Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Sunday, July 4, 2010

SYEIKHUNA AL ALIM AL ALAMMAH SYEIKH NURUDDIN AL BANJARI ...guru yang tekankan adab !!!

Syeikh Nuruddin merupakan guru yang sangat utamakan adab .
Dalam kitab TAQLIM MU TAALIM sebutkan tidak dapat ilmu orang yang tak beradab .
Syeikh Nuruddin sangat tekan adab kerana mjlis ilmu adalah majlis pusaka Rasulullah SAW. Ilmu sukar nak masuk kehati andai kita tidak ada adab ...
Saya ingin berkongsi pengelaman dengan saudara , pengelaman ini menjadi pengajaran buat diri saya selama2 dan saya akan ingat sampai bila2 . Pengalaman ini juga mendidik saya dan Insyallah semua saudara untuk kita lebih beradab dalam majlis ilmu dan dengan ulama ...

Saya bersama rakan2 diberi mandat oleh Tn Guru Hj Salleh untuk menguruskan majlis Daurah Ilmu Syeikh Nuruddin di pondok sik .
Maka dengan taufiq Allah selepas 2 kali bermesyuarat bersama Syeikh , pertama kalinya di Masjid Al Bukhary Alor Setar dan kali ke 2 di INTIM Perak maka Syeikh setuju ...
Syeikh mengambil keputusan supaya Daurah di PONDOK SIK diadakan seminggu sebelum raya haji dan berhari raya di Pondok Sik bersama Tn Guru Hj Salleh ...

Saya keletihan , sewaktu kuliah zohor saya terlena dalam majlis kuliah . Lalu saya dimarahi oleh Syeikh Nuruddin dengan suara yang kuat dan lantang" Helmi kalau nak tidur balik ke pondok!!!"
ALLAHHUAKBAR malu saya , semua rakan2 lihat saya , rakan dari Indon , Perak , Kelantan dan serata tempat semua lihat ke arah saya ...
Malu , mengiggil rasa takot dan sebagainya .
Oleh kerana keletihan menguruskan majlis daurah dalam kuliah yang sama selepas Syeikh memarahi saya Syeik meneruskan kuliah , saya tak sengaja terlelap buat kali kedua . Sekali lagi saya kena pekik dengan guru mulia saya Syeikh Nuruddin .
Saya tak kisah kerana kalau guru tak marah murid , nak marah siapa lagi dan ia sebagai pengajaran buat diri saya ...
Kawan saya Allahyarham Khalis Alor Setar pun pernah kena marah di Majlis kuliah di Masjid Al Bukhari kerana main pen dan tengok jam waktu kuliah .
Tingginya adab TN GURU SYEIKH NURUDDIN ...
Tetapi jika luar dari majlis ilmu Syeikh merupakan orang yang paling lembut .
Saya memangil beliau dengan panggilan "Abi"
Sangat tawaduk , sangat penyayang ...
Masyallah akhlak ulama terlalu tinggi .
Beliau nak bersahur bersama pelajar pada hari wukuf dan makan dagin korban bersama pelajar .
ULAMA PERWARIS RASULULLAH !!!

No comments:

Post a Comment

ampuni kami