Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Friday, June 11, 2010

SELAMAT BERMUKTAMAR ...MUDAHAN DIBERKATI AMIN

KOTA BHARU, 11 Jun: Perwakilan Perak, Drs Khalil Idham Lim Abdullah menolak Umno sebagai
parti yang memperjuangkan bangsa dan agama di negara ini kerana sanggup bersekongkol dengan
APCO Worldwide.
Beliau berkata, dosa-dosa Umno perlu diterangkan kepada rakyat sehingga mereka merasa jijik untuk terus menyokong parti itu.
Katanya, apabila rakyat faham mengenai kedudukan sebenar, Umno akan menghadapi masalah pada
pilihan raya umum ke-13 untuk mengekalkan kuasa.
Ketika membahas usul ucapan dasar Presiden di Putik petang ini beliau berharap PAS terus
menggalas usaha untuk memasyarakatkan aktiviti bersama orang ramai.
"Tidak cukup untuk memberitahu rakyat perlu menolak Umno, tetapi hendaklah semua pihak dalam PAS terutama mereka yang menang dalam pilihan raya lalu hendaklah memasyarakatkan PAS, PAS
Untuk semua," katanya.
Beliau turut menekankan pentingnya konsep 'parti menerajui kerajaan' sebagaimana
dipertegaskan ketika pemerintahan Pakatan di Perak sebelum ini.
Pakatan Rakyat di Perak, menurut Khalil bermula dari Gagasan Rakyat yang diketuai bekas
pesuruhjaya, Ahmad Awang.

Beliau juga berkata, rampasan kuasa yang berlaku di Perak merupakan peristiwa yang sukar dilupakan rakyat di negara ini.

"Namun pengajaran dari rampasan kuasa itu membawa anjakan kepada rakyat memberi sokongan
kepada PAS dan Pakatan," katanya sambil menyifatkan kelainan sambutan terhadap muktamar kali ini.

Perwakilan Terengganu, Saiful Bahri Mohamad berkata, tema PAS Untuk Semua perlu diuar-uarkan
dengan seluas mungkin.
Ini kerana beliau yakin bahawa perjuangan atas nama Islam tidak pernah diragukan, bahkan
sejak 1959 hingga kini ahli dan pimpinan PAS beristiqamah dengan dasar perjuangan.

Ini berbeza dengan pemimpin Umno yang mengekalkan peraturan penjajah. Bahkan pada 1961, bekas Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman tidak mahu campur undang-undang Tuhan dengan undang-undang PAS bagi mengelakkan kononnya negara menjadi kacau bilau.
"Bagaimanapun, Umno pada PRU-12 lalu jelas menampilkan gelagat bagai 'harimau luka'
bertindak macam kehilangan panduan. Mereka mencalarkan imej negeri yang dikuasai Pakatan
bagi menaikkan imej Najib," katanya.

Justeru beliau mahu ahli dan pemimpin Pakatan menjauhi maksiat kerana ia menghalang kepada
kejayaan gerakan Islam. Dan dalam masa sama negeri dikuasai Pakatan hendaklah mempamerkan
imej yang baik

No comments:

Post a Comment

ampuni kami