Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Saturday, October 8, 2011

Habib Saad Telah Kembali KerahmatuLlah


إِنَّا للَّهِ وَإِنَّـآ إِلَيْهِ رَاجِعون
يَـٰٓأَيَّتُهَا ٱلنَّفْسُ ٱلْمُطْمَئِنَّةُ ﴿٢٧﴾ ٱرْ‌جِعِىٓ إِلَىٰ رَ‌بِّكِ رَ‌اضِيَةً مَّرْ‌ضِيَّةً ﴿٢٨﴾ فَٱدْخُلِى فِى عِبَـٰدِى ﴿٢٩﴾وَٱدْخُلِى جَنَّتِى ﴿٣٠﴾

Menjelang Maghrib semalam (8 Dhulqaedah 1432/6 Oktober 2011) al-Fagir menerima kabar sedih dari Tarim. Al-Habib Muhammad bin ‘Alwi al-Aydrus atau lebih dikenali dengan panggilan Habib Sa’ad telah kembali kerahmatuLlah pada usia 81 tahun. Beliau meninggal dunia ketika sedang membaca kitab Ihya ‘Ulumiddin tengahari semalam (Khamis), dan tiba-tiba rebah sementara kitab masih berada di tangan beliau. Allahu Allah.

موت الفجاء راحة للمؤمن وأسف على الفاجر
Ertinya: Mati tiba-tiba (mendadak) itu kesenangan bagi orang mu’min dan kesusahan bagi orang faajir (hadits riwayat Imam Ahmad)

Sememangnya beliau seorang yang gigih dalam mentela’ah kitab walaupun usianya telah lanjut dan uzur. Beliau, kalau tidak silap al-fagir, mengidap penyakit lelah atau athsma. Keluasan ilmu beliau dapat dilihat tatkala kita membaca karangan beliau yang berjumlah hampir 70 karya kecil dan besar. Al-Fagir pernah menziarahi beliau, dan tika itu beliau pulang dari membaca kitab Ihya ‘Ulumiddin. Walaupun uzur, beliau tetap bersemangat. Allahu Allah …… Dan sewaktu pertemuan beliau memberi nasihat untuk belajar dan membaca kitab terutamanya karya Imam al-Ghazali. Bahkan beliau ijazahkan al-fagir dan teman-teman yang menziarahi beliau seluruh kitab-kitab yang beliau hasilkan juga seluruh karangan Imam al-Ghazali, Imam an-Nawawi dan Imam asy-Sya’rani. Beliau juga murah dengan doanya. Sewaktu al-fagir bertemu beliau di Masjid as-Saggaf dan minta beliau doakan, beliau spontan mendoakan. Allahu Allah …. Sungguh kabar pemergian beliau ini amat menyedihkan. Jenazah beliau akan disembahyang dan dikebumikan selepas 'ashar hari ini (Jum'at).

Dan beliau adalah juga merupakan guru al-Qur’an kepada Guru Mulia al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz di Kubah Abu Murayyim, dan beliau katanya sudah nampak akan keutamaan yang ada pada muridnya itu.

الفاتحة إلى حضرة النبي صلى الله عليه وآله وسلم والى روح الحبيبمحمد بن علوي العيدروس

الله يغفرله ويرحمه ويتجاوز عن سيئاته ويضاعف حسناته ويجعل مستقر روحه الفردوس الأعلى مع النبيين والصديقين والشهداء والصالحين ويخلفه فينا وفي المسلمين أجمعين بالخلف الصالح. آمين

Semoga Allah mengampuninya, merahmatinya, memaafkan semua kesalahannya, melipatgandakan kebaikannya, menempatkan ruhnya di Syurga Firdaus yang tertinggi bersama para Nabi, Shiddiqin, Syuhada’ dan Sholihin dan semoga Allah memberi ganti yang baik bagi kami dan kaum muslimin. Ameen.

Disini al-fagir kongsikan sedikit biodata beliau yang diterjemah dari kitab beliau berjudul al-Niyyaat.



Beliau adalah as-Sayyid as-Syarif al-Faadhil Muhammad bin ‘Alwi al-Aidarus, digelar dengan nama Habib Sa’ad. Lahir di Tarim pada tahun 1351H dan membesar di Tarim. Mengambil ilmu dari ulama-ulama Tarim khususnya di Ribath Tarim. Kemudian beliau berpindah ke ‘Aden untuk mencari bekerja. Dan disana beliau berdepan dengan corak pemerintahan keras Komunis Merah pada ketika itu, yang menahannya (masukkannya) dalam penjara tanpa kesalahan dan tanpa kehormatan sebagai mana dilakukan kepada ramai daripada golongan sholihin. Namun mehnah (ujian) yang merupakan tarbiyyah Allah ke atasnya, maka Allah telah mentaqdirkan baginya bahwa dia menghafaz al-Quran dalam kegelapan penjara. Kemudian pada 1395H beliau keluar dari penjara setelah hampir 4 tahun dipenjara. Setelah itu beliau kembali ke Tarim dan menjadi imam di Masjid as-Saqqaf dan guru al-Quran di Mu’alamah Abi Murayyin. Para pelajar berduyun-duyun datang belajar daripadanya walaupun berlaku kekerasan komunis pada ketika itu dan masih lagi berterusan selepas itu. Habib Sa’ad sangat suka membaca, memutala’ah dan mengumpul bahan-bahan ilmu sehingga semua karangannya mencapai lebih 70 buah kitab. Beliau juga terlibat dalam beberapa seminar dan muktamar di Tarim. - tamat terjemahan -

Pada tahun 2009, beliau menerima anugerah penghargaan dari Markaz Ibn ‘Ubaydillah al-Saqqaf kerana  jasa dan sumbangannya dalam bidang penghafazan al-Quran.



Habib Sa’ad menghasilkan banyak penulisan, mencecah lebih daripada 70 buah antanta karangan beliau kitab mengenai niat, siwak, kelebihan kalimah Lailaha ilalLah, Hikam al-Imam ‘Ali رضي الله عنه,, kenali dirimu, rahsia-rahsia nama Allah al-Lathif, Khulashah Akhlak Salafus Shaleh, Lailatul Qadar dan lain-lain lagi. Kita akan dapat merasai keluasan ilmu beliau bila membaca karangan beliau.




Salah sebuah daripada lebih 70 karangan beliau. Kitab sangat baik untuk dibaca dan dipelajari. Bagi yang ingin memilikinya dapatkan (beli) buku Haul Imam al-Haddad ke 300. Di sana ada disertakan terjemahan dari kitab ini oleh al-Fadhil Ustaz Muhammad Fauzi. Tak mahal pun, harga promosi sempena Majlis Haul ke 300 cuma RM5.00. Sila dapatkan.
Habib Saad di usung dengan tandu sewaktu ziarah makam Nabi Allah Hud


Habib Sa'ad bersama asy-Syeikh Ramadhan al-Buthi, Habib 'Ali bin 'Abdurrahman al-Jufri dan K.H Saifuddin Amsir (Indonesia) 


Suasana di hari pengkebumian beliau

Ribuan warga Tarim yang mengiringi jenazah beliau untuk dibawa ke Masjid Jabanah untuk disolatkan dan kemudian dibawa ke Tubah Zanbal untuk dimakamkan. Antara yang turut sama mengiringi jenazah Habib Sa'ad adalah  Guru Mulia al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz.

SUMBER :http://al-fanshuri.blogspot.com/  blog AL FANSHURI

No comments:

Post a Comment

ampuni kami