Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Thursday, June 24, 2010

Perlis dah celaru ...isu wahabi dah pecah !!! Ada hikmah , masyarakat dapat kenal apa itu wahabi




Tn Guru Haji Hadi dah nyatakan dalam Malaysiakini bahawa memang betul dia belajar dipusat pendidikan wahabi tetapi beliau dah nyatakan beliau memiliki fahaman yang bukan sama dengan wahabi , beliau berfahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah sejati .
Adapun DR ASRI , DR JUANDA JAYA dan YB SHAHIDAN KASIM mereka ini berfahaman wahabi ...
Walaupun mereka wahabi tetapi mereka tidak mengaku wahabi , tetapi kita kenal mereka dari tindakkan dan ucapan mereka yang ingin mentajdidkan minda dan tidak hormati ulama silam ...
Selain itu mereka hanya menafsirkan Quran dan Hadith tidak mengikut ulama muktabar ...
Dari sudut fekah mereka tidak berapa setuju dengan pendapat2 ulama mazhab ...
Mereka suka membawa slogan kembali kepada QURAN SUNNAH sedangkan mereka tidak hormati pendapat ulama silam yang terlebih arif mengeluarkan hukum dari QURAN SUNNAH mengikut ilmu alat yang ada kepada mereka ...
Ahli Sunnah sejati mesti mengeluarkan hukum bersumberkan AL QURAN , SUNNAH , IJMA DAN QIAS ...
Kalau QURAN SUNNAH sahaja tidak boleh kerana kita tidak pakar untuk mengeluarkan hukum dari akal kita kerana kita tidak alim ilmu alat bahasa arab seperti nahu , saraf , bayan , maani , mantik , usul fiq , usul tafsir dan lain2 lagi ...

Kita setuju dengan dakwaan wahabi terhadap 3 orang ini , tetapi kita tidak kaitkan mereka dengan JI , isu wahabi yang dikaitkan dengan JI kita tidak tahu , yang kita tahu mereka 3 orang ini wahabi .
Isu JI kita serah kepada pihak polis menyiasat . Rasanya mereka bukan kait dengan JI ...
Kita tentang wahabi bukan kita tentang peribadi . Kalau mereka kembali kepada ahli sunnah mereka adalah saudara seperjuangan kita ...
Kia ahli sunnah jangan telalu fanatik atau taksub hingga membenci saudara kita , kita seharusnya berdoa agar mereka bertiga dapat hidayah dan ikut jalanan ulama kita ...
Jangan kita memaki hamnun dan terlebih teruk mengkafirkan mereka ...Kita tentang fahaman mereka dan kita jangan luapa berdoa pada mereka !

No comments:

Post a Comment

ampuni kami