Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Showing posts with label Pengumuman Penikahan. Show all posts
Showing posts with label Pengumuman Penikahan. Show all posts

Saturday, June 11, 2011

Hebah majlis pernikahan

Alhamdulillah , dengan Iradat Allah dan taufiq Allah maka telah berlangsungnya majlis walimah 
di sebelah isteri pada tanggal 6.6.2011 Isnin , manakala rumah saya pada 8.6.2011 Rabu . 
Terima kasih yang sudi hadir moga kahadiran saudara menambahkan keberkatan kepada kami . 
Bagi saudara yang berjauhan kami harapkan doa dari kalian , moga hubungan kami berdua diberkati Allah hingga ke syurga . 
Saudara saya harap saudara doa kebahagiaan  dunia akhirat buat kami berdua . 
Doa agar ikatan ini dapat kami bersama-sama berjuang dijalan Allah . 
Sedarkanlah kami andai kami leka . 
Sahabat-sahabat dari Azhar Mesir, Jorden , Syiria dan sahabat lain di luar negri minta saya masukkan gambar majlis untuk mereka , maka saya masukkan sedikit gambar majlis bagi memenuhi hajat sahabat-sahabat yang ada diseberang . Shukran diucapkan kepada Syeikh Nuruddin Singapura dan semua sahabat yang berbesar hati meraikan majlis kami . Tidak lupa pada Tn Guru Hj Salleh serta keluarga dan seluruh pelajar Pondok Sik yang menyerikan majlis dengan bacaan berzanji dan marhaban , begitu juga kepada pelajar Pondok Derang yang membuat persembahan Qasidah Burdah dan pelajar Tahfiz Derga yang sudi mengkhatamkan 30 juzu Al Quran di majlis ini . Hanya Allah yang membalas kepada seluruh saudara yang saya kasihi . 

Sheikhuna Ustaz Yazid bin Tn Guru Hj Salleh 
membaca doa turun tangga tanggal 8.6.2011


Bersama keluarga sebelah saya 

keluarga sebelah zaujah 

Saturday, April 16, 2011

Kahwin Usia Muda dari pengalaman saya

Ramai sahabat minta saya tulis satu tajuk nikah usia muda melalui pengalaman saya untuk mereka berkongsi
pengalaman . Menikah muda, sepertinya saat ini  merupakan satu trend di kalangan generasi muda. Ada yang karena pemahaman agama, dengan pertimbangan untuk lebih menjaga hati dan menjauhi zina. Selain itu juga untuk merasakan nikmatnya keluarga sakinah, mawaddah, warohmah.
Ada pula kerana terlanjur dalam hubungan seks pra nikah.


Nikah memang punya banyak makna. Ia bisa berarti menegakkan sunnah Rasul. Bisa juga sebagai pemenuhan tuntutan fitrah. Juga, sebagai penyambung keberlangsungan hidup umat manusia. Ada hal lain buat mereka yang nikah di usia muda. Nikah juga bermakna perjuangan
Hampir tak satu pun manusia yang betah membujang. Selalu saja ada hasrat untuk hidup berpasangan.

Diantara persoalan yang timbul dalam diri sebelum nikah dan begitu juga soalan yang masyarakat timbulkan kepada kita :
Masalahnya, bagaimana keindahan taman itu jika ikatannya terjalin di saat muda. Muda usia, muda pengalaman, muda pendidikan, dan muda penghasilan. Saat itulah terjadi pertarungan yang lumayan sengit: antara idealita dengan realita. Antara cita-cita tinggi dengan kenyataan hidup yang mesti diteruskan .

Pada mulanya seawal saya menjejak kaki ke alam pengajaian pondok , saya bertekat ingin berkahwian sekitaar usia 30-an . Tetapi apabila 7 tahun belajar pondok fitrah untuk memiliki teman hidup sangat kuat .
Saya bertekat untuk mencari pasangan hidup . Banyak ujian Allah dalam tempoh memilih calon. Akhirnya Allah mentakdirkan calon zaujah sebagai hadiah kepada saya . Alhamdulillah syukur tak terkata .Allah menghadiahkan rezeki yang mana saya idam-idamkan selama ini .


Hati saya hanya mahu teman hidup itu memahami hati , menemani dan menyokong perjuangan hidup dunia akhirat . Yakinlah saudara jangan risau , andai kita buat apa yang Allah perintah , tinggal yang Allah halang maka Allah akan beri sesuatu yang tidak kita sangka , seperti maksud dari terjemahan ayat 1000 dinar .
Andai saudara ingin calon terbaik maka amalkan dan pegang teguh dengan petua ini , saudara tidak perlu pening kepala untuk mencari , Allah akan hantar untuk saudara Insyallah ! . Allah akan atur perjalanan dengan mudah tanpa halangan! Yang penting hati mesti sentiasa mengharapkan bantuan Allah .

Pada mulanya saya sangat takut ada penentangan nikah muda dari ayah angkat saya (Tn Guru Hj Salleh)
tetapi Alhamdulillah apabila diceritakan kepada beliau maka beliau terima dengan tenang . Sebelum ini banyak kali beliau nasihatkan kepada saya " Kalau nak nikah biar umur 30-an "
Alhamdulillah tn guru dengar luahan hati dan rayuan saya maka beliau izinkan saya nikah . Munggkin beliau pertimbangkan keadaan semasa sekarang , lebih baik nikah muda asalkan hukum Allah terjaga .

Satu pengakuan jujur , sebelum nikah hati saya selalu rungsing /hati tidak tenang . Alhamdulillah setelah selesai akad hati menjadi tenag . Inilah hikmat nikah yang dianjurkan Syara . Hikmah dalam pernikahan itu sangat banyak . Saya fikirkan nikmat ini Allah bagi kepada kita apabila hukumnya kita jaga . Dulu sebelum nikah hati kita perbuatan kita terbatas , sangat mudah untuk mendapat dosa dari sebab percakapan , penglihatan dan lain-lain . Apabila dah nikah Alhamdulillah halal semuanya . Dari kerana itu hati kita tenag .
Kelebihan nikah muda
Apa kebaikannya berkahwin muda? Jadi, saya ada beberapa kebaikan kahwin muda yang saya boleh senaraikan, antaranya ialah:
1.Meramaikan manusia atas muka bumi atau spesifiknya membanyakkan zuriat umat Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya Nabi SAW bangga dengan umatnya yang ramai di hari akhirat nanti
2.Elak mendekati zina
3.Membantu memberi ketenangan hidup yang maksima
4.Ibadah yang berganda pahalanya dan lebih khusyu

Selain itu apabila kita sudah nikah Insyallah Allah akan tambah kekuatan untuk kita teruskan perjuangan .
Perjuangan kita lebih terasa manis sebab Allah hantar teman hidup yang memahami jiwa kita untuk menyokong perjuangan kita .

Tidak dinafikan faktor ujian dan cabaran nikah muda sangat mencabar !
Tetapi sebagai seorang hamba Allah perlu terima hakikat ini .
Maka kita berusha dan disamping doa Insyallah tidak menjadi masalah .

Petua apabila kita diuji semasa nikah muda .
Semasa kita terkena ujian walau berat ujuian itu ingat dihati kita , kita mesti sabar kerana
1 . Ini merupakan ujian untuk ku muggkin Allah hendak hapus doasa ku atau naik darjat kita disisi Allah .
2.  Walaupun berat diuji seperti masalah ekonomi , maka kita cari jalan usha cari rezeki , ingat ketika itu   ini semunya ibadat . Andai kita ingat benda itu ibadat maka Insyallah segala usha kita menjaga   
    zaujah/isteri kita , kita tidak akan terasa beban .

Saudara yang dikasihi
Tulisan ini hanya atas dasar perkongsian sahaja .
Bukan saya minta saudara yang sebaya saya percepatkan proses perkahwinan .
Saya hanya menceritakan pengalaman ini untuk yang sangat-sangat memerlukannya , tetapi tidak yakin .
Dan saya ingin saudara yakin dengan janji Allah dan dapat pelihara hukum Allah .
Terutama sekali jangan sekali terlibat Zina .Zina merupakan doasa besar , janag sekali hampiri .

Tuesday, March 22, 2011

Pengumuman Pernikahan

Assalamualaikum Wb .
Saya mohon maaf kepada semua saudara yang mengikuti blog ini kerana lebih kurang 5 hari saya tidak aktifkan blog . Rasa tidak kena kalau saya tidak umum kerana mesej bertalu-talu ucap tahniah dan doa kepada saya .
Alhamdulillah Jumaat 18.03.2011 sesudah solat Asar di dewan solat utama Masjid Al Bukhary Alor Setar berlangsungnya majlis akad nikah antara putri kedua Hj Hussin Shukri , Nur Faizah bt Hussin Shukri .
Alhamdulillah sausana akad berjalan lancar dengan izin Allah berkat doa Tn Guru Hj Salleh Musa dan semua saudara . Terima kasih semua yang memberi sokongan dan doa .
Sausana lebih meriah dengan kehadiran rakan pelajar Pondok Sik , rakan pelajar Darul Quran- DQ dan rakan pelajar KUIN INSANIAH . Terima kasih semua yang hadir .
Sausana hujan rahmat semasa majlis akad lebih menceriakan sausana Alhamdulillah .
Sedikit gambar kenangan yang dikirim dari sahabat saya di blog PPPT . Shukran akhi Ahmad Rafie
http://persatuanpondok.blogspot.com/2011/03/majlis-akad-nikah-ketua-pppt-jumaat.html  



Saya mengharapkan saudara semua doakan Saya dan zaujah saya Nur Faizah bahagia hingga ke Syurga .

Saya yang fakir memerlukan doa saudara-saudara agar saya dapat kekuatan dan Taufik untuk memimpin zaujah saya kearah keredaan Allah dan terus berjuang di jalan Allah .
Sengaja saya datangkan gambar Masid Quba diatas agar masjid Quba menjadi tema penikahan saya yang mana Masjid ini adalah masjid pertama yang RASULULLAH SAW bina dengan tangan mulia baginda .
MASJID QUBA DIBINA DIATAS DASAR TAQWA
mudahan Masjid yang kami bina ini pun dapat dibina atas dasar Taqwa ...
Saya perlukan doa semua ...


Majlis Akad di ruang utama solat Masjid Al Bukhary

Ayah pengantin perempuan akadkan (Hj Hussin Shukri)

Ayah , mak , mak mertua dan nenek

Sahabat Pondok Sik dan ditemani adik zaujah

Keluarga zaujah

Sahabat zaujah .Saya ditemani ibu mertua saya Umi Saudah

Saya mohon maaf kepada sahabat yang rapat dan yang mengenali saya kerana saya tidak umum terlebih awal disebabkan majlis akad diadakan secara kecilan sahaja . Insyallah bulan 6 ini majlis walimah akan diadakan Di Taman Hidayah Hutan Kampung atau Pondok Tn Guru Hj Salleh akan saya umum semula INSYALLAH .
ampuni kami