Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Friday, June 18, 2010

AL FATIHAH buat Allahyarham Ustaz Hassan ra...


SUASANA PEKEBUMIAN UST HASSAN

UST HASSAN SHUKRI (RA) DALAM KENANGAN
KEHIDUPAN BELIAU ADALAH PERJUANGAN ISLAM BERSAMA PAS

Jenazah bekas timbalan presiden PAS, Hassan Shukri selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam, Taman Selaseh 2, Gombak di Kuala Lumpur pada jam 9.55 pagi.

Tanah perkuburan itu terletak kira-kira tiga kilomreter dari rumahnya di Taman Melewar.
Kira-kira 300 orang hadir ke tanah perkuburan ini termasuk beberapa pemimpin PAS, antara mereka Idris Ahmad, Mujahid Yusuf dan Hanipa Maidin.
Terdahulu, jenazah Allahyarham disembahyangkan di pekarangan Dewan Tarbiah PAS Pusat Taman Melewar dan diimamkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi.
Lebih 500 orang menunaikan solat jenazah bekas tokoh PAS itu.
Sebelum majlis solat jenazah bermula, Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang turut hadir kelihatan sebak dan mengalirkan air mata.
Ramai pemimpin PAS hadir termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom hadir pada majlis solat berkenaan.

Turut hadir ialah Tmbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa, ketiga-tiga naib presiden - Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahudin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar - serta beberapa ahli jawatankuasa PAS pusat seperti Dr Dzulkefly Ahmad dan Hashim Jasin.
Sementara itu, seorang jawatankuasa PAS pusat yang ditemui selepas pengebumian, Hanipa Maidin berkata kematian Hassan adalah kehilangan besar bagi PAS kerana allahyarham merupakan seorang tokoh yang berpengalaman serta berilmu.

"Beliau adalah orang parti yang istiqamah dengan perjuangan sehingga akhir hayat dia
"Saya banyak belajar tentang perlembagaan PAS dengan beliau,walaupun saya seorang peguam. Beliau tidak pernah lokek," kata Hanipa.
Katanya, Hassan adalah seorang yang sayang kepada parti dan sentiasa bersungguh-sungguh untuk memajukan parti.
Hassan meninggalkan isteri Hamidah Abdul Mutalib dan enam cahaya mata - lima perempuan dan seorang lelaki.
Sebelum menjadi timbalan Presiden PAS, Hassan pernah menjadi naib presiden dan juga setiausaha agung parti itu.
Beliau dianggap arkitek kepada Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar dan rumah beliau juga adalah bersebelahan dengan markas yang menjadi pejabat PAS sejak sekian lama sebelum berpindah ke Jalan Raja Laut

TN GURU NIK ABD AZIZ TAK DAPAT MENAHAN KESEDIHAN DENGAN PEMERGIAN SAHABAT SEPERJUANGAN BELIAU

No comments:

Post a Comment