Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Saturday, July 3, 2010

SYEIKHUNA AL ALIM AL ALAMMAH SYEIKH YUSUF AL HASSANI ...ULAMA SUFI

Syeikh Yussuf Al Hassani merupakan guru saya yang membawa pembawakan  sufi ...
Sufi diambil dari ahli sufah ,  yang berasal dari Madinah yang zahid yang hanya tinggal dikaki lima Masjidil Nabawi masa zaman Rasulullah SAW dulu ...
Orang sekarang ramai yang gemar bersufi , atau kata lain bertasauf dan berhakikat .
Sebelum kita melangkah kearah sufi kita mestilah mendahului Iman atau tauhid .Mantapkan tauhid dahulu dan perlu memahami dan meamalkan kehidupan bersyariat dalam erti kata kita perlu mematuhi hukum agama wajibnya , haram , halal , harus makruh dan sebagainya dalam kehidupan ...

Dengan adanya ilmu dan penghayatan tauhid barulah kita boleh melangkah kearah jalanan sufi .
Kalau tidak ada tauhid kita akan sesat dan jalanan sufi kita akan gagal ...

Agama terbina atas 3 iaitu IMAN (ilmu tauhid) SYARIAT (ilmu fekah ) EHSAN (ilmu tasawuf atau sufi)...
Fahamnya disini kita mesti lengkapkan 3 ilmu ini barulah sampai hakikat breagama ...

Masyarakat sekarang asyik "gila sufi , gila tarikat" .Semu ini tidak salah syarat kenalah utamakan ilmu keimanan dahulu kemudian melangkah kepada syariat dan akhir barulah melengkapkan diri dengan latihan kesufian .
Berkata Tn Guru saya Tn Guru Hj Salleh (Sik) "HARAM BERTASAUF TANPA TAUHID" ...

Hati2 saudara seagama ku , ramai yang mendakwa mereka jalanan sufi tetapi tidak meamalkan syariat seperti solat , puasa , tak ikut hukum hakam munakahat , tidak ikut hukum hakam muamalat , maka jalanan ini sesat !
Kalau ada orang berkata "kita orang sufi orang hakikat tak solat tak puasa tak pa yang penting hati kita ingat Allah maka orang ini adalah sesat lagi membawa kufur !!!"

Sufi sebenar adalah menyempurnakan latihan kearah mendapat REDHA ALLAH dan mestilah dan wajib ada dan beramal dengan ilmu TAUHID , FEKAH dan TASAWUF!!!

No comments:

Post a Comment