Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Friday, December 30, 2011

Perutusan Ke Majlis MAHABBAH BERSMA ULAMA THURATH





Dengan Nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang .
Alhamdulillah , Selawat dan salam buat junjungan termulia Rasulullah SAW
Syukur dengan taufiq dan Hidayah Allah kepada kita , dan setinggi-tinggi kesyukuran atas nikmat IMAN dan ISLAM kepada kita .

INSYALLAH esok akan berlangsung majlis MAHABBAH BERSAMA ULAMA THURATH
lebih kurang 17 ulama tua akan bersama kita
diantaranya :
1 . Tn Guru Hj Salleh Musa berusia 84 tahun merupakan ulama pondok Kedah yang paling berpengaruh di    masa ini
2 . Tn Guru Hj Ahmad Kuala Nerang berusia 86 tahun
3 . Tn Guru Hj Muhammad bin Abdul Rahman Kupang Baling berusia 83
4 . Tn Guru Hj Abdullah Bukit Lada berusia 73
5. Tn Guru Hj Wahhab Hassan ( Ustaz Awang Lanai) berusia 72 Tahun
6. Tn Guru Hj Rahim Pendang berusia 68  tahun
7  Tn Guru Hj Yusuf Pengang berusia 73 tahun
8 . Tn Guru Hj Izuddin berusia 68 tahun
9. Tn Guru Hj Abdul Karim berusia 64 tahun
10. Tn Guru Hj Nawawi 73 tahun
11. Syeikh Toyib Baling 96 tahun
12 . Syeikh Hassan Bangkok 136 tahun
13 Baba Yahya Burma
14 . Dan Ramai lagi tetamu dari kalangan ulama yang menjadi tetamu VVIP manakla ulama muda pondok lebih kurang 30 orang menjadi tetamu VIP dan juja kita ada tetamu luar negeri , Singapura dan Thailand

Majlis ini akan dirasmikan oleh Dato Mufti Kerajaan Negeri Kedah Dato’ Syeikh Muhamad Baderudin Bin Haji Ahmad. 


Matlamat Program 
Bertujuan untuk mengumpul ualam Thurath , diakhir- akhir ini peranan ulama Thurath makin dilupakan oleh masyarakat , mudahan dengan program ini dapat menjadi asbab untuk menarik minat masyarakat khusus golongan muda supaya kembali mendekati ilmu dan ulama . Moga setelah majlis ini diadakan ramai masyarakat terutama golongan muda dapat mendekati ilmu dan ulama . 


Ulama Thurath merupakan ulama yang membaca kitab-kitab muktabar , mereka mengajar secara detail atau halusi , mereka sangat beradab dengan ilmu , berakhlak luhur , kehebatan mereka terselah dengan khidmat mereka menyampaikan dakwah dan berjuang tanpa mendapat upah atau gaji . Mereka ikhlas ,  dan meamalkan apa yang mereka perkatakan . 
Ulama tua masih ramai , tetapi mereka tidak mendapat tempat, kerana majlis seperti ini jaran-jarang dilaksanakan , sausana hari ini lebih banyak majlis untuk politik dan majlis untuk ulama muda sedangkan ulama tua masih ramai diketepikan . Maka kami PERSATUAN PONDOK TAUHID (PPPT-Keadah) dan SURAU PERWAJA beperanan mengumpulkan semula ulama tua supaya peranan ULAMA THURATH terus diperkasakan demi untuk mempertahankan ilmu yang sahih buat masyarakat kerana ulama thurath sentiasa mempertahankan kitab muktabar dari ulama dulu 


Insyallah marilah kita beramai-ramai hadir ke majlis MAHABBAH bersama ULAMA THURATH . 
Moga malam esok kita berada di Majlis yang diberkati oleh Allah , moga kita didunia ini bersama ulama disatu majlis dan mudahan di Akhirat kita akan bersama ulama dan golongan orang yang mendapat kejayaan iaitulah golongan orang mukmin yang benar benar beriman dan ikhlas dengan Allah . 


Turunlah ke Majlis ini dengan NIAT KERANA ALLAH , moga kita bersama memperolehi keberkatan Insyallah . '


Jangan lepaskan peluang yang sangat berharga ini . 
Takbir! ALLAHUAKBAR !
Dari Al Fakir Muhammad Fazilul Helmi bin Raidzan 
Tim Pengarah Program Mahabbah 



No comments:

Post a Comment

ampuni kami