Saya mohon maaf kepada semua saudara yang mengikuti blog ini kerana lebih kurang 5 hari saya tidak aktifkan blog . Rasa tidak kena kalau saya tidak umum kerana mesej bertalu-talu ucap tahniah dan doa kepada saya .
Alhamdulillah Jumaat 18.03.2011 sesudah solat Asar di dewan solat utama Masjid Al Bukhary Alor Setar berlangsungnya majlis akad nikah antara putri kedua Hj Hussin Shukri , Nur Faizah bt Hussin Shukri .
Alhamdulillah sausana akad berjalan lancar dengan izin Allah berkat doa Tn Guru Hj Salleh Musa dan semua saudara . Terima kasih semua yang memberi sokongan dan doa .
Sausana lebih meriah dengan kehadiran rakan pelajar Pondok Sik , rakan pelajar Darul Quran- DQ dan rakan pelajar KUIN INSANIAH . Terima kasih semua yang hadir .
Sausana hujan rahmat semasa majlis akad lebih menceriakan sausana Alhamdulillah .
Sedikit gambar kenangan yang dikirim dari sahabat saya di blog PPPT . Shukran akhi Ahmad Rafie
http://persatuanpondok.blogspot.com/2011/03/majlis-akad-nikah-ketua-pppt-jumaat.html
Saya mengharapkan saudara semua doakan Saya dan zaujah saya Nur Faizah bahagia hingga ke Syurga .
Saya yang fakir memerlukan doa saudara-saudara agar saya dapat kekuatan dan Taufik untuk memimpin zaujah saya kearah keredaan Allah dan terus berjuang di jalan Allah .
Sengaja saya datangkan gambar Masid Quba diatas agar masjid Quba menjadi tema penikahan saya yang mana Masjid ini adalah masjid pertama yang RASULULLAH SAW bina dengan tangan mulia baginda .
MASJID QUBA DIBINA DIATAS DASAR TAQWA
mudahan Masjid yang kami bina ini pun dapat dibina atas dasar Taqwa ...
Saya perlukan doa semua ...
Majlis Akad di ruang utama solat Masjid Al Bukhary
Ayah pengantin perempuan akadkan (Hj Hussin Shukri)
Ayah , mak , mak mertua dan nenek
Sahabat Pondok Sik dan ditemani adik zaujah
Keluarga zaujah
Sahabat zaujah .Saya ditemani ibu mertua saya Umi Saudah
alhamdulillah..
ReplyDeletetahniah abg helmi!!
assalamualaikom ustaz,
ReplyDeleteDidoakan mendapat kecintaan Allah selama2nya.
wassalam
walaikumusalam wb cikgu
ReplyDeleteshukran cikgu .doakan kami ya cikgu .
maf tak bagi tau hari tu . Insyallah kenduri bulan 6 helmi jemput cikgu dan keluarga .
shukran iqbal
ReplyDeletemudahan enta nanti akan dapat yang terbaik ameen .