantu kita dalam menjayakan program-program serta kerja-kerja dakwah “ujar beliau.
Sementara itu isteri Menteri Besar Kelantan Datin Bentara Setia Tuan Sabariah Tuan Ishak telah dianugerahkan Ahli Yang Ketiga ( TAULAN ) bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia
(AL-ISMAILI III ) (J.M.K) bersama Ahli Parlimen Rantau Panjang Hajjah Siti Zailah Mohd Yusoff.
Wakil Rakyat turut hadir di majlis Penganugerahan Darjah Kebesaran Al-Sultan Kelantan

Turut menerima JMK ialah mantan Wakil Rakyat Wakaf Bharu yang kini merupakan Pengarah Eksekutif PMBK Sawit Haji Ramli Abu Bakar.
Majlis yang berlangsung dengan penuh kesederhanaan itu turut menyaksikan istiadat menyembah ucapan Taat Setia dari Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi pihak kerajaan dan Rakyat Kelantan keseluruhannya.

No comments:

Post a Comment

ampuni kami