Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Saturday, July 3, 2010

TN GURU HJ SALLEH SIK nasihatkan kempimpinan PAS jaga cakapan , jangan keluarkan kenyataan mirip WAHABI !!!


Untuk memastikan PAS kukuh dan kuat kita perlu bersatu dan kuat .
Berucap didalam sesi kuliah di rumah YAB MB Kedah pagi tadi , Tn Guru seru pucuk pimpinan PAS jangan keluar kenyataan berunsur fahaman wahabi ...Tn Guru Hj Salleh minta pemimpin PAS agar berhati2 berdepan dengan pihak media.

Tidak dapat dinafikan PAS sekarang berpuak2 kerana berbeza aliran pendapat ...
PAS perlu kukuhkan perjuangan untuk meruntuhkan kerajaan UMNO/BN FASIQ ...
Oleh kerana itu PAS perlu kukuhkan jemaah , jangan keluarkan kenyataan berunsur wahabi !!!

Tn Guru menasihati pucuk pimpinan PAS agar hormati pendapat Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti yang telah dilaksanakan mengikut undang2 tubuh kerajaan dibawah naungan raja2 melayu selama ini , iaitu fekah mengikut mazhab Syafie manakala Tauhid mengikut mazhab Asyairah atau tauid sifat 20 ...
Jangan sekali2 keluarkan kenyataan yang menimbulkan kekeliruan dalam jemaah yang bukan semua memahai semua ini...

1 comment:

  1. Assalamualaikum,

    Tuan, bagaimana pulak dengan kerajaan PAKATAN RAKYAT sekiranya dapat menang piliharanraya akan datang. Mampukah PAS melaksanakan hukum Islam sebagaimana yg kita inginkan sekiranya terdapat tentangan dari DAP dan PKR. Saya risau ianya akan jadi spt UMNO/BN sekarang. Apakah alternatif kita yang sebenarnya?

    ReplyDelete