Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Sunday, April 21, 2013

Nadwah ulama, NGO Islam 23 April tolak fitnah Umno- Laporan Harakahdaily


Nadwah ulama, NGO Islam 23 April tolak fitnah Umno

Harakahdaily,21 Apr 2013
SIK: Nadwah ulama dan NGO Islam akan diadakan pada 23 April ini di Kolej Universiti Insaniah, Alor Setar bagi menolak fitnah Umno.

Penasihat Majlis Nadwah, Tuan Guru Haji Salleh Musa, kumpulan ulama dan NGO terbabit telah bermesyuarat bagi menyatakan pendirian dalam menempuh Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13).

Mesyuarat itu diadakan pondok beliau, Madrasah Ar-Rahmaniah, Sik.

Beliau berkata, keputusan mesyuarat pada 17 April lalu akan dibentang dalam majlis umum di Kuin itu bermula jam 2 hingga 5 petang.

“Masyarakat dijemput hadir beramai-ramai,” ujar beliau.

Jelas beliau, tujuan Nadwah Ulama dianjurkan bagi menolak fitnah ulama Umno yang mengeluarkan Fatwa Haram Sokong PAS dan PKR.

“Nadwah ulama akan melantik wakil dari setiap pertubuhan akan bentang kertas kerja menyatakan Wajib Sokong PAS dan Pakatan dengan dalil-dalil dan isu-isu yang tidak pernah dibincang umum sehingga masyarakat terpedaya dengan tipu helah Umno sehingga ada ulama yang gagal memahami isu terpengaruh dengan Umno,” jelas beliau lagi.

No comments:

Post a Comment