Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Thursday, October 13, 2011

Ziarah Tuan Guru Nik Abd Aziz Ke Baitul Qurra'...Pondok di Melaka



Subahanllah , Ustaz Zul Baitul Qurra merupakan ulama yang beperanan menyatukan ummah . Kelebihan beliau adalah sebagai ulama muda yang mampu menyatukan kerohanian dan perjuangan . Ulama yang terbuka seperti ini yang kita perlu miliki . Beliau merupakan mudir Pondok Baitul Qurra dan beliau juga kuat berjuang didalam PAS , jawatan beliau didalam PAS adalah Ketua Ulama Melaka . Walaupun beliau didalam PAS tetapi beliau sangat menekankan bidang kerohanian . Ramai ulama dari Yaman yang turun ke tempat beliau , Subahanallah , kita perlukan ramai lagi tenaga muda ulama muda yang terbuka seperti beliau . Mudahan Allah memberkati umur dan perjuangan beliau Ameen
Saya jumpa beliau di Kelantan semasa majlis Habib Zein dari Madinah datang kelantan awal tahun dahulu . Akhlak Ustaz Zul Melaka amat-amat halus Subahanallah , patutlah Allah mengangkat beliau sekarang sebagai ulama penyatuan .

Walaupun PAS ada beberapa ikhtilaf perbezaan pendapat diantara kepimpinan tetapi Ustaz Zul sangat beradab . Dalam masa yang sama beliau sangat-sangat kuat memperjuangkan Ahli Sunnah .
Lihat video ini bagaimana beliau menghormati ulama tua iaitu Tn Guru Nik Aziz yang banyak berjasa untuk Islam di Tanah Air kita Malaysia . Inilah contoh akhlak ulama yang kita perlu contohi .

No comments:

Post a Comment

ampuni kami