Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Monday, October 12, 2009

AHLI AGAMA PERLU TERBUKA

NASIHAT BUAT DIRI, TEMAN , AHLI AGAMA
Jangan kita belajar agama kerana salahkan orang dan jangan kita rasa kita yang baik , yang lebih , yang alim , yang lebih betol .
Kita perlu terbuka dan perlu mendekati dan turun berdakwah .
Peranan ahli agama sangat penting dalam masyarakat , lebih2 lagi zaman sekarang . Ulama, tn guru , ustaz , kiai , habib , syeikh, baba dan lain2 gelaran kepada ahli agama tidak boleh berdiam dan menggunakan cara dakwah yang lama. Masyarakat sudah rosak , umat perlu pembimbing . Remaja, masyarakat tidak akan ke masjid , tidak akan ke surau , pondok , kuliah jadi kenalah cari jalan untuk dekatkan remaja dengan agama .
Jangan asyik menyalahkan mereka , ahli agama sepatutnya merendah diri turun dekati masyarakat .Sepatutnya kita menjiwai remaja dan masyarakat yang bermasalah . dekati mereka dan memahami masalah mereka bukan asyik menyalahi dan menuding jari .
Wajib bagi yang tahu menyampaikan, membetulkan bukan menyalahkan yang itu yang ini , keadan ini akan buat orang lebih jauh dari agama disebabkan kita . Kita perlu terbuka dan hikmah . Dakwah Rasulallah hikmah , hingga semua peringkat menerima dakwah murni Rasulallah SAW.

No comments:

Post a Comment