Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Monday, May 31, 2010

AHLI SUNNAH WAL JAMAAH VS WAHABI DAN UMNO





IKUT IJMA ULAMA YANG MANA ULAMA MASIH  RAMAI SETIA DAN MEMIHAK PADA PAS .KUKUHKAN PERJUANGAN .UMNO AJARAN SESAT YANG WAJIB KITA LAWAN SAMPAI KALAH . WAHABI SESAT , SESAT LAGI UMNO DARI WAHABI . UMNO TOLAK HUKUM QURAN

Kembali Kepada As Salaf As Soleh ? WAHABI SILAP FAHAM ...TAKSUB MUHAMMAD IBNU WAHAB


ANAK SYEIKH QADIR MANDILI (RA) BERMAZHAB WAHABI
TAKSUB KEPADA MUHAMMAD IBNU WAHAB
WAHABI SEMUA MEREKA CAKAP PANDAI TETAPI MEREKA TAK DALAMI SUNGGUH2 ILMU AGAMA
TOLAK IJMA' .MEREKA HANYA PAKAI ZAHIR AL QURAN DAN HADITH SAHAJA .
MANA MUNGGKIN KITA NAK FAHAM QURAN HADITH BEGITU SAHAJA TANPA ILMU ALAT AROBIAH NAHU , SOROF , BAYAN , MANTIQ , MAANI
ISTIARAH , USUL QURAN , USUL HADITH , USUL FIQ DAN LAIN2 LAGI .

TAUHID 3 ? APA PANDANGAN AHLI SUNNAH

Adalah menjadi kewajiban ana mendedahkan semua ini , walaupun berat ketapi perlu terangkan kerana ini berkait dengan aqidah ...
Ana sebenarnya terlalu sebok dengan urusan pendidikan dan pentadbiran , tetapi ada saudara bertanya maka saya terpaksa bongkarkan semua ini .

TAUHID 3 SERANGKA...RUBUBIYYAH , ULUHIYYAH DAN ASMA WA SIFAT
ini adalah pendapat ibnu Taimiyah  . Ini adalah bidah , RASULULLAH SAW tak pernah bahagikan tauhid  kepada 3 ini . Tauhid ahli sunnah adalah apa yang diajar IMAM ASYAIRAH .
TAUHID 3 YANG DIBAWA IBNU TAIMIYAH TIDAK LENGKAP BAHKAN TERPESONG .

AHLI SUNNAH MENOLAK TAUHID 3 INI !!!
Tauhid RASULULLAH SAW seperti yang dinaskan dalam AL QURAN DAN HADITH ...
Maka kesimpulan TAUHID AHLI SUNNAH adalah berkaitan KETUHANAN , KERASULAN , DAN PERKARA YANG DISAMPAI RASULULLAH DENGAN APA YANG PERLU KITA BERIMAN IAITU SAM'IYYAT ...

BERKAIT DENGAN KETUHANAN
Sifat kemulian yang wajib kita tahu dan I'tiqad SIFAT KESEMPURNAAN ALLAH , KEMULIAN ALLAH BERSANGATAN BANYAK ! INI WAJIB IJMALI ...
Yang wajib kita pelajari , yang wajib kita i'tiqad 13 sifat Allah yang dinas soreh dalam QURAN ini pendapat muktamad IMAM ABU HASSAN ASYAIRAH , dan 20 atas pendapat IMAM ABU MANSUR MATURIDHI , Tauhid sifat 20 atas qaul mashur .Maka pendapat AHLI SUNNAH yang MUKTAMAD belajar 13 sifat , yang mashur adalah 20 maka kedua2 betul ...Dan ada banyak pendapat lagi ada kitab tauhid ulama kita tambah lagi lebih dari 20 ini ...WAJIB FARDHU AIN DAN WAJIB BELAJAR CARA TAFSIL ATAU DITIL SUPAYA KEJAP ATAU MANTAP  IMAN KITA .....(dalil wajib belajar dan i'tiqad :SURAH MUHAMMAD ayat 19)ini AHLI SUNNAH SEBENAR

TAUHID TIGA mereka ambil dari QURAN JUGA TAPI mereka salah faham dan hurai
TAUHID RUBUBIYAH mereka berdalil (ayat 3 surah AL ZUMAR dan ayat 61 surah AL ANKABUT)
Kita Ahli Sunnah tolak kerana mana munggkin orang kafir dinamakan orang yang mentauhidkan Allah sedangkan mereka mensyirikan Allah !!!
(kita berdalil surah AL ZUMAR ayat 3  hingga akhir ayatnya untuk tolak tauhid RUBUBIYAH ) LIHAT TAFSIR QURTUBI .KITA TOLAK SEKERAS-KERASNYA BAHAWA ORAG KAFIR TAUHIDKAN ALLAH!...dan dalil kita tolak tauhid  RUBUBIYAH DAN ULUHIYAH adalah dalil QURAN AL GHASIYAH ayat 17 dan 18 , YASSIN ayat 78 , AL JATHIYYAH ayat 24 dan AL QASAS ayat 38, LAGI AYAT AL NAZI'YAAT  AYAT 24

TAUHID ASMA WA SIFAT sebenarnya mereka nak mengekalkan SIFAT ALLAH SEPERTI AYAT YANG KESAMARAN SIFAT ALLAH DENGAN SIFAT MAKHLUK seperti mereka i'tiqad Allah bermata , bemuka , berkaki dengan tidak mahu ditawil...
KITA TOLAK KERAS KERANA BERDALIL  AYAT 11 SURAH AL SYUURA

Maka kita usha untuk dalami TAUHID AHLI SUNNAH bersumberkan AL QURAN  , HADITH , IJMA DAN QIAS ...iaitu kita dalami secara ditil sifat WUJUD ALLAH , QIDAM , BAQA, MUKHALAFAH, QIYAMUHU ,WAHDA'NIAT, QUDERQT , IRADAT,HAYAT , SAMA',BASAR, KALAM , dan ini Qaul muktamad dari ulama kita.  TAUHID KITA wajib kita belajar perkara berkaita ALLAH , RASUL DAN SAM'IYAT ...
Maka andai kita dah belajar TAUHID 3 kita perlu belajar lain TAUHID AHLI SUNNAH supaya kejap iman kita .

LIHAT KITAB AL ALLAMAH ABU ABDULLAH ALAWI AL YAMANI dalam kitabnya yang bermaksud AGAMAMU DALAM BAHAYA  yang telah diterjemah oleh SYEIKH MUHAMMAD FUAD KAMARUDIN AL MALIKI ra , bahasanya lebih ditil dalam menolak TAUHID 3 ini .

Orang bertanya saya bagaimana sukatan sekolah di Malaysia semua belajar tauhid 3 ?
Saya jawab ikut pendapat Tn Guru saya AL ALIM AL ALAMMAH TN GURU HJ SALLEH (SIK) kita belajar tauhid 3 tidak memada kerana ia umum tidak ditil , tidak akan munggkin mantap aqidah kita , kita perlu kaji secara ditil tiap2 sifat wajib yang ada pada Allah seperti yang ada dalam nas QURAN tiap2 satu dari sifat wajib Allah . Jika kita belajar tauhid 3 ini andai mengikut aliran ibnu Taimiyah kita jangan redha , hanya belajar nak tau dan jawab soalan periksa sahaja , wajib kita belajar lain tauhid WUJUD , QIDAM , BAQA , MUKHALAFAH hingga akhir .

PERHATIAN !!!
Jika ada yang bertanya mengapa dalam kitab karangan SYEIKH QADIR MANDILI ada tulis TAUHID 3 diantaranya KITAB ANAK KUNCI SYURGA ?
Ana utarakan soalan ini pada guru ana , TN GURU HJ SALLEH , beliau menjawab 'SYEIKH QADIR GURU SAYA , SAYA TAHU , BELIAU TULIS TAUHID 3 KERANA POLITIK BELIAU UNTUK KABURI WAHABI YANG MEMERINTAH , BELIAU TULIS TAJUK TAUHID 3 SAHAJA TETAPI BELIAU HURAI TAUHID AHLI SUNNAH ASYAIRAH , ANDAI BELIAU TAK TULIS TAUHID 3 BELIAU TAK DAPAT MENGAJAR DALAM MASJIDIL HARAM PERINTAHAN WAHABI PADA MASA SAYA BELAJAR "

AWAS PENIPUAN RASUL DAHRI !!! JANGAN TERPENGARUH , LAGI CAKAP AGAMA LAGI PENIPU DIA



RASUL DAHRI MUDAHAN DAPAT HIDAYAH ...
Mana ada ahli sunnah itiqad Allah bertempat ?
Allah ini lah orang sekarang mengaji sikit bohong banyak ...
Lagi bercakap lagi nampak bohong , lagi nampak jahil !

AHLI SUNNAH WAL JAMAAH ? MENGIKUT KITAB I'TIQAD AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH K.H SIRAJUDDIN ABAS

Yang teramat mulia Nabi Muhammad s.a.w wafat tanggal 2 Rabi'ul Awal tahun 11 Hijrah, bersamaan dengan 8 Juni 632 M. Pada hari wafat beliau sekumpulan kaum Ansar (Sahabat-sahabat Nabi yang berasal dari Madinah) berkumpul di suatu Balairung yang bernama SAQIFAH BANI SA'IDAH untuk mencari Khalifah (pengganti Nabi yang sudah wafat). Kaum Ansar ini dipimpin oleh Sa'ad bin Ubadah (Ketua kaum Ansar dari suku Khazraj). Mendengar hal ini kaum Muhajirin (Sahabat-sahabat asal dari Makkah yang berpindah ke Madinah) datang bersama-sama ke Balairung itu, dengan dipimpin oleh Saidina Abu Bakar as-Siddiq Rda. Sesudah terjadi perdebatan yang agak sengit antara kaum Ansar dan kaum Muhajirin yang setiapnya mengemukakan calon dari pihaknya, bersepakatlah mereka mengangkat sahabat yang paling utama Saidina Abu Bakar as-Siddiq sebagai khalifah yang pertama. Perdebatan ketika itu hanya terjadi antara golongan kaum Ansar yang mengemukakan Sa'ad bin Ubaidah sebagai calonnya dengan kaum Muhajirin yang mengemukakan Saidina Umar bin Khattab atau Saidina Abu Bakar sebagai calon-calon khalifah Nabi. Dalam pertemuan itu tidak ada seorang pun yang mengemukakan Saidina Ali bin Abi Talib sebagai Khalifah pertama pengganti Nabi. Faham kaum Syi'ah belum ada ketika itu. Yang ada hanya kaum Ansar dan kaum Muhajirin, tetapi ternyata bahawa perselisihan faham antara kaum Ansar dan kaum Muhajirin tidak menimbulkan firqah dalam usuluddin, kerana perselisihan pendapat sudah selesai di kala Saidina Abu Bakar sudah terangkat dan terpilih secara suara sepakat.Pada tahun 30 Hijriah timbul faham Syi'ah yang diapi-apikan oleh Abdullah bin Saba' yang berposisi terhadap Khalifah Saidina Usman bin Affan. Abdullah bin Saba' adalah seorang pendeta Yahudi dari Yaman yang masuk Islam. Ketika ia datang ke Madinah tidak begitu dapat penghargaan dari Khalifah dan juga dari umat Islam yang lain. Oleh kerana itu ia kesal. Sesudah terjadi "peperangan Siffin", peperangan saudara sesama Islam, iaitu antara tentera Khalifah Ali bin Abi Talib dengan tentera Mu'awiyah bin Abu Sufian (Gabenor Syria) pada tahun 37 Hijrah timbul pula firqah Khawarij, iaitu orang-orang yang keluar dari Saidina Mu'awiyah r.a dan dari Saidina Ali r.a.Pada permulaan abad ke II H timbul pula kaum Muktazilah, iaitu kaum yang dipimpin oleh Washil bin 'Atha' (lahir 80 H-wafat 113 H) dan Umar bin Ubaid (wafat145H). Kaum Muktazilah ini mengeluarkan fatwa yang ganjil-ganjil, yang berlainan dan berlawanan dengan I'itiqad Nabi dan sahabat-sahabat beliau. Di antara fatwa-fatwa yang ganjil dari kaum Muktazilah itu, ialah adanya "Manzilah bainal manzilatein", yakni ada tempat di antara dua tempat, ada tempat yang lain selain syurga dan neraka. Banyak lagi fatwa-fatwa kaum Muktazilah, umpamanya fatwa yang mengatakan bahawa sifat Tuhan tidak ada, bahawa Quran itu makhluk, bahawa Mikraj Nabi hanya dengan roh saja, bahawa pertimbangan akal lebih didahulukan dari hadis-hadis Nabi, bahawa syurga dan neraka akan lenyap, dan lain-lain fatwa yang keliru.Kemudian timbul pula faham Qadariyah yang mengatakan bahawa perbuatan manusia diciptakan oleh manusia sendiri, tidak sangkut-paut dengan Tuhan. Hak mencipta telah diberikan Tuhan kepada manusia, sehingga Tuhan tidak tahu dan tidak peduli lagi apa yang akan dibuat oleh manusia. Kemudian timbul pula faham Jabariyah yang mengatakan bahawa sekalian yang terjadi adalah dari Tuhan, manusia tak punya daya apa-apa, tidak ada usaha dan tidak ada ikhtiar.Kemudian timbul pula faham Mujassimah dan Ibn Taimiyyah, yakni faham yang menyerupakan Tuhan dengan makhluk, ada tangan, ada kaki, duduk di atas kerusi, turun dari tangga seperti manusia, Tuhan adalah cahaya seperti lampu dan lain-lain kepercayaan. Kemudian lahir pula faham-faham yang keliru tentang tawasul dan wasilah, tentang ziarah dan istigatsah dari Ibnu Taimiyah juga yang semuanya merosakkan dunia Islam dan kaum Muslimin.KAUM AHLUSSUNNAH WAL JAMA'AH MUNCUL PADA ABAD KE III HIJRAH Sebagai reaksi dari firqah-firqah yang sesat tadi maka pada akhir abad ke III Hijrah timbullah golongan yang bernama Kaum Ahlussunnah wal Jama'ah, yang diketuai oleh dua orang 'Ulama besar dalam Usuluddin, iaitu Syeikh Abu Hasan Ali Al Asy'ari dan Syeikh Abu Mansur AI-Maturidi. Perkataan Ahlussunnah wal Jama'ah kadang-kadang dipendekkan menyebutnya dengan Ahlussunnah saja, atau Sunny saja dan kadang-kadang disebut 'Asy 'ari atau Asya'irah, dikaitkan kepada guru besarnya yang pertama Abu Hasan Ali Al Asy'ari.Sejarah ringkas guru besar ini adalah: Nama lengkap beliau adalah Abu Hasan Ali bin Ismail bin Abi Basyar Ishaq bin Salim bin Ismail bin Abdillah bin Musa bin Bilal bin Abi Burdah bin Abi Musa AI-Asy'ari. Abi Musa ini seorang sahabat Nabi yang terkenal dalam sejarah Islam. Abu Hasan lahir di Basrah (Iraq) tahun 260 H, yakni 55 tahun sesudah meninggalnya Imam Syafie r.a dan meninggai di Basrah juga pada tahun 324H, dalam usia 64 tahun. Beliau pada mulanya adalah murid dari bapa tirinya seorang Ulama Besar kaum Muktazilah, Syeikh Abu Ali Muhammad bin Abdul Wahab Al Jabai (meninggal tahun 303 H), tetapi kemudian beliau taubat dan keluar dari golongan Muktazilah itu. Pada masa itu (abad ke III H) banyak sekali Ulama-ulama Muktazilah mengajar di Basrah, Kufah dan Baghdad. Ada 3 orang Khalifah Abbasiyah iaitu Ma'mun bin Harun Ar-Rashid (198-218H), AI-Muktasim (218-227H) dan AI-Watsiq (227-232H) adalah khalifah-khalifah penganut faham Muktazilah atau sekurangnya penyokong-penyokong yang utama dari golongan Muktazilah. Dalam sejarah dinyatakan bahawa pada zaman itu terjadilah apa yang dinamakan "fitnah Quran makhluk" yang mengorbankan beribu-ribu ulama yang tidak sefahaman dengan kaum Muktazilah. Pada masa Abu Hasan AI-Asy'ari muda remaja ulama-ulama Muktazilah sangat banyak di Basrah, Kufah dan Baghdad. Masa itu masa gilang gemilang bagi mereka, kerana fahamannya disokong oleh pemerintah. Imam Abu Hasan termasuk salah seorang pemuda yang belajar kepada seorang Syeikh dari Muktazilah, iaitu Muhammad bin Abdul Wahab al Jabai wafat 303 H. Pembaca jangan keliru, ini bukan Muhammad bin Abdul Wahab, pembangun Mazhab Wahabi di Nejdi (1115 H -1206 H)-(Riyadh) Imam Abu Hasan AI-Asy'ari melihat, bahawa dalam fahaman kaum Muktazilah banyak terdapat kesalahan besar, banyak yang bertentangan dengan I'itiqad dan kepercayaan Nabi Muhammad s.a.w. dan sahabat-sahabat beliau dan banyak yang bertentangan dengan Quran dan Hadis. Maka kerana itu beliau keluar dari golongan Muktazilah dan bertaubat kepada Tuhan atas kesalahan-kesalahannya yang lalu. Bukan saja begitu, tetapi beliau ke hadapan untuk melawan dan mengalahkan kaum Muktazilah yang salah itu. Pada suatu hari beliau naik ke sebuah mimbar di Masjid Basrah yang besar itu dan mengucapkan pidato yang bersemangat dengan suara lantang yang didengar oleh banyak kaum Muslimin yang berkumpul di situ. Di antara pidato beliau begini: "Saudara-saudara Kaum Muslimin Yang Terhormat! Siapa yang sudah mengetahui saya, baiklah, tetapi bagi yang belum mengetahui maka saya ini adalah Abu Hasan Ali AI-Asy'ari anak dari Ismail bin Abi Basyar. Dulu saya berpendapat bahawa Quran itu makhluk, bahawa Tuhan Allah tidak dapat dilihat dengan mata kepala di akhirat, dan bahawasanya manusia menjadikan (menciptakan) perbuatannya, serupa dengan kaum Muktazilah. Sekarang saya nyatakan terus terang bahawa saya telah taubat dari faham Muktazilah dan sekarang saya lemparkan I'itiqad Muktazilah itu seperti saya melemparkan baju saya ini (ketika itu dibukanya bajunya dan dilemparkan) dan saya setiap saat bersedia untuk menolak fahaman Muktazilah yang salah dan sesat itu". (Zhumrul Islam IV halaman 67). Dari mulai waktu itu Imam Abu Hasan Ali AI-Asy'ari berjuang melawan kaum Muktazilah dengan lisan dan tulisan, berdebat dan bertanding dengan kaum Muktazilah di mana-mana, merumuskan dan menuliskan dalam kitab-kitabnya I'itiqad-l'itiqad kaum Ahlussunnah wal Jama'ah sehingga nama beliau masyhur sebagai seorang Ulama 'Tauhid yang dapat menundukkan dan menghancurkan fahaman Muktazilah yang salah itu. Beliau mengumpulkan sebanyak-banyaknya dari Quran dan Hadis fahaman-fahaman atau I'itiqad Nabi Muhammad s.a.w. dan sahabat-sahabat Nabi diperincinya dengan sebaik-baiknya. Beliau mengarang buku-buku Usuluddin banyak sekali.Berkata Imam Zabidi, pengarang Kitab Ittihaf Sadatil Muttaqin syarah Ihya Ulumuddin: "Imam Asy'ari mengarang sekitar200 kitab" (lihat Ittihaf jilid II halaman 7) Di antara kitab-kitab karangan Imam Abu Hasan AI-Asy'ari: 1. Ibanah fi Usuluddiyanah, 3 jilid besar. 2. MaqalaatuI Islamiyiin. 3. AI-Mujaz, 3 jilid besar. 4. Dan lain-lain. Keistimewaan Imam Abu Hasan AI-Asy'ari dalam menegakkan fahamnya ialah dengan mengutamakan dalil-dalil dari Quran dan Hadis dan juga dengan pertimbangan akal dan fikiran, tidak seperti kaum Muktazilah yang mendasarkan fikirannya kepada akal dan falsafah yang berasal dari Yunani dalam membicarakan Usuluddin dan pula tidak seperti kaum Mujassimah (kaum yang menyerupakan Tuhan dengan makhluk) yang memegang erti lahir dari Quran dan Hadis, sehingga samp'ai mengatakan bahawa Tuhan bertangan, Tuhan bermuka, Tuhan duduk di atas 'Arsy, dan lain-lain sebagainya. Alhamdulillah, Imam Abu Hasan AI-Asy'ari dapat menegakkan faham yang kemudian dinamai "Faham Ahlussunnah wal Jama'ah", iaitu faham sebagaimana diyakini dan di I'itiqadkan oleh Nabi Besar Muhammad s.a.w. dan para Sahabat-sahabat beliau. Pada abad-abad berikutnya muncullah ulama-ulama besar kaum Ahlussunnah wal Jama'ah yang menyebar-luaskan pengajian-pengajian Imam Abu Hasan AI-Asy'ari, di antaranya:1. Imam Abu Bakar AI-Qaffal (wafat 365H)2. Imam Abu Ishaq AI-Asfaraini (wafat 411 H)3. Imam Al -Hafizh AI-Baihaqi (wafat 458H)4. Imam Haramain AI-Juwaini (wafat 460 H)5. Imam AI-Qasim AI-Qusyairi (wafat 465H)6. Imam AI-Baqilani (wafat 403H)7. Imam AI-Ghazali (wafat 505H)8. Imam Fakhruddin Ar-Razi (wafat 606H)9. Imam Izzuddin bin Abdussalam (wafat 660H)Ulama-ulama yang tersebut adalah Ulama-ulama penganut dan pendukung yang kuat dari faham Ahlussunnah wal Jama'ah yang dibentuk oleh Imam Abu Hasan Ali AI-Asy'ari.Kemudian dalam abad-abad seterusnya banyak muncul Ulama-ulama Usuluddin di seluruh dunia Islam yang menganut, mempertahankan dan menyiarkan faham Ahlussunnah wal Jama'ah yang dibentuk oleh Imam Abu Hasan AI-Asy'ari ini, di antaranya:10. Syeikhul Islam Syeikh Abdullah As Syarqawi (wafat 1227H) pengarang kitab Tauhid yang dimasyhurkan dengan nama Kitab Syarqawi.11. Syeikh Ibrahim AI-Bajuri (wafat: 1272H) pengarang kitab tauhid "Tahqiqul Maqam fi Kifayatil Awam", dan kitab "TuhfatuI Murid ala Jauharatut Tauhid".12. AI-Allamah Syeikh Muhammad Nawawi Bantan, seorang Ulama Indonesia yang mengarang kitab Tauhid "Tijanud Darari". (wafat:1315H).13. Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad AI-Fatani yang mengarang kitab Tauhid bernama "Aqidatun Najiin fi usuluddin".14. Syeikh Hussein bin Muhammad AI-Jasar At Thalabilisi, pengarang kitab Tauhid yang terkenal "Hushunul Hamidiyah"15. Dan lain-lain banyak lagi.Adapun Imam Abu Mansur AI-Maturidi, yang dianggap juga sebagai pembangun Mazhab Ahlussunnah wal Jama'ah dalam usuluddin nama lengkapnya ialah Muhammad bin Muhammad bin Mahmud. Beliau lahir di suatu desa di Samarqand yang bernama "Maturid". Beliau meninggal di situ juga pada tahun 333 Hijriah, iaitu 10 tahun sesudah wafatnya Imam Abu Hassan AI-Asy'ari. Beliau berjasa besar dalam mengumpulkan, memperinci dan mempertahankan I'itiqad Ahlussunnah wal Jama'ah itu, sama keadaannya dengan Imam Abu Hasan AI-Asy'ari. Makam beliau sampai sekarang diziarahi di Samarqand. Dunia Islam sejak dulu sampai sekarang menganggap bahawa kedua Imam ini adalah pembangun Mazhab Ahlussunnah wal Jama'ah.Berkata Sayid Murtadha az Zabidi, pengarang kitab "Ittihaf Sadatil Muttaqin", iaitu kitab yang mensyarah kitab "Ihya Ulumuddin", karangan Imam Ghazali:"إذا أطلق أهل السنة فالمرادبه الأشاعرة والماتريدية" Ertinya:Apabila disebut "Ahlussunnah wal Jama'ah maka yang dimaksudkan dengan ucapan itu ialah faham atau fatwa-fatwa yang diajarkan oleh Imam Asy'ari dan Abu Mansur AI-Maturidi (Ittihaf jilid II, halaman 6)Suatu hal lagi baik juga diketahui bahawa pada umumnya dunia Islam menganggap dalam furuk syari'at (fikah), yang benar adalah fatwanya Imam-imam Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali, dan dalam Usuluddin, yang benar dan yang sesuai dengan Quran dan Hadis, adalah fatwa kaum Ahlussunnah wal Jama'ah

Sunday, May 30, 2010

Taubat Nasuha , Taubat dari sifat 20 ? RASUL DAHRI PENIPU .



APABILA ORANG JAHIL CAKAP AGAMA ?
Jahil sungguh RASUL DAHRI ...MUDAHAN DIA BERTAUBAT SEBELUM MATI ...
Kalau tak faham jangan cakap agama !
INSYALLAH ana akan terangkan AQIDAH SEBENAR ALIRAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH  akan menyusul selepas ini ...
RASUL DAHARI PENIPU AGAMA , JAHIL AGAMA !
Terpaksa ana dedahkan kerana takut lebih ramai yang terpengaruh dengan fahaman carca merba RASUL DAHRI YANG MEMUSUHI TAUHID SIFAT 20 ...

KALAU TERDESAK SANGAT KAMI AKAN HIMPUN SERAMAI MUNGGKIN RAKYAT UNTUK MENENTANG  FAHAMAN SESAT INI , MENGIKUT UNDANG2 NEGARA  . KAMI AKAN KETENGAHKAN PERKARA INI HINGGA KEPADA TINDAKKAN MAHKAMAH !
JANGAN CABAR AHLI SUNNAH .
HARAP JANGAN LAGI ULANG KENYATAAN MENGHASUT INI !!!

Edisi Bongkar : Dr Asri Kurang Ajar Perlekeh Ulama Pondok & Ulama Silam




DR ASRI ...
Perlu difaham TAUHID AHLI SUNNAH adalam membicara yang berkait dengan ketuhanan , kerasaulan dan perkara sami'yat . Adapun tauhid 3 RUBUBIYAH , ULUHIYAH DAN ASMA WA SIFAT adalah TAUHID REKAAN IBNU TAMIYAH . INSYALLAH saya akan bongkar sedikit masa lagi mengenai TAUHID 3 ini . Ahli Sunnah Aliran Asyairah kita mendalami TAUHID yang berkaitan bengan ALLAH , RASUL kerana ini dihurai dari 2 kalimah syahadah kita dan satu lagi perkara yang perlu kita beriman dengan apa sahaja yang disampai RASULULLAH SAW seperti beriman dengan malaikat , kitab , qiamat , qada qadar , syurga , pahala , dosa , neraka dan lain2 ...
YANG SESAT ADALAH DR YANG TOLAK TAUHID RASULULLAH YANG  MANA IMAM ASYAIRAH BAWA  MENGIKUT IJMA ULAMA AHLI SUNNAH , SEDANGKAN DR MENGIKUT PENDAPAT IBNU TAMIYAH YANG DITOLAK JUMHUR ULAMA PADA MASA DIA...

Thursday, May 27, 2010

حلول معاني وأنوار الذكر والعبادة في قلب المؤمن

Riwayat Hidup Rasulullah s.a.w.-9 (Akhir)

Riwayat Hidup Rasulullah s.a.w. -8

Riwayat Hidup Rasulullah s.a.w. 7

SYEIKH MUTAWALLI (RA) DALAM INGATAN UMAT

Syeikh Mutawalli Sya'rawi dilahirkan pada 15 April 1911/12 Rabiulakhir 1328H di Daqadus, daerah Mit Ghamir, Negeri Daqaliyyah, Mesir. Nama sebenarnya ialah Muhammad bin Mutawalli Sya’rawi Husaini yang nasab keturunan bapanya sampai kepada Husain bin Ali ra. Beliau dibesarkan di kalangan keluarga petani namun kedua orang tuanya terkenal sebagai orang yang soleh dan mulia. Semasa Kecil dan Pendidikannya
Syeikh Sya'rawi tamat menghafaz al-Quran ketika berusia 11 tahun. Pada tahun 1916, beliau telah memasuki Sekolah Rendah Zaqaziq dan berjaya memperolehi Sijil Sekolah Rendah pada tahun 1923 dan kemudiannya memasuki sekolah peringkat menengah. Beliau terkenal dengan seorang yang sukakan syair dan kesusasteraan Arab sehingga rakan-rakannya melantik beliau menjadi Ketua Persatuan Pelajar dan Ketua Persatuan Kesusasteraan di daerah Zaqaziq.
Syeikh Sya'rawi mengambarkan kampungnya yang begitu indah dengan pemandangan, subur dengan tanaman hijau-hijauan di perlembahan Sungai Nil.
Sejak kecil lagi beliau dikenali dengan nama as-Syeikh al-Amin (yang amanah) dan pernah dipenjara ketika beliau menuntut di Ma'had Zaqaziq selama sebulan akibat mengadakan sambutan sempena mengingati Saad Zaghlul, seorang ulama al-Azhar yang pada ketika itu berjuang menentang kerajaan.
Satu peristiwa yang terpenting dalam hidupnya yang berubah segala-galanya apabila keinginan bapanya untuk meminta beliau melanjutkan pelajaran ke al-Azhar di Kaherah sedangkan beliau hanya ingin tinggal bersama-sama saudaranya di kampung dan menjadi petani. Menurutnya, tidak ada bagi seorang kanak-kanak cita-cita atau keinginan tertentu. Baginya hanya apa yang ada di sekeliling iaitu untuk menjadi petani dan bekerja di situ. Tetapi keinginan ayahnya yang inginkan beliau belajar di Kolej al-Azhar apabila beliau telah tamat menghafaz al-Quran. Namun keinginan beliau untuk menjadi petani menjadikannya membuat berbagai helah agar tidak masuk ke Kolej al-Azhar. Beliau telah memasukkan habuk tanah ke dalam matanya agar menjadi rabun dan ditolak semasa peperiksaan kesihatan. Namun helah ini juga tidak berjaya kerana kolej itu menerima orang buta. Helah kedua ialah gagap dan berbuat lupa ketika ujian hafalan al-Quran. Namun guru tersebut tetap menerimanya sebagai pelajar. Helah ketiga ialah meminta ayahnya membeli kitab-kitab yang besar dan mahal harganya di kedai dengan mengatakan ini adalah silibus kolej. Lalu dibeli oleh ayahnya. Apabila pulang ayahnya berkata : “ Wahai Amin (gelaran yang diberikan oleh ayahnya), janganlah kamu menyangka aku lupa bahawa semua buku-buku tersebut bukanlah silibus untuk kamu. Harga buku silibus kamu tidak sampai 37 Qurus sahaja. Tetapi, wahai anakku, semoga Allah memanfaatkan kamu dengan buku-buku ini.”

Inilah peristiwa yang merubah hidupnya untuk mendalami ilmu dan membaca buku-buku yang muktabar. Beliau telah memasuki Kolej Agama Zaqaziq pada tahun 1930an dan mendapat sijil agama pada tahun 1936.
Beliau telah memasuki Kuliah Bahasa Arab pada tahun 1937 dan beliau aktif dalam persatuan pelajar di Universiti al-Azhar. Beliau menjadi graduan pada tahun 1941 dan menyambung pelajaran dalam Pengkhususan Bahasa Arab (peringkat M.A) dan berjaya dalam tahun 1943. Beliau pernah dipenjara ketika beliau menuntut di Ma'had Zaqaziq selama sebulan akibat mengadakan sambutan sempena mengingati Saad Zaghlul, seorang ulamak al-Azhar yang pada ketika itu berjuang menentang kerajaan. Apabila ia tamat graduan, beliau bertugas sebagai guru agama di Kolej Tanta, kemudian berpindah di Kolej Zaqaziq, kemudian berpindah ke Kolej Agama Iskandariah. Pada tahun 1950, beliau menjadi guru di Kolej al-Anjal di Arab Saudi dan kemudian menjadi pensyarah syariah di Universiti Ummul Qura, Mekkah. Beliau mengajar di situ sehingga tahun 1963. Al-Sya’rawi mengambarkan bahawa kuliah Syariah ini terletak berhampiran dengan Masjidil Haram. Ketika saya mengajar, saya dapat melihat dengan jelas Kaabah dan ini memberi kesan yang besar terhadap jiwa saya, jiwa para guru dan pelajar-pelajar di situ. Pada waktu itu, tidak terlepas seditikpun dari mengingati Allah dan rasul-Nya.

Pada tahun 1963, apabila berlaku krisis antara Gamal Abdul Naser. Presiden Mesir dengan Raja Saud, maka Gamal Abdul Naser melarang beliau untuk ke Arab Saudi dan melantik beliau menjadi Pengarah di Pejabat Syeikh al-Azhar Syeikh Hassan Makmun. Kemudian beliau bertugas di Algeria sebagai Wakil al-Azhar dan menetap di sana selama tujuh tahun. Apabila beliau pulang ke Mesir, beliau dilantik menjadi Pengarah Kementerian Wakaf, Negeri Gharbiyyah kemudian menjadi wakil bahagian Dakwah dan Pemikiran dan kemudian menjadi wakil al-Azhar. Selepas itu, beliau pergi ke Arab Saudi untuk mengajar dui Universiti Raja Abdul Aziz.
Hikmah Anugerah Allah
Beliau telah dikurniakan oleh Allah SWT dengan ilmu yang tinggi, ingatan yang kuat serta peribadi yang sempurna. Sewaktu beliau menjawat Menteri Waqaf Mesir pada November 1976 , seorang doktor pernah berkata : "Aku bimbang apabila kamu menjawat jawatan ini, ia akan menyibukkan kamu dalam banyak perkara". Lalu Syeikh Sya'rowi menyatakan : "Bertenang! Sesungguhnya mereka (kesibukan) tidak akan dapat menewaskan aku."





Syeikh Sya'rawi menjadi Menteri Waqaf Mesir selama 2 tahun, walaupun demikian, jawatan tersebut tidak mengubah pendiriannya sedikitpun. Beliau merupakan seorang yang amat pemurah dan menafqahkan gaji yang diperolehi kepada pelajar-pelajar dan orang-orang faqir. Beliau juga amat cinta kepada kaum keluarga Nabi SAW. Beliau lebih gemar tinggal berhampiran dengan kawasan Hussain dan sentiasa menziarahi maqam Saiyyidah Nafisah serta sentiasa menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul di perkarangan Masjid Hussain.
Syeikh Sya'rawi juga merupakan seorang peniaga yang berjaya. Salah seorang anaknya, Ahmad berkata bahawa ayahnya telah mengkhaskan gaji kepada beberapa orang penduduk yang tinggal di Kaherah, Tanta dan Doqdus (kampung beliau). Beliau juga mengkhaskan bayaran ceramah di radio-radio dan televisyen serta tulisan-tulisan dalam akhbar-akhbar dan majalah-majalah untuk kebajikan. Wang 250 juta Pound Mesir (lebih kurang 73 juta Us Dollar) yang merupakan hadiah daripada Raja Dubai telah didermakan sebanyak 500,000 Junaih (lebih kurang 146,000 Us Dollar) kepada pelajar-pelajar al-Azhar dan yang selebihnya telah didermakan kepada Kementerian Waqaf bagi diedarkan kepada penghafaz-penghafaz al-Quran.

Beliau menjadi menteri sehingga tahun 1978 selama dua tahun. Beliau memegang jawatan ini bukan kerana kepentingan dunia dan dikenali sebagai seorang menteri yang mudah berinteraksi dan bertanggungjawab. Pintu pejabatnya sentiasa untuk para ulamak, kawan-kawan dan pelajar-pelajar untuk berbincang dengannya. Walaupun menjawat jawatan menteri, jawatan tersebut tidak mengubah pendiriannya sedikitpun. Beliau merupakan seorang yang amat pemurah dan menafkahkan gajinya kepada para pelajar dan orang miskin.
Beliau juga terkenal sebagai seorang dermawan dan membuat kebajikan. Beliau mendirikan di kampungnya Daqadus Maahad Al-Azhar, Sekolah Tahfiz, Masjid dan Pusat Kesihatan untuk orang Miskin. Royalti buku-buku beliau didermakan untuk kebajikan.

Menurut anaknya, Ahmad bahawa bapanya telah mengkhaskan daripada gajinya kepada beberapa orang penduduk yang tinggal di Kaherah, Tanta dan kampungnya. Malahan wang yang diperolehi dari ceramah-ceramah, royalti buku dan majalah disedekahkan untuk orang ramai. Beliau pernah menafkah wang berjuta dolar yang dihadiahkan oleh Raja Dubai untuk aktiviti dakwah.

Mengenai kenapa beliau tidak memakai pakaian rasmi al-Azhar (iaitu berjubah dan serban Merah), beliau menjawab sememangnya beliau menyukai pakaian rasmi al-Azhar namun setelah beliau dituduh ingin merebut jawatan syeikh al-Azhar maka beliau menanggalkan pakaian tersebut untuk selamanya. Hal ini terjadi kerana beliau memberikan ciri-ciri dan syarat-syarat kelayakan untuk menjawat jawatan Syeikh al-Azhar kepada Anwar Sadat, Setelah itu orang beranggapan bahawa beliau menginginkan jawatan tersebut.Oleh kerana itu, untuk membuktikan keikhlasannya beliau menanggalkan pakaian yang amat disukainya.
Bintang Pujaan
Syeikh Sya'rawi muncul dalam kegawatan politik dan banyak meninggalkan jasa dan kenangan. Beliau juga adalah seorang Syeikh yang berjaya memenangi hati jutaan rakyat Mesir, orang Arab dan Muslim umumnya. Melalui pegangannya yang begitu kuat kepada Al-Quran dan kebolehannya dalam membakar semangat melalui ucapan yang ringkas dan bernas dan tulisannya yang sesuai untuk semua
Setiap hari Jumaat selama 20 tahun, beliau muncul dalam "Khawater Sya'rawi" di Masjid Arba'een di kampungnya dan dua masjid di Kaherah. Beliau selalu berkhutbah dan mentafsir al-Quran sehingga berjaya memikat pendengarnya yang terdiri dari kalangan masyarakat biasa. Sungguhpun begitu, para pendengar dari kumpulan sekular yang intelek seperti Syeikh Al-Qimani, sentiasa memerhatikan setiap pergerakan dan kenyataannya seterusnya melaporkannya ke pejabatnya yang terletak di Jalan Al-Ahram di Giza.

Menurut bekas pembantu editor majalah Ras Al-Yusuf, Adel Hamanda, Syeikh Sya'rawi umpama bintang (Bintang Agama). Beliau mempunyai banyak maklumat dan berjaya menarik perhatian orang ramai.

Bersama Pemuda
Beliau adalah seorang ulama’ yang rapat dengan golongan pemuda. Beliau sering mengadakan perjumpaan dan nadwah dengan mereka sehinggakan beliau sendiri yang menjadi ketua yang pertama Majlis Kelab Sukan Daqadus ketika mula-mula ditubuhkan.

Sifat Peribadi dan Rahsia Dirinya
Syeikh Sya’rawi adalah merupakan Saiyidul Abidin yang dikurniakan dengan limpahan cahaya dan dapat melihat dengan cahaya Allah SWT. Sahabat akrabnya pernah beberapa kali mengintip perbuatannya di waktu malam. Ternyata didapati beliau tidak tidur malah didapati sedang asyik sujud mengabdikan diri kepada Allah SWT. Beliau menghidupkan malamnya dengan berdiri, rukuk, sujud dan membaca Al-Quran sepanjang malam sehingga mencapai 70 rakaat sembahyang bertahajjud kepada Allah SWT.
Sewaktu di Madinah Munawwarah dan Mekah, beliau berjalan tanpa menggunakan alas kaki sedangkan darjah kepanasan pada masa tersebut terlalu panas lebih kurang 50 C kerana memuliakan tempat tersebut. Maha Besar Allah sewaktu di Masjidil Haram beliau tidak melaksanakannya seperti orang lain yang pada kebiasannya bertawaf sebanyak tujuh kali. Rasa cintanya dengan Allah terlalu mendalam, walaupun dalam keadaan panas yang amat terik beliau mampu bertawaf sehingga 14, 21 dan 28 kali. Beliau pernah melarang maqam Nabi Ibrahim dipindahkan dari tempatnya dengan berpendapat bahawa maqam tersebut adalah tempat peribadatan haji dan tidak boleh diubah..

Beliau menyayangi kanak-kanak dan insan lain lebih dari anak-anaknya sendiri. Kecintaannya terhadap Rasulullah saw terlalu mendalam sehinggakan beliau sentiasa bertasbih dan bersalawat kepadanya. Insan yang benar-benar ingin mendekatkan dirinya kepada Tuhan seharusnya menjadikan beliau antara contoh muqarrabin yang selayaknya diikuti. Beliau juga adalah seorang yang mantap ilmunya, kuat ingatannya dan insan kamil lagi mutakamil. Sewaktu membeli beliau tidak mengambil baki wang yang dihulurkan malah menyenangkan orang lain dalam muamalahnya. Sifat dermawannya tidak dapat disangkal lagi malah beliau adalah orang yang tidak pernah jemu menyalurkan gajinya di jalan Allah dengan menafkahkannya kepada faqir miskin di Daqadus dan tempat-tempat lain yang memerlukan. Namun beliau bukanlah seorang yang berbangga dengan amalnya malah beliau sentiasa menutupi setiap sumbangannya agar tidak diketahui oleh ‘tangan kirinya’.



Beliau memegang jawatan wazir hanya dari tahun 1976 hingga 1978 kerana memandangkan jawatannya ini tidak memberikan sesuatu kesan untuk dia melaksanakan Islam dengan baik. Bahkan beliau jarang dapat pulang kekampungnya dan melihat keluarganya. Sewaktu diminta oleh sahabatnya untuk membela dirinya yang difitnah pada masa tersebut, beliau akan memperingatkan sahabatnya dengan Ayat Allah SWT yang bermaksud “Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang beriman dan yang sentiasa mendoakan bagi mereka yang sesat akan mendapat hidayah dan petunjuk dariNya”.
Tidak sampai sebulan sebelum kematiannya, sahabat karibnya, Muhammad As Sa’di menemuinya di hospital dan menceritakan kembali kepadanya tentang mimpinya bertemu dengan Saidatina Zainab yang telah berkata kepadanya “ Katakanlah kepada Sya’rawi, janganlah takut ”. Ternyata beliau masih ingat dengan mimpi tersebut yang menunjukkan beliau bukanlah seorang yang mudah terlupa.

Mujaddid Kurun Ke-20
Allah SWT telah menzahirkan baginya ilmunya, kefahaman yang mendalam, cahaya hatinya penjagaan lisannya dan mewarisi akhlak Rasulullah saw. Beliau sering memberi nasihat dengan firman Allah Taala yang memberi maksud “Katakanlah dan Aku tidak meminta dari mereka sebarang balasan kecuali berkasih sayanglah sesama saudara kaum kerabat”. Kesufiannya amat tinggi. Ketika ditanya oleh As-Sanrawi, “Apakah dia jalan suluk kepada Allah?. Beliau menjawab “Apabila kamu mengosongkan dirimu dari sebarang pergantungan dan menghiasinya dengan manhaj Allah. Maka Allah akan melimpahkan bagimu limpahanNya yang Maha Agung”. Beliau merupakan imam yang sufi dan zuhud. Selepas meninggalkan jawatannya dalam wazir, beliau berkhidmat sebagai ulama’ Al-azhar. Namun beliau enggan memakai pakaian Al Azhar dan beliau hanya memakai kopiah dan jubahnya.

Pandangan Sahabat dan Ulama Mengenainya

Ahmad Bahjat menyifatkan Syeikh al-Sya’rawi seorang ahli tafsir semasa yang dapat menafsirkan ayat-ayat al-Quran dengan uslub yang mudah difahami oleh orang umum. Sementara Omar Hashim, bekas Rektor al-Azhar menyifatkannya sebagai seorang mujadid abad ini. Yusuf al-Qaradawi menyifatkan Syeikh Mutawalli al-Sya’rawi seorang ahli al-Quran. Beliau merupakan seorang yang dikurniakan Allah kefahaman al-Quran dan rahsia-rahsianya serta pandangan-pandangannya mempunyai kesan kepada masyarakat umum, sama ada golongan terpelajar mahupun tidak. Tidak semua orang yang membaca al-Quran dapat menyelami makna-makna kecuali diberikan Allah kefahaman tersebut. Dan Syeikh al-Sya’rawi adalah orangnya yang diberikan Allah kurniaan tersebut. Menurut al-Qaradawi, Syeikh al-Sya’rawi keseluruhan hidupnya adalah untuk berkhidmat kepada agama Islam dan menyebarkan ilmu dan kematian ulamak merupakan satu kehilangan besar dan musibah kepada umat kerana apabila Allah menarik ilmu adalah dengan kematian ulama. Apatah lagi dalam masa terdekat beberapa ulamak lainpun telah meninggal dunia sebelumnya seperti Syeikh Muhammad al-Ghazali, Syeikh Khalid Muhammad Khalid, Syeikh Jad al-Haq Ali Jad al-Haq (Syeikh al-azhar), Syeikh Abdullah bin Zayd Ali Mahmud, Syeikh Abdul Fatah Abu Ghadah. Menurutnya lagi, sememanng ada yang bersepakat dengan Syeikh al-Sya’rawi dan ada yang berbeza pendapat dengannya seperti pandangannya mengenai pemindahan organ. Beliau tidak bersetuju pemindahan organ. Beliau juga tidak bersetuju untuk mengambil pendekatan menentang kerajaan dan mengambil pendekatan tadaruj sedangkan ada sesetengah golongan inginkan pendekatan kekuatan dan menentang pemerintah. Perkara ini sudah tentu berbeza dengan Syeikh al-Sya’rawi. Namun, kesemuanya bersetuju atas sumbangan dan khidmatnya dalam khidmat kepada agama Islam keseluruhannya, meninggikan kalimatnya dan berdakwah kepada masyarakat dengan bahasa yang mudah dan semasa. Al-Qaradawi menyebutkan lagi, Syeikh al-Sya’rawi merupakan gurunya dalam subjek Balaghah semasa beliau menuntut di Kolej Al-Azhar Tanta. Menurut al-Qaradawi, pada tahun 1417H, apabila beliau dianugerah Pingat Antarabangsa Syahsiyat Islam Dubai, saya telah diminta oleh pihak penganjur untuk menghadiri bagi menghormati beliau. Saya telah hadir dan apabila beliau mengetahui kehadiran saya beliau merasa sungguh seronok dan bergembira. Saya menghadiri majlis tersebut sebagai tanda menghormatinya dan sepatutnya kita sebagai seorang muslimin juga menghormati para ulamak kita seperti Syeikh al-Sya’rawi dan Muhammad al-Ghazali.

Perkahwinannya dan Anak-Anaknya

Syeikh al-Sya’rawi telah berkahwin dalam usianya yang masih muda atas permintaan bapanya yang inginkan beliau berkahwin awal dan isterinya adalah pilihan keluarga. Mereka dikurniakan 5 orang anak iaitu Sami, Abdul Rahim, Ahmad, Fatimah dan Solehah. Mengenai pendidikan anak-anak, al-Sya’rawi menyebutkan bahawa perkara yang penting ialah memberi contoh teladan dan sekiranya kita menunjukkan akhlak yang mulia sudah tentu mereka akan mengikutinya. Adalah menjadi kewajipan kita mendidik mereka dengan akhlak dan perangai yang mulia dan memelihara telinga dari mendengar perkara yang buruk, memelihara matanya dari melihat yang mungkar. Kita hendaklah mendidik anak-anak dengan pendidikan Islam dalam menunaikan amalan dan kewajipan agama, tekun dalam membuat kerja dan menunaikan solat pada waktunya

Karya-Karyanya
1. Tafsir al-Sya’rawi (Tafsir al-Sya’rawi)

2. al-Isra’ wa al-Mi’raj (Isra dan Mikraj) Terjemahan dalam bahasa Melayu oleh Dinie Publihers

3. al-Islam wa al-Fikr al-Mu’asir (Islam dan Pemikiran Semasa)

4. al-Islam wa al-Mar’ah (Islam dan wanita)

5. al-Tariq ila Allah (Jalan Menuju Allah)

6. al-Fatawa (Fatwa-Fatwa)

7. Mu’jizat al-Qur’an (Mukjizat al-Quran) Terjemahan dalam bahasa Melayu oleh Pustaka Nasional)

8. Min Fayd al-Rahman (Dalam Limpahan al-Rahman) Terjemahan dalam bahasa Melayu oleh Pustaka Yasmeen)

9. al-Qada’ wa Qadar (Qada dan Qadar)

10. al-Salat wa Arkan al-Islam.(Solat dan Rukun-Rukun Islam)

11. Nazarat fi al-Qur’an (Pandangan-Pandangan al-Quran)

12. Hadha Huwa al-Islam (Inilah Islam)

13. al-Hayat wa al-Maut (Kehidupan dan Kematian)

14. Al-Taubat (Taubat)

15. al-zalim wa al-zalimun (Zalim dan orang-orang Zalim)

16. Sirah al-Nabawiyyah ( Sejarah Nabi Muhammad s.a.w.)
Dan masih lagi banyak lagi buku-buku beliau terutama dalam penafsiran al-Quran dan persoalan umat semasa.

Menurut Sya’rawi beliau tidak mengulangi mana-mana buku kecuali al-Quran. Al-Quran telah memberi ufuk yang luas kepada jiwa dan pemikirannya. Beliau menafsirkan al-Quran dengan menamakannya sebagai “Khawatir al-Imaniah”. Ia bukan semata-mata tafsiran ayat demi ayat mengikut tertib mashaf serta menerangkan kalimah dan menafsirkan ayat tersebut.

         Wasiat
Sebelum Syeikh Sya' rawi meninggal dunia, beliau telah mengumpulkan anak-anak cucunya lalu berwasiat agar tidak bergaduh dalam masalah harta. Sesiapa yang inginkan harta, ambillah hartanya. Malah beliau berwasiat bahawa perbalahan mereka biarlah pada masalah agama. Pusaka agama yang beliau tinggalkan ialah tafsir al-Quran, hadis dan ilmu-ilmu beliau. Beliau juga berwasiat perkara yang sama kepada seluruh umat Islam.

          Saat Kematian
Sebelum kematiannya, beliau telah dapat merasakan saat-saat kematiannya yang makin hampir. Ini terbukti semasa perasmian sebuah masjid di kampungnya tiga bulan yang lalu beliau mengatakan, "Semua harta adalah milik Allah dan setiap apa yang telah diberikan oleh Allah kepadaku, akan aku nafkahkannya pada jalan Allah. Sesungguhnya aku tidak memiliki apa-apa. Harta dan diriku hanya untuk Allah. Seandainya setiap orang merasa bertanggungjawab pada kampung dan bandar tempat kelahirannya, nescaya tempat itulah lebih indah dari bandar-bandar besar di seluruh dunia. Aku ingin tanah tempat kelahiranku ini bakal menimbusi jasadku nanti."
Walaupun sewaktu hayatnya, Kerajaan Saudi telah menawarkan kepada beliau tanah perkuburan di perkuburan Baqi' tetapi Al Fadhil Syeikh menolak dengan mengatakan, "Tanah kelahiranku lebih layak menerima jasadku hingga dia dapat memelukku ketika aku mati sebagaimana aku memeluknya dan memeliharanya ketika hayatku." Malah dua hari sebelum meninggal dunia, beliau berwasiat agar mempersiapkan kuburan untuknya di kampung.

Semasa di akhir hayatnya juga, beliau mengalami kesakitan yang parah pada dadanya menyebabkan beliau tidak mampu untuk hernafas dengan baik dan sakit tulang. Anak saudaranya yang bernama Hajah Suad menyatakan bahawa sewaktu hampir saat kematian, beliau cuba untuk bangun dan berteriak dengan suara yang jelas sehingga didengari oleh orang yang berada di sekelilingnya, "Selamat datang wahai Hussain! Kamu telah datang sendiri berjumpa aku, aku gcmbira dengan kedatanganmu".

Pada pagi Rabu 17 Jun 1998/22 Safar 1419H, sejarah tersulam di dalam diari Islam, setelah mengalami kegeringan akhirnya beliau kembali ke pangkuan Ilahi. Jenazahnya telah dimandikan oleh Dr Omar Hashim dan diimamkan oleh Dr Sayyid al-Tantawi.

Umat Islam ketika itu terkejut dan tersentak apabila seorang Imam yang memperjuangkan Islam sehingga digelar sebagai "Lampu Kebenaran" telah wafat ketika berumur 87 tahun.
Jenazah beliau telah dikebumikan di kampungnya iaitu Doqdus berdasarkan wasiat beliau sendiri. Jenazahnya telah dibawa oleh anak-anak muridnya, penduduk kampung serta semua pencinta beliau. Hampir sejuta orang telah menghadiri pengkebumian beliau.
Pemergian ulama besar ini telah menghimpunkan jutaan manusia sebagaimana mereka

berasak-asak dalam perhimpunan untuk mendengar tazkirah dan kuliah semasa hidupnya. Kegembiraan penduduk kampung Daqadus, Mansurah (Tempat asal al Fadhil) bertukar dengan linangan airmata kerana pemergiannya. Tersambar di hati-hati mereka suatu keperitan dan kesedihan di atas pemergian dan perpisahan yang tidak diingini ini.

Pemergiannya juga menandakan kehilangan seorang tokoh agamawan yang kontroversi dalam

sejarah moden bumi Mesir. Al Fadhil Syeikh amat dikasihi oleh penduduk kampungnya kerana beliau banyak menafkahkan harta-hartanya untuk kebajikan umat Islam. Beliau telah mendirikan sekolah rendah serta Maahad Azhar di Daqadus untuk kemudahan penduduk kampungnya. Walaupun beliau pergi untuk selamanya namun jasa dan keprihatinannya terukir indah dan tidak mungkin dapat dilupakan oleh mereka. Pada tahun 1967, Mesir telah digugat oleh isu kemiskinan, kemunculannya memberikan satu jasa yang besar dan beliau merupakan lambang keamanan dan kemiskinan. Omar Abdul Rahman dan Syeikh Tantawi menyatakan bahawa beliau adalah merupakan the silent hero untuk the silent people yang tidak menimbulkan sebarang pemberontakan. Beliau tidak pernah masuk bertanding di dalam pilihanraya.

Ramai di kalangan intelektual terutamanya yang berhaluan kiri seperti Hamanda mengesyaki adanya pakatan sulit antara kerajaan dan stesyen t.v. yang menayangkan rancangan Syeikh Sya'rawi, Nasional T.V. hanya menyiarkan 15 minit untuk pengkebumian Syeikh Sya'rawi. Liputan akhbar Ahrar menyatakannya sebagai 'Lawak Dekad Ini'.

Dari Baba Shunadah Kepada Syeikh Sya'rawi
merasakan kepiluan dan kehilangan walaupun jelas berlainan agama dan aqidah. Kata-kata inilah yang telah dilafazkan oleh Baba Shunadah, Paderi Besar di Mesir. Beliau melahirkan rasa yang amat sedih sehingga beliau sering menyendiri bila teringatkan saat-saat manis yang pernah dilalui bersama sewaktu hayat Al Fadhil Syeikh Sya'rawi.



Persahabatan antara mereka bermula ketika beliau mengirim jambangan bunga dan sekotak coklat kepada Al Fadhil Syeikh yang terlantar sakit di Hospital England. Beliau tidak menduga pemberiannya itu telah meninggalkan kesan yang mendalam ke dalam jiwa Al Fadhil Syeikh yang mana Al Fadhil Syeikh telah menziarahinya pula di kediaman beliau di Abbasiah setelah kembali dari England.
Semenjak saat itulah bermulanya bibit-bibit kemesraan yang terjalin di antara mereka. Minat mereka yang mendalam terhadap syair dan puisi telah mengutuhkan dan mengeratkan lagi persahabatan itu. Di dalam setiap pertemuan mereka sering membincangkan ilmu bahasa arab yang penuh dengan keindahan.
Beliau mengakhiri pertemuannya dengan wartawan majalah Sa'ah sambil menegaskan bahawa hanya Tuhan yang mengetahui betapa terkesan serta sedih hatinya di atas pemergian sahabatnya Al Fadhil Syeikh dan mendakwa bahawa persahabatan erat yang terjalin di antara mereka walaupun tidak diketahui umum tetapi telah memberikan banyak manfaat kepada umat Islam dan Masihi. Beliau mendakwa lagi Al Fadhil Syeikh benar-benar merupakan sahabatnya.
Hanya Allah yang mengetahui sejauh manakah ikhlasnya beliau di dalam persahabatan yang telah dijalankan bersama Al Fadhil Syeikh. Apakah benar dakwaan Baba Shunadah bahawa persahabatan tersebut telah membantu umat Islam dan Masihi atau sebaliknya?
Sebagai umat Islam, kita dituntut supaya berbuat baik sesama manusia tanpa mengira agama sepertimana yang telah dilakukan oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad saw namun demikian perlu ada sifat "hazar" dalam diri kerana kaum kuffar tidak pernah mengenal erti penat dan jemu dalam mengatur strategi untuk melemahkan umat Islam.

Rujukan:

http://www.pmram.org/alazhar/arkib/khazanah_1.htm

http://www.geocities.com/CollegePark/Classroom/6433/eksklusif.hhttp://www.abim.org.my/madani/content/view/175/2

Sunday, May 23, 2010

NGO YANG TOLAK DR ASRI WAHABI

Tahniah kepada NGO2 yang Menolak Dr. Asri


1. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

2. Jemaah Islah Malaysia (JIM)

3. Persatuan Ulama Malaysia

4. Persatuan Ulama Kedah

5. Persatuan Pegawai-pegawai Syariah Malaysia

6. Yayasan Sofa Negeri Sembilan

7. Persatuan Peguam Syari'e Malaysia

8. Persatuan Peguam Muslim Malaysia

9.Pertubuhan Muafakat Masyarakat Sejahtera (MUAFAKAT)

10. Yayasan Jenderami

11. Yayasan Paksi Kedah

12. Teras Pengupayaan Melayu (TERAS)

13. Persatuan Alumni Kolej Islam (ALKIS)

Judi Bola: Umno mungkin dianggap tiada agama


KUALA LUMPUR, 22 Mei: Umno tidak boleh menyalahkan rakyat jika mereka dilihat sebuah parti tiada agama kerana kerajaan pimpinan mereka meluluskan lesen judi disaat semua agama di negara ini membantah tindakan tersebut.

Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan berkata, tanggapan itu tidak mustahil akan wujud dalam pemikiran rakyat ekoran tindakan kerajaan Umno BN melulusakan lesen judi sempena bolasepak Piala Dunia kepada kumpulan Berjaya yang dimiliki Tan Sri Vincent Tan.
"Agama apa sebenarnya dianut oleh Umno dan Barisan Nasional?
"Apabila semua agama menafikan dan tidak membenarakan judi, tiba-tiba kerajaan Umno Baraisan nasional melulusakan lesen judi.
"Tidak keterlaluan jika ada orang kata lepas pada ini, Umno tidak ada ugama, sebab semua agama tidak bersetuju dengan judi ini," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut tengahari tadi.
Turut serta pada sidang media itu, Timbalan Ketua Pemuda, Azman Shapawi dan Setiausaha, Kamaruzzaman Mohamad.
Sikap membisu tokoh-tokoh agama Umno, menteri agama dan mufti juga katanya bakal mengukuhkan lagi tanggapan tersebut.
"Paling sedih bagi kita, kemana perginya tokoh agama dalam Umno dan Bariosan Nasional, menteri agamanya di mana, ulamak-ulamak mereka di mana, mufti-mufti kenapa tidak bersuara? soalnya lagi.
Dalam pada itu, Pemuda PAS katanya tidak menolak kemungkinan pemberian lesen judi kepada kumpulan Berjaya secara tergesa-gesa adalah kerana membalas jasa Vincent Tan.
Ini kerana menurutnya, Vincen Tan adalah tokoh yang banyak membiayai Barisan Nasional khususnya dalam pembelian wakil rakyat dan dana pilihan raya.
"Kita mengesyaki bahawa tindakan cepat dan tergesa-gesa kerajaan meluluskan lesen judi kepada Berjaya Group ini sebagai membalas budi.
"Ini jelas menunjukkan Umno terdesak mendapatkan dana dati tauke judi ini seperti mana kita didedahkan sebelum ini," tambahnya lagi.

Mengulas bantahan Pemuda PAS di seluruh negeri, beliau memberitahu lima lagi himpunan bantahan serupa akan berlangsung Jumaat, 28 Mei ini.
Himpunan tersebut akan di adakan di semua masjid negeri di Selangor, Melaka, Pahang dan Pelis.

Manakala kemuncak bantahan zon pantai timur akan diadakan di Kelantan pada tarikh yang sama.
Ianya akan dibuat di Masjid Kampung Repek, Bachok iaitu kampung halaman Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussein yang membuat pengumuman meluluskan jesen judi tersebut baru-baru ini.

Kemuncak kepada bantahan itu, himpunan 100 ribu rakyat bantah judi akan diadakan di ibu negara 3 Julai ini bermula di Perkarangan Masjid Negara dan berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Yang Di Pertuan Agong.
Menjelaskan kenapa ianya diadakan agak lewat Nasruddin berkata, lesen yang diluluskan kepada Kumpulan Berjaya itu bukan hanya untuk Piala Dunia Jun ini, malah juga kepada Liga Inggeris, La Liga, Serie A Italy, Liga Jerman dan beberapa sukan lain

JAMIL KHIR BAHAROM ULAMA YANG TIDAK FAHAM TAUHID!!! ULAMA UMNO CAKAP TIDAK SANDARKAN ALLAH ...

ULAMA UMNO CAKAP TIDAK SANDAR KEPADA ALLAH , TIDAK PANDANG KETENTENUAN ALLAH , ANGKUH ...TERIMALAH HAKIKAT KEDAH DIBAWAH KERAJAAN PAKATAN RAKYAT DITERAJU OLEH PAS ...
lihatlah cakapan ulama UMNO , PARTI AJARAN SESAT !

Ketua Penerangan Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyangkal dakwaan bahawa pemimpin parti itu terlibat dalam melobi wakil rakyat Pakatan agar lompat parti.

"Jika berlaku lompat parti, ini kerana mereka sendiri yang sudah tidak sanggup lagi menipu rakyat terutamanya apabila kerajaan negeri gagal menunaikan janji saperti yang ditaburkan semasa kempen pilihan raya umum lalu," katanya kepada pemberita, di Baling hari ini.
Jamil Khir yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata berasaskan situasi yang berlaku di Kedah sekarang, tidak mustahil kerajaan Pakatan Rakyat yang diteraju PAS itu akan tumbang.
"Sekiranya berlaku pembubaran DUN (Dewan Undangan Negeri) dalam masa terdekat Umno dan BN sedia menghadapinya," katanya.
Beliau yang sebelum itu merasmikan Program Juara Rakyat peringkat DUN Kuala Ketil di Baling diminta mengulas desas-desus mengatakan empat ADUN Kedah dari PKR dan DAP akan melompat parti

NAJIB HARUS HAPUSKAN JUDI BOLA !!!

Sampai bilakah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu berdiam diri daripada mengulas isu pemberian lesen judi bola sepak walau jelas ia dikeluarkan oleh Menteri Kewangan kepada Kumpulan Berjaya.

Ini kerana, hampir setiap malam di segenap tempat ia dibincangkan oleh semua pihak hatta mereka yang bukan beragama Islam.
Hari ini, sekali lagi Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua mengulas isu itu dengan mencabar Umno dan Perkasa membuat pendirian dalam isu judi bola yang dikeluarkan oleh kerajaan BN
Di segenap masjid dan surau khasnya di negeri-negeri yang bebas dari cengkaman BN, hampir semua kuliah agama menyentuh isu judi bola itu.
Mungkin mengetahui perkara itu, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi meminta kerajaan agar mendengar bantahan rakyat.
Abdullah berkata demikian di Pulau Pinang semalam.
Di Surau Siddiqin, Bandar Tasik Puteri, bekas tahanan penjara Amerika di Teluk Guatanamo, Ustaz Abdullah Iraq menyesali kebisuan para mufti di negara ini.
"Setiap negara ada satu mufti. Malaysia ada 13 mufti tetapi semuanya senyap sunyi bila kerajaan kata judi bola halal," kata beliau.
Kalau adapun, kata beliau, yang cakap bantah judi hanya perlahan takut ia dimarahi oleh kerajaan.
Sepatutnya, kata beliau, bantahan keras dibuat kepada kerajaan sebagaimana dibuat oleh para ulama Islam terhadap khalifah Islam zaman kegemilangan Islam dahulu

Saturday, May 22, 2010

PENGIKUT ASHAARI JANGAN TAKSUB !

Abuya dah meninggal , janganlah terlampau taksub hingga ada yang kata abuya tak mati bahkan hanya ghaib .

Terimalahlah hakikat , Abuya manusia biasa .
Abuya telah kembali bertemu ALLAH .

Pengikut setia ASHAARI MUHAMMAD perlu dalami ilmu terutamanya AQIDAH .
Mantapkan AQIDAH , KEIMANAN padsa ALLAH .
Jangan taksub membuta tuli .
Tauhid sangat2 perlu bagi anada , carilah pengisian dengan ulama2 muktabar . 

JABATAN ISLAM NEGERI SEMBILAN PANTAU KUBUR ABUYA

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Johani Hassan, hari ini menasihatkan umat Islam mengelak daripada melakukan perkara kurafat.

Katanya, tindakan akan diambil terhadap kawasan yang dikenal pasti di Negeri Sembilan sebagai tempat "membayar niat" bagi membanteras amalan kurafat di kalangan umat Islam.

"Amalan pemujaan jelas bercanggah dengan akidah," katanya.

Beliau meNONEngulas kebimbangan kubur bekas pemimpin kumpulan Al-Arqam yang diharamkan, Ashaari Muhammad atau lebih dikenali dengan panggilan Abuya, oleh pengikutnya di Kampung Pilin, Rembau, dijadikan tumpuan amalan khurafat.

Mengulas lanjut, beliau berkata setakat membaca al-Quran di kubur Allahyarham Ashaari itu dibenarkan tetapi jangan sampai memuja.

Johani berkata, JHEAINS dan jawatankuasa masjid Kampung Pilin sedang memantau perkara itu.

Ashaari, 73, meninggal dunia di Hospital Pakar Ipoh, Perak pada 2.10 petang 13 Mei lalu, tiga hari selepas dimasukkan di hospital itu kerana jangkitan paru-paru.

Jenazahnya selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Pilin pada malam itu juga.

Tinjauan juga mendapati kubur Ashaari berada dalam keadaan terkawal dengan beberapa pengikutnya bergilir-gilir menjaga kubur berkenaan

SAMBUTAN HARI GURU .....ramai pelajar pondok menangis mendengar ucapan TN GURU HJ SALLEH ?


Tn Guru memberi ucapan semasa majlis hari guru selepas kuliah duha beliau .
Tn Guru berkata hari orang sekarang silap .Mereka silap kerana hanya menyambut hari guru , mereka faham guru sekolah sahaja , pada hal masyarakat lupa peranan ulama . Ulama bukan minta dihargai tetapi ulama dihina sekarang .
Sedangkan ulama merupakan penyebab betulnya agama sesearang .
Ulama yang mengajar aqidah mengenali Allah , kenal hukum hakam agama .
Hormatilah ulama , hormati guru yang mendidik agama .
Keberketan terletak asbab dari ketaatan kepada guru .
Syarat berkat ilmu muliakan ilmu , muliakan ulama .
Ilmu banyak kalau tidak ada keberkatan apa gunanya ?
Tn Guru menyeru supaya dalami sungguh ilmu agama .
Mantapkan Ilmu , Mantap Aqidah ...
Jangan terpengaruh dengan ajaran sesat seperti wahabi yang sedang menyerang masuk negara kita .

LAWATAN PONDOK WARGA EMAS KUALA KANGSAR KE PONDOK SIK


LAWATAN MUHIBBAH ANTARA PONDOK2
Alhamdulillah , lihat begutu semangat warga emas yang sudi menziarahi pondok sik .
Lawatan ini dipimpin oleh Ustaz Hassan dari pondok Kuala Kangsar Perak

ALHAMDULILLAH ...MUHAMMAD NASIR AZHAR DAH BERTAUBAT DAN POHON MAAF CARA TERBUKA

Alhamdulillah , Muhammad Nasir Azhar dah bertaubat ...Kita terbuka dan menerima kembali beliau sebagai saudara seagama kita . 
Diharapkan beliau mendalami lagi ilmu mengikut aliran ulama ahli sunnah dan berjuang bersama kita menentang fahaman wahabi yang sesat  ...
Kita amat berbangga kerana beliau berlembut hati mengaku salah dan memohon maaf ...
Sebagai saudara saya cadangkan jikalau saudara Muhammad Nasir Azhar berpeluang bertemu ulama seperti Dato Harun Din , Habib Ali dan lain2 yang pernah saudara fithnah dan melaknat mereka ,saudara minta maaf secara berdepan dengan mereka ...
Kerana
RUKUN TAUBAT IAALAH MENYESAL , TIDAK MAHU ULANG PERKARA ITU , BENCI KEPADA PERKARA YANG KITA BUAT SALAH ,DAN MEMOHON AMPUN DAN REDHA KEPADA ORANG YANG KITA BUAT SALAH KEPADANYA ...

TAHNIAH SAUDARA MUHAMMAD NASIR AZHAR
MARI KITA BERSATU


Thursday, May 20, 2010

INI WAJAH ORANG ANTI ULAMA ...BETAUBATLAH!!!

SIKAP ORANG SEKARANG SANGAT2 BIADAP . SANGGUP MENGHINA ULAMA YANG BETUL2 DIKATAKAN ULAMA .
HATI2 SAUDARA KU SEMUA ...ULAMA AHLI SUNNAH JANGAN SEKALI2 KAMU , DAN KITA SEMUA MAIN2 MEREKA  . MEREKA ULAMA PEWARIS RASULULLAH SAW ...

Ilmu yang ada pada kita sangat2 sedikit jika nak dibandingkan dengan mereka . Jangan kamu celupar mulut yanag akan menyebabkan diri kamu binasa dan dilaknat ...

Terima kasih adik AMIN SUHAIMI GUAR KEPAYANG yang memberi maklumat ini pada saya .
Wajib kita yang berfahaman Ahli Sunnah menerangkan kesilapan ini kepada ummat . Jangan bagi aqidah sesat wahabi disebarkan .
Kita bersama ulama kita mempertahankan AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH ...
Mudahan MUHAMAD NASIR AZHAR bertaubat dengan segera dan memohon maaf pada ulama kita dengan segera ...Takut2 mati dalam keadaan hina , andai dia tidak bertaubat ...

Mengapa terlampau taksub salafi wahabi hingga ulama Ahli Sunnah disesatikan ...
Belajar dan mantapkan ilmu dulu baru , jangan main hentam ulama ja ...
Jangan rasa kamu alim ...
Iblis rasakan dirinya alim kerana mengajar malaikat 1000 tahun ,akhirnya dia takabur , rasa dia betul akhirnya apa jadi ???
Saya hanya ingin menasihatkan saudarab MUHAMMAD NASIR AZHAR BERHENTI KERJA TAK FAEDAH BELIAU MENYESAT ORANG YANG BETUL, DAN MINTA SUPAYA BELIAU SEGERA MINTA MAAF DAN TARIK SEMULA KENYATAAN BELIAU TERHADAP ULAMA KITA !!!

facebook Muhammad Azhar...sesat , minta bertaubat dan pohon maaf pada ulama kami !!!

Apabila sudah diberi nasihat berkali-kali oleh ramai ahli dalam Facebook. Namun malangnya nasihat sudah tidak diendahkan. Malahan dengan sikap sombong dia tetap membuat pelbagai tuduhan sesat ke atas Ulamak dan Umat Islam yang tidak sependapat dengannya. Maka terpaksalah didedahkan tulisan tuduhan individu ini.
Beliau bernama Muhammad Nasri Azhar.


Dan antara pengikut yang pro kepada wahhabi dan membuat beberapa groupfans di FACEBOOK. Antaranya KIAMAT SUDAH HAMPIR, AHLI SUNNAH dan MENJAWAB SALAH FAHAM TERHADAP WAHABI Jangan terkejut, walaupun dia mengaku mengikut al Quran dan Sunnah. Namun dia berani melaknat seorang Ulamak Islam dan mendoakannya masuk ke neraka.







Bukti dia melaknat seorang Ulamak Islam dan mendoakan agar Habib Ali Al Jufri ditempatkan di dalam neraka Jahannam :





Bahkan juga berani menuduh Profesor Dr Haron Din sebagai ULAMAK SIHIR !. Buktinya :








Perhatikanlah baik-baik. Di masa ini sudah pun ada manusia sebegini yang berani melaknat Ulamak Islam, serta menghukum ulamak sebagai ulamak sihir. Alangkah bahayanya ajaran Wahhabi. Sudah wajarlah ia perlu dibanteras di Malaysia

Tuesday, May 18, 2010

Lawatan Pondok ke Kelantan & Terengganu

KEMBARA ILMU MENDEKATI ULAMA '
LAWATAN BERSAMA PELAJAR PONDOK TN GURU HJ SALLEH MUSA (SIK) KEDAH KE KELANTAN &TERENGGANU
PADA 7,8,9/06/2010

TERENGGANU
MASJID RUSILA (KEDIAMAN TN GURU HJ HADI AWANG)
KUALA TERENGGANU
MASJID TERAPUNG
MASJID KRISTAL
PONDOK2 SEKITAR TERENGGANU
BATU BERSURAT
DAN LAIN2 INSYALLAH

KELANTAN
RUMAH KEDIAMAN TN GURU NIK ABDUL AZIZ
PONDOK PASIR TUMBUH
PONDOK LUBUK TAPAH
MAKAM TOK KENALI
KOTA BHARU
MASJID CINA RANTAU PANJANG
DAN LAIN2 INSYALLAH

7-9/06/2010

YANG BERMINAT HUBUNGI HELMI 0134044259
TARIKH TUTUP 1/06/2010

Amanat Tuan Guru Haji Abdul Hadi

Monday, May 17, 2010

NASIHAT ULAMA KITA...




"Barangsiapa mula melihat dirinya sempurna, maka itulah tanda kekurangan dirinya. Barangsiapa terus melihat dirinya perlu diperbaiki, maka telah bermulakan kesempurnaan dirinya." - Sayyidi Al-Habib As-Sheikh Yusuf bin Muhyiddin Al-Bakhur Al-Hasani

PENDIRIAN PAS ...DALAM ISU JUDI NEGARA

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan syukur kepada Allah swt kerana strategi Umno yang menyebarkan kisah calon PKR-Pakatan, Zaid Ibrahim minum arak dan berjudi ketika bersama parti itu dahulu kini secara tidak langsung telah membuka mata rakyat.
Rakyat yang dahulunya menganggap pemimpin Umno sebagai suci dan pejuang Islam, kini sudah mengetahui hakikat sebenar bahawa mereka telah ditipu hidup-hidup.
Pengakuan Zaid yang kini sudah bertaubat telah turut mengheret kepada pembongkaran beberapa lagi pemimpin Umno yang turut dikategorikan sebagai pelanggan kepada minuman dan hiburan yang diharamkan itu.
Nama-nama dan gambar mereka kini bertebaran diinternet, dari Presiden, Ketua Pemuda dan ramai lagi sudah diketahui umum.
Malah bukan sahaja menjadi pelanggan atau peminat minum keras dan judi, beberapa pemimpin serta ahli perniagaan Umno juga sudah dikenalpasti sebagai pemilik, pelabur dan pengarah syarikat-syarikat arak dan judi yang terkenal di rantau ini.

PAS sudah lama mengetahui hal ini, dan serangan Umno kepada Zaid akhirnya mengesahkan tuduhan PAS selama ini adalah benar. Arak dan judi bukanlah perkara baru dalam Umno.

Ketika awal-awal ditubuhkan, Umno bergantung harap pada Loteri Kebajikan bagi mengumpulkan dana untuk menjana program serta menubuhkan pejabat-pejabat mereka. Malah, hingga ke hari ini ramai pihak mempersoalkan sumber duit yang digunakan bagi membina pejabat Umno di PWTC.
PAS berasakan sudah cukup lama Umno bergeluman dengan arak dan judi ini. Sudah sampai masanya mereka menuruti jalan Zaid iaitu bertaubat. Tidak guna mereka dedahkan kesilapan lampau Zaid sedangkan mereka yang masih duduk dalam Umno masih lagi bergelumang dengan arak dan judi.

Malanglah Ustaz-Ustaz yang duduk dalam Umno, kerana hanya mampu menjadi rakan kongsi dosa-dosa pemimpin mereka dan tidak mampu untuk menyatakan perkara yang haram dan halal secara bebas demi untuk menyelamatkan periuk nasi mereka. Bertaubatlah wahai pemimpin Umno

dari harakahdaily

TN GURU HJ SALLEH SANGAT TEGAS...


4000 LEBIH AHLI KULIAH MINGGUAN TN GURU HJ SALLEH SIK SEKARANG...

KULIAH JUMAAT minggu ini puas hati ...Sedap betul syarahan Tn Guru minggu ini ...dari atas sampai bawah semua kena !!!
Semua kena nasihat ...
Inilah ulama yang umat perlu miliki , berani lantang , tegas , terbuka dan adil ...DALAM KULIAH MINGGU INI
Tn Guru menasihati semua dari pucuk kepimpinan hingga orang bawahan .
Tn Guru membaca tafsir ,  maka terus tn guru menasihati
"Tunan2 kita jangan melampau ,kita kena sedar kita hamba Allah , Kita ada tuan , kenai sama ALLAH . "

''Ada ilmu kena amal jangan mengaji tak amal , tuhan laknat , orang macam ni masuk neraka 1000 tahun lebih awal dari kafir sembah berhala " ...ni nasihat pada pelajar agama ...

"Mereka yang jahil kena belajar agama . kena belajar tauhid , kena kenai ALLAH . Kalau tak kenal ALLAH ibadah tak sah, bukan saya kata ulama kata " ...ini nasihat pada orang jahil ..."bukan saya untung , saya cerita ja , kalau tuan2 puan2 mengaji tuan2 yang untung bukan saya'"

"Wajib pemerintah yang ajar agama kepada rakyat...ni kitab kata saya hanya baca ja , jangan marah .SULTAN WAJIB menyampaikan ilmu , Sultan tak mampu maka SULTAN LANTIK MAJLIS AGAMA , MUFTI maka  ini sangat luas, tidak mampu semua maka dilantik QADI2 /PEGAWAI AGAMA DAERAH2, IMAM2 maka semua tak buat kerja , ini sebab agama rosak kerana pemimpin agama rosak , pemimpin agama tak laksana tanggungjawab .GURU2 kampung dan TOK2 GURU yang ambil alih tugas mereka ..."

"Majlis agama jangan belagak , jangan sekat orang mengajar . Mana qadi turun padang ajar agama , hanya duduk dalam pejabat ja . Ini tugas mereka ! Mereka akan disoal ..."

"KERAJAAN buat apa , kerajaan kita fasiq , tidak laksana ISLAM , biar rakyat jahil agama dan buat maksiat , anak2 kita habis rosak , jadi mat rempit , bunuh sana sini , rogol sana sini . Kerajan sekarang ini jahat , rasuh , fasiq..."

"WAHABI cara wahabi , kerajaan tak ambil tindakkan . Roasak habis anak kita dalam 10 tahun lagi ,andai tidak ambil tindakkan pada pendakwah2 wahabi ni , habis anak2 kita jadi wahabi. Tangkap Asri , Rasul Dahri ,pendakwah2  wahabi2 yang dok kembang wahabi ni, jangan biar mereka "

"UMNO cara UMNO sesat!!! , tolak QURAN , jahil bila TOK GURU mengajar kata masuk politik .Memang politik itu bersangkut dengan hukum agama ! bodo UMNO .Kalau perasingkan politik dengan agama mengucap lain , ini sesat !"

"USTAZ2 jangan malas mengajar , sampaikan dakwah tetapi dah jadi ustaz jangan belagak (sombong) tak mahu mengaji dah ...jangan dapat tauliah jadi belagak macam ikan pucu kembang sirip ..."

"TOK IMAM jaga kalau kamu tak lepas fardhu ain , tak belajar tauhid maka berdosa , Tok2 Imam bahaya ! Jangan nak jadi imam ja , kena belajar hukum ! Kena jaga anak kariah .Kena ajar fardhu ain pada mereka . Jangan nak alaun ja .SAPA2 BELAJAR AGAMA KERANA NIAT NAK DAPAT DUNIA JANGAN NAK MASUK SYURGA , BAU PUN TAK BOLEH"
Tugas imam berat , kalau tak sah aqad nikah maka imam kena tanggung dosa zina orang yang dinikah ...


"SAYA HANYA NASIHAT , NAK DENGAR TAK DENGAR ITU PUNYA PASAL (TERPULANG)"
"SAYA BACA HUKUM JA , KITAB ULAMA BUAT , JANGAN MARAH , AGAMA ITU NASIHAT"

CERITA KERAMAT SYEIKH YUSUF AL HASSANI ...

GURU KU AL ALIM AL ALAMAH TN GURU HJ SALLEH
menceritakan keramat Syeikh Yusuf pada ku ...
Setiap kali saya bertemu Tn Guru , mesti Tn Guru menyebut2 perkara pelik ini kepada ku dalam tempoh dalam lingkungan seminggu akhir2 ini ...
Tn Guru menegaskan kepada ku "ALHAMDULILLAH baba (Tn Guru) dapat banyak perkara selepas SYEIKH YUSUF pulang , memang terang (nyata) Syeikh ada keramat , dia ulama keturunan RASULULLAH , keberkatan pada dia ada "
Diantara benda pelik yang kami semua saksikan :
Kami AJK dan pihak Tn Guru hanya menyediakan makanan hanya cukup untuk 20 orang pengiring Syeikh tetapi hari itu bukan kata 20 orang, lebih dari 50 lebih kurang kami dapat berkongsi makanan yang dihidang pada Syeikh serta  rombogan dia , kami makan hingga malam tidak habis...
Kedua selepas Syeikh pulang pondok kami makin maju sehingga tidak ada tempat langsung untuk kami menerima pelajar baru ...
Masalah pentadbiran kami pun  semua selesai , lebih maju .
Banyak lagi cerita yang saya rasa tidak perlu masuk disini takut masyarakat pandang kata kami taksub,ini bukan taksub , ini hakikat yang kami dapat tumpang keberkatan SYEIKH YUSUF .
Kali kedua SYEIKH datang ,kuliah jumaat pondok kami meningkat lebih kurang hampir 4000 lebih para pelajar membanjiri pondok Sik pada setiap kuliah jumaat , mingguan  sekarang  .
Tidak sampai seminggu SYEIKH pulang , SULTAN KEDAH bagi sijil S.D.K (SETIA DIRAJA KEDAH ) pada tn guru selepas SULTAN ANUGERAH PINGAT  tahun lepas pada Tn Guru .
Inilah keberkatan ulama yang perlu kita dampingi mereka , lebih2 lagi kita perlu syafaat mereka dan menjadi asabab kepada memelihara IMAN DAN ISLAM kita , kita tumpang berkat ulama dunia akhirat ...
Syeikh akan datang kali ke 3 dan IJAZAH KITAB HIKAM kepada kita INSYALLAH .....

JUDI

Allah swt berfirman : Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Tinggalkanlah perbuatan itu agar kamu termasuk dalam golongan orang-orang yang berjaya--- surah al-Maa'idah ayat 90

Saturday, May 15, 2010

PAS BANTAH LESEN JUDI

Kekecohan berlaku apabila pihak polis cuba menghentikan ucapan pemimpin Pemuda Pakatan Rakyat dan NGO yang membantah tindakan kerajaan mengeluarkan lesen judi pertaruhan bolasepak Piala dunia dan penganjuran konsert 12 jam yang membabitkan artis luar negara, Pitbull.
Mereka mengadakan bantahan tersebut sejurus selepas selesai solat Jumaat Masjid Jamek Kampung Baru pada kira-kira jam 2.10 petang.
Ia berlangsung di atas sebuah pentas dalam kawasan masjid tersebut.
Kejadian itu disaksikan oleh kira-kira 500 orang yang berada di situ, termasuk mereka yang sedang beredar selepas selesai solat Jumaat.

Mereka yang hadir di pentas tersebut ialah pemangku ketua PAS Wilayah Persekutuan (WP) Herman Shamsudeen dan setiausaha Pemuda PAS pusat, Kamaruzzaman Mohamad.
Yang lainnya ialah ketua Angkatan Muda (AMK) Selangor Khairul Annuar Ahmad Zainuddin, wakil Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Zambry Mat Isa, wakil Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Kelab Penyokong PAS dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).
Majlis itu bermula dengan ucapan Kamaruzzaman selama lima minit, membantah pengeluaran lesen judi pertaruhan tersebut serta penganjuran konsert berkenaan.
Selepas itu, tiba giliran Khairul Annuar pula berucap. Ketika beliau sedang berucap, anggota polis naik ke pentas untuk merampas pembesar suara.
Khairul Annuar bagaimanapun meneruskan ucapannya tanpa pembesar suara.
Pada masa yang sama, kelihatan Kamaruzzaman berunding dengan pegawai polis di belakang pentas.
Kamaruzzaman berkata, beliau meminta kepada polis supaya membenarkan mereka meneruskan majlis itu selama 10 minit.
Bagaimanapun, katanya, pihak polis hanya membenarkan mereka meneruskannya selama lima minit sahaja.
Pihak polis juga kemudiannya memulangkan pembesar suara yang dirampas sebelum ini.
Bagaimanapun, tidak sampai dua minit penceramah berikutnya berucap, anggota polis naik semula ke pentas untuk merampas pembesar suara tersebut.
Ketika itu berlaku insiden tolak menolak dan tarik menarik sehingga ada yang terjatuh dari pentas.
Ekoran itu, kata Kamaruzzaman, beliau terpaksa berunding lagi sekali dengan polis supaya membenarkan mereka meneruskan bantahan tersebut.
Bagaimanapun, katanya, pihak polis mengarahkan beliau supaya meminta orang ramai beredar dari situ.
Ekoran itu, katanya, beliau terus meminta orang ramai beredar.
Difahamkan seorang pemuda ditahan ketika kekecohan berlaku di pentas tetapi kemudiannya dilepaskan

ISTERI BEGINI ...SENGSARALAH SUAMI

Pesanan Rasulullah SAW Untuk Lelaki
''Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah,dan yang hananah,dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah''
1. Wanita Ananah banyak mengeluh dan mengadu, dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

2. Wanita Mananah suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini menyatakan 'aku membuat itu keranamu'.
3. Wanita Hananah menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
4. Wanita Hadaqah melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.
5. Wanita Baraqah ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.
6. Wanita Syadaqah banyak cakap, tidak menentu lagi bising.
---Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli

Thursday, May 13, 2010

KITAB TAUHID...BAKURAHTUL AMANI...SYEIKH ISMAIL AL FATANI RA


Kitab  BAKURAHTUL AMANI mestilah diberi penekanan dalam mendalami ilmu tauhid Aliran Asyairah bagi uamat melayu nusantara. 
Kiatb ini dikarang oleh tokoh ulama nusantara yang mengajar di Makkah iaitulah AL ALIM AL ALAMAH SYEIKH ISMAIL B WAN ABDUL QADIR . 
Kitab ini menurut sanad dari Tn Guru saya , Tn Guru Hj Salleh ..kitab ini dikarang atas permintaan HJ AHMAD iaitu salah seorang anak murid PAK DA EIL yang tinggal di TOBIR , PENDANG KEDAH .
Hj Ahmad minta gurunya tulis ringkasan SIFAT 20(ILMU TAUHID) kepada rakannya yang bernama Hj Mad Hassan pada tahun 1335h . 

Setelah selesai karangan beliau , maka Hj Hassan bawa pulang risalah itu ke pondoknya .
Ramai pelajar pondok merasa pelik dengan karangan ini , kerana banyak terjemahan tidak sama dengan kitab jawi yang lama2 . Ada diantara mereka kata salah dan ada yang berdiam  sahaja dan ada yang mempertahan hujjah ulama tersyohor ini . 
Apabila menjadi perbalahan maka kebetulam PAK DA EIL masih ada di Kedah dan belum pulang ke Makkah lagi . Maka mereka pergi bertanya untuk mendapat penjelasan dan kepastian dari empunya tulisan . 
Maka PAK DA EIL menghurai dan menerangkan kepada mereka dengan cara ditil mengikut kaedah nahu tatabahasa bahasa arab , maka mereka pun terima dengan dada yang lapang ...
Lebih kurang 4 ke 5 tahun mereka mohon kepada PAK DA EIL supaya PAK DA EIL mensyarahkan dengan lebih ditil maksud matan yang PAK DA EIL  tulis kepada Hj Hassan . 
Maka PAK DA EIL pun terima dan syarahkan matan itu . 
Pada tahun 1358h selesai karangan beliau yang mulia . 

Setiap umat melayu yang ingin memantapkan ilmu tauhid aliran ahli sunnah maka perlu mendalami KITAB BAKURAH  kerana pembahasannya ditil dan sangat2 halusi dan mendalam . 
TN GURU HJ SALLEH pernah berkata kepada saya" KALAU MU(KAMU) DALAMI  DAN KUASAI KITAB BAKURAH , MAKA MU(KAMU ) DAPAT MENGUASAI ILMU TAUHID SEPENUHNYA , BACA KITAB TAUHID LAIN MUDAH FAHAM ...
Saya bersama TN GURU serta rakan2 berazam akan menbuat sambutan perayaan JUBLI EMAS memperingati 100tahun KITAB BAKURAH dan TAHLIL PERDANA untuk GURU MULIA , TOKOH TAUHID NUSANTARA ALLAHYARHAM SYEIKH ISMAIL( MA'LA) AL FATANI RA ...lebih kurang 5 tahun lagi jika dipanjangkan umur kami INSYALLAH ...
INSYALLAH saya akan buat ringkasan kitab mulia ini dalam tulisan yang akan datang . Tolong doa agar saya dapat taufiq , kekuatan dalam kerja kebajikan dan amal taat. Mudahan ALLAH SWT memelihara imam kita bersama AMIN
ampuni kami