Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Friday, July 22, 2011

Umat Islam bantah lanjut masa pusat hiburan


BUKIT KATIL, 22 Julai: PAS dan rakyat negeri Melaka membantah tindakan kerajaan negeri melanjutkan masa operasi pusat hiburan sehingga jam 3.00 pagi.
Kira-kira 200 orang berkumpul secara aman di hadapan Masjid Bukit Katil selepas solat Jumaat untuk menyatakan bantahan di atas tindakan biadap kerajaan negeri itu.
Seorang pendakwah, Ustaz Musa Mohamad berkata tindakan kerajaan negeri yang melanjutkan masa operasi pusat hiburan menjelang bulan Ramadhan adalah tindakan yang biadap dan mencabar hukum Allah.
"Kita menggesa pihak terbabit menarik balik keputusan yang amat memalukan tersebut.
"Rakyat negeri Melaka mesti bangkit menolak segala bentuk kemungkaran dan maksiat seperti ini dengan menggunakan kuasa yang ada pada mereka iaitu kuasa undi," katanya ketika berucap pada himpunan tersebut.
Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka, Harun Mohamed pula kesal dengan sikap kerajaan negeri yang ternyata mencabar kesabaran umat Islam di Melaka.
"Ketika kerajaan Kedah mengambil keputusan menghadkan pusat hiburan hanya untuk orang bukan Islam pada bulan Ramadhan ini kerajaan Melaka dengan berani bertindak meluluskan perlanjutan masa operasi pusat hiburan di Melaka.
"Tindakan ini mesti menjadi iktibar kepada rakyat Melaka supaya menggantikan kerajaan BN yang biadap kepada Islam dengan kerajaan PR yang lebih ikhlas melaksanakan Islam seperti di Kedah dan Kelantan," tegas Harun yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Melaka.
Himpunan aman berakhir kira-kira pukul 2.15 minit petang tanpa sebarang gangguan pihak berkuasa.
 Beberapa pimpinan Dewan Pemuda PAS negeri dan kawasan turut berucap. Majlis diakhiri dengan bacaan doa Ustaz Khairi Abdul Aziz.
Kerajaan dalam mesyuarat exconya baru-baru meluluskan permohonan untuk melanjutkan masa operasi pusat hiburan di negeri ini sehingga jam 3.00 pagi

No comments:

Post a Comment