Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Sunday, August 15, 2010

Nasihat Tn Guru Hj Salleh Dalam menghayati RAMADAN

ALHAMDULILLAH kita masih dipanjang umur oleh ALLAH dan sempat menemui semula di bulan yang penuh berkat ini . Ramadan bulan Ibadat , bulan turunya Al Quran , bulan Lailatu Qadar
Mudahan kita dapat taufiq dari Allah dan dapat tingkatkan amal kita dan mantapkan lagi keimanan kita dengan tauhid pada Allah
Sheikhuna Tn Guru Hj Salleh Bin Musa mengucapkan selamat menyambut Ramadan Mubarak dan guru kita yang mulia menyampaikan pesanan agar kita tingkatkan amalan dibulan Ramadan yang penuh berkat , Tn Guru menyeru kepada kita seluruh muridnya agar bersihkan hati dari dosa dengan kita bertaubat kepada Allah , selain itu Tn Guru menasihati kita supaya teguhkan keimanan kita dengan tauhid yang kita pelajari iaitu tauhid Asyirah , jangan ikut dan terpengaruh dengan dakyah wahabi yang menentang tauhid kita Asyairah
Selain itu beliau menyeru kita agar banyak membelanjakan harta dijalan agama dibulan yang penuh berkat ini , yakin dengan Allah , rezeki dari ALLAH  . Taraweh jangan tinggal , buat 20 rakaat jangan malas .
Biar kita paksa diri kita agar letih dengan ibadah INSYALLAH kita akan senag di Akhirat yang kekal abadi .Jangan hanya semangat ibadah diawal Ramadan sedangkan kita malas di akhirnya , ini satu kerugian , kerana kita perlu rebut LAILATUL QADAR !
Buka puasa janag lengah-lengahan , apabila masuk waktu buka terus , takhir berbuka makruh .Berbuka jangan terlalu lama kerana waktu maghrib pendek , takut kita solat diluar waktu jadilah hukumnya qada bukan tunai lagi . Bersahulah kerana sahur ada keberkatan , takhirkan sahur .

No comments:

Post a Comment

ampuni kami