Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Thursday, March 19, 2015

DUN Kelantan lulus enakmen hudud tanpa bantahan

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob bersalaman dengan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga Adun Air Lanas selepas Dewan Undangan Negeri sebulat suara meluluskan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2005), pagi ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 19 Mac, 2015.Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob bersalaman dengan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga Adun Air Lanas selepas Dewan Undangan Negeri sebulat suara meluluskan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2005), pagi ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 19 Mac, 2015.

















Kerajaan negeri Kelantan berjaya melakukan pindaan terhadap Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) hari ini selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di negeri itu sebulat suara menyokong usul pindaan berkenaan.

Usul pindaan enakmen berkenaan yang dibacakan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob semalam mendapat sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelantan melalui undian suara yang tiada menyatakan bantahan terhadap enakmen berkenaan.
Ahmad semasa menggulung perbahasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini berkata, pelaksanaan hukum syariah di Kelantan akan dilaksanakan secara berperingkat bagi memberi kefahaman rakyat mengenai pelaksanaan hudud di Kelantan.  
“Kita masih di peruntukan lama RM1 juta untuk prasarana dan pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II pindaan 2015. InsyaAllah tidak cukup kita tambah,” katanya ketika menggulung perbahasan enakmen itu di DUN Kelantan hari ini.
Enakmen yang mencetuskan kontroversi itu hari ini diluluskan sebulat suara selepas kesemua 44 orang Adun menyokong pindaan itu selepas ia dibahaskan 4 ahli Dewan.
Enakmen yang diluluskan hari ini akan dibawa ke Parlimen secara rang undang-undang persendirian oleh ahli Parlimen PAS mengusulkan pindaan kepada Akta 355.
Adun tunggal PKR di DUN Kelantan Ruslan Puteh hari ini turut sama dilihat menyokong pindaan enakmen berkenaan selepas tidak membantah ketika diberi peluang oleh speaker.
Tindakan Adun Guchil itu dilihat membelakangi arahan PKR yang memintanya tidak hadir ke DUN dan tidak mengambil bahagian dalam perbahasan dan pengundian enakmen berkenaan.
The Malaysian Insider hari ini melaporkan PAS Kelantan percaya mereka mempunyai cukup sokongan di Parlimen dan hanya memerlukan majoriti mudah untuk melaksanakan hudud di negeri berkenaan dengan meminda akta berhubung mahkamah syariah dan bukannya Perlembagaan Persekutuan, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Rancangan meminda Akta 355 (Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 dengan membentangkan undang-undang persendirian hanya memerlukan sokongan 112 undi daripada 222 ahli Parlimen, mengetepikan cakap-cakap sebelum ini PAS tidak mempunyai cukup sokongan untuk melaksanakan hudud kerana perlu meminda Perlembagaan.
Meminda Akta Mahkamah Syariah atau Akta 355 juga tidak seharusnya mendatangkan masalah selepas Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (2015) diluluskan hari ini, kata Amar. – 19 Mac, 2014.

No comments:

Post a Comment

ampuni kami