Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Tuesday, November 22, 2011

Ijtimak Pilihanraya Ulamak Haraki Zon Utara Berjaya


Kedah, 22hb Nov 2011. Ijtimak Himpunan Pilihanraya Ulamak Haraki telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya dengan kehadiran para ulamak daripada seluruh pelusuk kawasan dari tiga negeri utama di utara. Dewan Ulamak Negeri Kedah telah menjadi tuan rumah untuk program tersebut yang menggabungkan Dewan Ulamak PAS Negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.
Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Negeri Kedah, Ustaz Ahmad Akhyari ketika dihubungi menjelaskan program tersebut telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dengan kehadiran perwakilan daripada ketiga-tiga negeri dan InsyaAllah mencapai objektif yang telah disasarkan oleh Dewan Ulamak PAS Pusat.
Berdasarkan pemerhatian, para ulamak yang hadir dalam program tersebut sangat bersemangat untuk melibatkan diri dalam pilihanraya umum yang akan datang untuk menumbangkan kezaliman seterusnya menuju ke Putrajaya.
Dalam Ijtimak tersebut, pembentangan telah dibawa oleh Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr. Khairuddin Razali. Beliau telah mengulas tentang hubungkait antara peranan pendakwah PAS dan ribat pada jalan Allah untk menegakkan kebenaran dan menghapuskan kezaliman.
Dr. Khairuddin juga turut membentangkan kertas kerja yang berkaitan dengan isu-isu semasa di Malaysia dan pendirian Islam berkenaan dengannya.
Rata-rata peserta yang ditemui menyatakan kepuasan mereka terhadap perjalanan program yang diselenggarakan sepenuhnya oleh Dewan Ulamak PAS Negeri Kedah.
Sekalung tahniah kepada Dewan Ulamak PAS Negeri Kedah !

No comments:

Post a Comment

ampuni kami