Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Sunday, July 24, 2011

Al Fatihah : Dato’ Syeikh Zakaria bin Haji Ahmad Wan Besar Telah Kembali Kerahmatullah pagi tadi


MENGENAI DIRI

NAMA:DATO' SYEIKH ZAKARIA BIN HAJI AHMAD WAN


BESAR
TARIKH:23 JANUARI 1928
LAHIR
TEMPAT:KG. JERAI, MUKIM KUPANG, KEDAH
LAHIR



PENDIDIKAN
1. MADRASAH DARUL ULUM AD-DINIYAH, MEKAH
2. UNIVERSITI AL-AZHAR, MESIR



KELULUSAN



IJAZAH KERHORMAT SARJANA PENGAJIAN ISLAM DARI UKM



PENGALAMAN KERJA
  
 1. MUDIR MADRASAH AL-AKHLAK AL-ISLAMIYA,

....GUAR CHEMPEDAK, KEDAH
 2. GURU PENOLONG MA'HAD JOHOR, JOHOR
 3. GURU PENOLONG MA'HAD MAHMUD, ALOR SETAR

4. GURU MA'HAD TAHFIZ AL-QURAN, KEDAH





SUMBANGAN

1. PANEL PENASIHAT SYARIAH SAHAM KEDAH

2. AHLI MAJLIS FATWA NEGERI KEDAH

3. AHLI PENASIHAT TABUNG HAJI

4. PENCERAMAH AGAMA DI RADIO MALAYSIA KEDAH





HASIL KARYA

TELAH MENGHASILKAN 70 BUAH BUKU AGAMA YANG MELIPUTI SELURUH BIDANG PENGAJIAN AGAMA


Syeikh Zakaria merupakan ulama yang alim dalam bidang fekah .
Beliau merupakan ahli jawatan kuasa fatwa kerajaan negeri Kedah hingga sekarang .
.Dijadualkan jenazah alkan dikebumikan selepas Asar nanti . Al Fatihah .

 


Gambar: Ihsan dari Akhina Ibnu Fathani
إِنَّا للَّهِ وَإِنَّـآ إِلَيْهِ رَاجِعونَ


Telah kembali kerahmatuLlah Dato’ Syeikh Zakaria bin Haji Ahmad Wan Besar pada jam 5 pagi 23 Sya’ban 1432/25 Julai 2011, di Hospital Sultanah Bahyah Alor Setar, Kedah. Jenazah al-Marhum Dato’ Syeikh Zakaria bin Haji Ahmad Wan akan di bawa ke Masjid Sultanah untuk disholatkan. Dan menurut apa yang dimaklumkan kepada al-Fagir, beliau akan dikebumikan di Guar Cempedak. [Dato' Syeikh Zakaria adalah merupakan bapa saudara kepada mantan KP JAKIM, Dato' Wan Muhammad bin Dato' Syeikh 'Abdul 'Aziz. Al-Marhum Dato' Syeikh 'Abdul Aziz adalah merupakan abang kepada Syeikh Zakaria dan beliau menjawat jawatan Qadhi Besar Kedah satu ketika dulu]

Beliau adalah seorang ulama ‘senior’ Kedah. Di lahirkan pada 23 Januari 1928 di Kampung Jerai, Mukim Kupang, Kedah. Dalam usia yang lebih kurang 7 tahun beliau di bawa ke Mekah oleh keluarga beliau untuk belajar ilmu agama. Beliau belajar di Madrasah Darul 'Ulum ad-Diniyyah di Makkah dan di Masjidil Haram. Kemudiannya beliau melanjutkan pelajarannya ke Universiti al-Azhar. Di antara kerjaya beliau: Menjadi Mudir Madrasah al-Akhlaq al-Islamiyyah, Guar Cempedak, Guru Penolong di Ma’had di Johor, Guru Penolong di Ma’had Mahmud Alor Setar dan Guru Di Ma’had Tahfiz al-Qur’an. Beliau juga merupakan Ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Kedah. Beliau juga seorang yang banyak menghasilkan karya penulisan. Hampir 70 buah buku agama beliau hasilkan. Beliau seorang yang sangat gigih di dalam menyampaikan ilmu agama melalui majlis-majlis pengajian di masjid-masjid dan juga di radio.

Dari dari kiri
Prof. Madya Dr. Haji Abdul Aziz Bin Hj Hanafi, Dato' Syeikh Zakaria Bin Haji Ahmad,
Dato' Paduka Syeikh Muhamad Baderudin Bin Haji Ahmad,
Y.A.A. Dato' Wira Syeikh Yahya Bin Hj Jusoh, Dato' Syeikh Abd. Hamid Bin Md. Tahir
Berdiri dari kiri
Ustazah Faridah Bt. Hj Ahmad, Tuan Syeikh Marwazi Bin Dziyauddin, Dato' Syeikh Abdul Razak Bin Haji Mohd Yusof,
Dato' Syeikh Fadzil Bin Haji Awang, Tuan Syeikh Abdul Rahman Bin Abu Bakar, Tuan Syeikh Aminudin Bin Hj Abd Rahim
Antara guru beliau adalah Syeikh Wan Ismail bin Wan ‘Abdul Qadir al-Fathani al-Makki (Pak Da El), Syeikh ‘Abdul Qadir bin ‘Abdul Mutthalib al-Mandili al-Makki, Syeikh Yasin bin ‘Isa al-Fadani dan lain-lain. 

Alhamdulillah, al-Fagir pernah beberapa kali menziarahi beliau dan membaca beberapa buah hadits kepada beliau. Sewaktu pertemuan, beliau menceritakan serba sedikit sejarah hidup beliau kepada al-Fagir. Antaranya beliau berkata …. “saya kenai huruf niii dengan Syeikh Yasin lah …..” Katanya lagi   “saya bai’ah thariqat Syattariyyah dengan Pak Da El …. waktu tu saya kecik lagi …. tenggelam tapak tangan saya dibawah tapak tangan Pak Da El …..” Alhamdulillah beliau juga bermurah hari untuk mengijazahkan al-Fagir dengan ijazah (‘ammah) yang beliau perolehi daripada guru-guru beliau. 

Sesungguhnya pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar buat umat Islam di Kedah khususnya dan di Malaysia umumnya.

Semoga Allah merahmati beliau dan memberi sebaik-baik ganjaran kepada beliau.

Marilah kita sama-sama menghadiahkan bacaan surah al-Faatihah kepada al-Marhum Dato’ Syeikh Zakaria bin Haji Ahmad Wan Besar serta mendoakan beliau. Al-Faatihah .....

اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه وأكرم نُزُله، ووسع مُدخلهُ، واغسله بالماء والثلج والبرد، ونقه من الخطايا كما ينقى الثوب الأبيض من الدنس، وأبدله داراً خيراً من داره، وأهلاً خيراً من أهله وزوجاً خيراً من زوجه وأدخله الجنة وأعذه من عذاب القبر ومن عذاب النار

4 comments:

  1. assalamualaikum...ana mohon share article nie bleh...???

    ReplyDelete
  2. إِنَّا للَّهِ وَإِنَّـآ إِلَيْهِ رَاجِعونَ
    Al-Fatehah.
    Sempat mengikuti kuliah bulanan Allahyarham dlm bidang Feqah & Tasauf di Masjid Daerah SPU sejak thn 2000. Kuliah terakhir Sabtu 8/5/2011.

    Didoakan semoga Allah memberkati TG .

    ReplyDelete
  3. AL fATEHAH.. satu kehilangan besar bagi umat Islam di Kedah dan Malaysia. Allahyarham banyak menulis buku-buku agama khususnya mengenai Fekah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Roh Allahyarham

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete