Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Tuesday, April 30, 2013

Munajat Kemuncak PRU13 - Peringkat Negeri Kedah di Pondok Sik

SEBARKAN 
Munajat Kemuncak Menghadapi PRU13
di Pondok Tuan Guru Hj Salleh Sik
Jumaat malam Sabtu 
PERINGKAT NEGERI KEDAH 
Anjuran 
Badan Perhubungan PAS Kedah 
jam 3 pagi hingga 7.30 pagi 


1 comment:

  1. KUALA LUMPUR: Pegawai Penerangan PAS Kelantan, Abdul Hamid Derani telah menarik diri daripada menyokong parti itu, beliau berkata konflik sedia ada di kalangan parti komponen dalam Pakatan Rakyat akan menjadi lebih buruk apabila mereka mengambil alih Putrajaya.

    "Saya melihat ada perbalahan antara satu sama lain dalam soal pembahagian kerusi, ia merupakan satu tanda keretakan dalam pakatan. Bayangkan apa yang akan berlaku sekiranya mereka mengambilalih kerajaan?," katanya.

    Abdul Hamid, yang juga bekas ahli Umno berkata isu tersebut nampak lebih jelas selepas hari penamaan calon apabila menyaksikan saingan sesama sendiri di beberapa kerusi yang ditandingi oleh parti komponen, Pakatan Rakyat.

    Beliau berkata, walaupun perkara tersebut hampir selesai namun ketegangan di peringkat akar umbi masih memuncak.

    Abdul Hamid berkata sekiranya Pakatan menang, akan wujud konflik dalam tiga perkara utama iaitu siapa yang akan menjadi Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri serta Jemaah Menteri Kabinet.

    Beliau mengulangi amaran yang diperkatakan Umno bahawa Pakatan akan menyebabkan negara menjadi huru-hara sekiranya mereka diberi mandat memerintah.

    Bagaimanapun, Abdul Hamid berkata beliau berharap untuk kekal sebagai ahli PAS, namun mengakui dengan kenyataannya seperti ini akan menyebabkan beliau dipecat daripada parti.

    "Saya yakin saya akan dipecat dan biar Jawatankuasa PAS Pusat tentukan bentuk hukuman terhadap saya. Namun itu tidak penting kerana apa yang saya perlu nyatakan adalah kebenaran," katanya.

    ReplyDelete

ampuni kami