Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Thursday, April 11, 2013

Ijtima Ulama Pondok di Pondok Pasir Tumbuh 14 April 2013

DIJEMPUT 
TUAN-TUAN GURU 
, ALIM ULAMA , ULAMA PELAPIS , ULAMA HARAKI 
ORANG -ORANG PONDOK 
DAN PENDOKONG & PETUGAS ISLAM 
HADIR KE IJTIMA ULAMA PONDOK DI PONDOK PASIR TUMBUH KELANTAN 
14 APRIL 2013
3.30 Petang hingga 12 Malam 
IJTIMA ULAMA PONDOK DI PASIR TUMBUH AKAN BAHAS ISU FATWA 
TUAN GURU HJ ABDULLAH SAAMAH "HARAM SOKONG PAS"
ULAMA PONDOK AKAN BANGKIT LAWAN UMNO /BN DALAM PR 13 


KOTA BHARU: Sebanyak 20 institusi pondok seluruh Kelantan hari ini berikrar menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Pada masa yang sama mereka turut berikrar untuk turut serta bersama PAS dan Pakatan Rakyat  menawan Putrajaya pada PRU13 akan datang.

Pengumuman itu dibuat Setiausaha Pusat Pembangunan Pondok Berhad, Ustaz Ahmad Shairazi Atiqullah, selepas mesyuarat khas di JKR 10, tengah hari tadi.

Menurut Shairazi, program khas Ijtima Ulama’ dan Guru Pondok dari 20 institusi pondok seluruh negeri ini akan diadakan pada 14 April ini bermula 4.00 petang hingga 12.00 malam.

Menurutnya, 100 orang yang hadir hari ini hanyalah wakil-wakil dari pondok seluruh Kelantan untuk berbincang berhubung program khas itu.

“Seramai 4,000 orang ulama serta pelajar pondok akan berkampung di Pondok Pasir Tumbuh untuk menghadiri program tersebut,” ujarnya.

Menurutnya, majlis perasmian akan dilakukan oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan penutup oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sehubungan itu, semua guru serta pelajar pondok di seluruh Kelantan diminta hadir pada program itu.

1 comment:

  1. Ingin sekali berada dalam majlis yang seumpama ini, semoga Allah permudahkan rezki dan beri kelapangan kepada saya untuk sentiasa berada dalam majlis seumpama ini Insyaallah... Memang tersentuh bila melihat wajah Tuan-tuan Guru dan 'Alim 'Ulama'serta pejuang-pejuang agama Allah... Tahniah sahabat blog anta memang terbaik. Manisnya dunia pengajian pondok.

    ReplyDelete

ampuni kami