Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Sunday, August 1, 2010

TAHLIL PERDANA UNTUK ULAMA,DI PONDOK SIK

PELANCARAN TAHIL PERDANA KHUSUS UNTUK ULAMA
akan dilancarkan oleh TN GURU HJ SALLEH Sik
pada hari Jumaat ini bersempena menyambut RAMADAN MUBARAK ...

Saya mewakili Tn Guru menjemput seluruh murid Tn Guru terutamanya dari daerah-daerah negeri KEDAH dan seluruh murid ke majlis pelancaran Tahlil Perdana ini
Tn guru mengambil kesempatan ini bagi mengingati guru-guru beliau dan umum untuk semua ulama yang sealiran Ahli Sunnah yang telah kembali Kerahmatullah .

TN GURU berkata " Mudahan dengan tahlil ini sebagai tanda kita mengingati mereka (ulama ) dan mudahan mereka sejahtera disana (alam barzakh ), dan mudahan ALLAH memberkati ilmu kita, yang kita mengaji (belajar atau mendalami ilmu ) dari mereka (ulama ).Kita nak tumpang mereka di Akhirat .Mudahan kita bersama orng soleh, ulama , syuhada dan ambia  di Akhirat"

1 comment:

  1. GELOMBANG KEBANGKITAN PONDOK KELANTAN MENENTANG FAHAMAN NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

    Mudir Pondok Pak Krau, TG Mohamad Zainal Abidin Awang adalah berasal dari Bachok. Beliau adalah antara orang yang terkemuka membawa masuk PAS ke Bachok satu ketika dahulu.

    Pelajar dari Pondok Al Bakriah Pasir Tumboh dan kemudian dari itu beliau berhijrah untuk belajar di Pondok Patani dan sekembalinya ke Malaysia beliau "berpondok" pula di Pondok Yusufiah Gelang Mas, Pasir Mas.

    Kini beliau mengambil alih bekas tapak pondok yang telah diasaskan oleh Allahyarham Cik Rahim (alim muda juga bekas murid kepada TG Abdullah Saamah)di Pak Krau.

    Berkemungkinan besar TG Mohamad Zainal Abidin Awang mungkin akan memulai seisi ceramah bersama UMNO selepas ini. Mereka berdua telah dipulaukan oleh sesetengah penduduk.

    Bahkan sahabat saya, menantu kepada TG Abdullah Saamah disekat untuk mengajar di surau-surau sekitar kampung. Beliau yang juga imam muda di masjid As Somadi Geting tidak dibenarkan membaca khutbah Jumaat dan tidak lagi menjadi imam solat kerana akan berlaku dua imam jika beliau mengimamkan solat. Lebih kurang sebulan yang lalu beliau telah ke MAIK untuk meletak jawatan kerana tidak dapat menjalankan tugasnya sebagai imam muda. Ini adalah sebab tidak ada kerjasama dari sesetengah penduduk.

    Seorang penduduk dikawasan tersebut mengistiharkan bahawa anak murid kepada TG Abdullah Saamah tidak dibenarkan menjawat apa-apa jawatan. Malah rakan saya yang telah menjadi imam terawih dimasjid tersebut selama tiga tahun juga tidak dibenarkan kerana beliau adalah bekas murid pondok TG Abdullah Saamah.

    Manakala rakan saya di pondok tersebut dikunci pintu surau ketika ia mahu memenuhi jemputan kuliah maghrib oleh penduduk setempat.

    Inilah antara beberapa cebisan onak duri yang terpaksa dilalui oleh mereka. Tidak dinamakan perjuangan jika tiada rintangan dan tiada ganjaran tanpa sedikit pengorbanan. Kesatuan ummah akan terus diperjuangkan.

    Nota -
    Insyallah Taa'la lebih ramai guru pondok akan menyusul mengikut jejak mereka. Sila tuan tunggu dan lihat....

    FAKEH KHALIFAH SAKA

    ReplyDelete