Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Friday, August 20, 2010

Tn Guru Masuk Hospital 2 Hari ...

ASSALAMUALAIKUM
Kepada seluruh murid Tn Guru
Bertenang TN GURU /BABA hanya perlu rehat di hospital kerana darah tinggi beliau naik sedikit sahaja .
Jangan risau ...DOA sahaja agar ALLAH cepat sembuhkan beliau dan beri kesihatan dan kekuatan semula
untuk meneruskan perjuangan dakwah beliau untuk AGAMA ALLAH dan MEMPERTAHANKAN AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH ...

Tn Guru Hj Salleh , masuk hospital hari Khamis malam Jumaat jam 12.30malam .
Tn Guru masuk hospital disebabkan darah tinggi beliau naik sikit .
Beliau mengadu sakit, selepas solat maghrib kepala pada isteri beliau .
Jam 12.30malam , Tn Guru memangil Syeikh Muslim , Ust Yazid , Saaid dan saya agar meneman beliau ke hospital .
Keadaan hujan . Kami terus ke hospital bahagian kecemasan .Jam 1 malam,
Doktor dapati tekanan darah tinggi ditahap 170 .
Doktor nasihat agar Tn Guru rehat sementara di hospital , i ni diambil kira dari sudut faktor umur Tn Guru yang perlu kerehatan .
Sebelum ini tidak dinafikan masa Tn Guru banyak difokuskan pada Pogram  Ihya Ramadan .
Pagi petang mengajar , tareweh 20 tak pernah tinggal selain melayan tetamu yang kunjung kerumah beliau .

Isteri Tn Guru menziarahi Tn Guru dihospital
Wakil Dato Seri Anwar Ibrahim diiringi YB Cikgu Uda Ahli Parlimen Sik
Menziarahi Tn Guru di hospital
Rakan2 Tn Guru , Persatuan Ulama Kedah , Imam2 kawasan , pimpinan PAS kawasan , anak murid menziarahi dan berdoa agar Tn Guru Cepat pulih dan sehat sejahtera agar dapat berkhidmat kembali membantu kembangkan Agama Allah
Wakil Persatuan Ulama Kedah menziarahi Tn Guru


                                       
Syeikh Muslim , anak Tn Guru ganti memimpin kuliah Mingguan Jumaat kemarin (semalam)
Ribuan berdoa  kemarin (semalam) di kuliah umum pondok hari  Jumaat , memohon kepada Allah ,moga kesihatan Tn Guru kembali pulih dan dipanjangkan umur Tn Guru dalam kebajikan AMIN.......

ALHAMDULILLAH hari ini Hari Sabtu TN GURU sudah diizin pulang kerumah .
Jam 9.30 tadi , sekaran dirumah menunggu kedatangan Pegawai Daerah Sik yang berhasrat menziarahi beliu.
Harap semua murid memahami keadaan dan memberi peluang Tn Guru rehat .
Selain itu teruskan doa untuk Tn Guru

No comments:

Post a Comment