Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Sunday, April 21, 2013

Ulama 3 beradik berkumpul pastikan Arau untuk PAS



ARAU: Tiga beradik ulama hebat berkumpul pagi semalam pagi memberikan sokongan untuk membolehkan Pakatan Rakyat berjaya ke Putrajaya.

(Abu Hassan dan Ishak Din bersama Haron Din sebelum perarakan calon pagi semalam)

Ustaz Ishak Din dan Datuk Abu Hassan Din Alhafiz berkumpul di Arau semalam bagi memberikan sokongan moral kepada abang mereka Datuk Dr Haron Din.

"Beruntung si ibu melahirkan mereka dan bertuah si ayah membesarkan 3 beradik ini," tulis seorang pengguna facebook melihat gambar ini.

Haron Din bertanding di Arau bertembung dengan  bekas MB Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Turut menyekat Shahidan untuk menyertai politik semula secara aktif adalah pemimpin Umno tempatan, Zainuddin Yom.

Zainuddin juga bertanding tiket bebas di DUN Sanglang menentang Mohd Shukri Ramli (PAS) serta Ustaz Fathul Bari Mat Jaya (BN).

Beliau dikatakan kesal dengan pemilihan Fathul Bari sebagai calon Umno.

No comments:

Post a Comment