Sifat 20 diasaskan berdasarkan ayat-ayat Muhkamat kerana "dalalah" atau makna adalah amat jelas dan mencapai tahap yakin. Ayat-ayat Mutashabihat tidak boleh dijadikan asas-asas akidah kerana "dalalah" atau makna yang sangat tidak jelas dan kabur. Bagi ayat-ayat Mutashabit, ulama telah menyusun kaedah tafwidh dan takwil dengan syarat-syaratnya. Kedua-dua kaedah ini menyelamatkan ketergelinciran aqidah dan membawa kepada maqam kamal al-yaqin bagi mereka yang mengaji dengan ahlinya, dan betapa sedikit mereka (yang ahli) itu pada hari ini.
Makna "zahir" bagi ayat-ayat Mutashabihat tidak mencapai tahap yakin sebab itulah ada kaedah ulama' menyatakan:
"Al-Zahir la yufidu 'illa al-zann wa al-zann la yu'khazu fi al-aqidah"
Maksudnya: "Makna "zahir" bagi sesuatu nas masih membawa makna yang bersifat zann (tidak mencapai yakin 100%), oleh sebab itu ia tidak dijadikan asas aqidah (kerana aqidah berasaskan keyakinan)." Bahkan makna zahir ayat Mutashabihat bertentangan dengan Muhkamat,maka kembalikanlah makna Mutashabihat kepada makna Muhkamat, kerana Muhkamat adalah "ummul kitab".
Mereka yang mempertikaikan sifat 20 (dari segi kandungannya) ditakuti rosak akidahnya kerana ia adalah asas kepada mengenal Allah SWT, asas tauhid. Bahkan sifat 20 adalah huraian dan makna yang perlu dihadirkan apabila menyebut "LA ILAH ILLA ALLAH".
Perbezaan di antara kewajipan mengetahui 13 atau 20 sifat atau 21 adalah khilaf lafzi. Jangan terpedaya dengan huraian orang-orang Wahhabi di luar sana, mereka adalah golongan yang Rasulullah SAW pesan agar kita berhati-hati dengan mereka - iaitu golongan yang mempunyai zaygh (penyakit terpesong dari kebenaran) di hati2 mereka, terfitnah dengan ayat2 mutashabihat.
Sifat 20 bukanlah dengan makna menghadkan sifat Allah kepada 20 sifat, ia adalah sifat yang wajib diketahui secara tafsil oleh mukallaf. Adapun, akidah secara umum, maka wajib ber'iktikad bahawa Allah SWT bersifat dengan sifat-sifat Kamal (kesempurnaan), Jamal (keindahanan/kecantikan), dan Jalal (keagungan).
Sebenarnya pengajian mendalam ini perlu kepada guru yang ahli, dan sangat sedikit yang ahli pada hari ini. Namun, orang awam diwajibkan asasnya sahaja. Penulis kurang gemar melibatkan orang awam dalam perbahasan mendalam mengenai sifat2 Allah, apatah lagi di internet. Cukuplah berpegang dengan manhaj Al-Ashairah dan Al-Maturidiyyah yang di susun bagi masyarakat awam.
Jangan terbawa-bawa dengan bisikan syaitan jin dan manusia yang cuba mengajak orang-orang awam membincangkan ayat-ayat Mutashabihat, takut-takut terpalit penyakit "waswasah" berkenaan sifat-sifat Allah. Jauhilah, jauhilah, jauhilah x1000 mereka dan perbincangan mereka berkenaan ayat Mutashabihat kerana ia adalah bid'ah yang sangat x1000 besar.
Surah al-Ikhlas adalah intipati Tauhid - ada di dalamnya tauhid zat, sifat dan af'al. Maknanya begitu mendalam bagi mereka yang dibukakan kefahaman mengenai surah ini. Namun huraiannya perlu disharahkan oleh ulama' yang ahli. Dan pengajian sifat 20 dengan mereka yang ahli mampu memberikan pemahaman mengenai surah ini.
Akhir kata, kepada semua pembaca, JAUHILAH PERBINCANGAN MENGENAI AYAT-AYAT MUTASHABIHAT, IA ADALAH BID'AH YANG SANGAT BAHAYA KERANA PERBINCANGANNYA BERKAITAN DENGAN PERBAHASAN TAUHID. Jangan terpedaya dengan fitnah Wahhabiyyah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ISLAM ITU INDAH
Info Terkini
Maklumat terkini
-
-
-
PUNCA THAI BAHT MELAMBUNG !!!!5 years ago
-
MB ucap selamat berjaya kepada calon SPM6 years ago
-
MAULIDUR RASUL 1439H7 years ago
-
No comments:
Post a Comment