Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Saturday, January 4, 2014

Pengajaran kepada pemuda yang hendak berjuang Islam pastikan mendalami ilmu agama yang sahih - jangan jadi macam ni ...

BENZ ALI Wajib bertaubat dan tarik balik segala perkataan yang bertentangan dengan ISLAM!
Wajib bertaubat segera dan kembali kepada aqidah yang benar .

BEDAH BUKU 5: Teologi Kiri - Landasan Gerakan membela Kaum Mustad'afin


BENZ ALI inilah fb beliau : https://www.facebook.com/ilazneb?fref=ts
Rakaman asal petikan ucapan beliau yang banyak bertentangan dengan ISLAM : https://www.youtube.com/watch?v=nWRxrHoGLrc

Saya ( Helmi Assyafie ) rasa terpanggil untuk komen isu ini sebab ia merupakan satu pengajaran besar bagi pemuda masa kini .
BENZ ALI saya anggap nasihat ini sebagai nasihat abang kepada seorang adik dan nasihat kepada pemuda-pemuda yang bukan aliran pengajian agama .

Perkataan BENZ ALI banyak yang tidak bertepatan dengan nilai - nilai ajaran Islam yang sebenarnya . Pemikiran yang tidak bersih dari fahaman yang tidak tepat seperti ajaran Rasulullah .

Saya amat sedih melihat rakaman ini dan lebih menyedihkan ramai yang ketawa melambangkan ramai rakan-rakan beliau yang jahil tidak memahami ajaran yang sebenarnya .

Kini sausana di Kampus di pusat-pusat pengajian tinggi yang bukan aliran agama kebanyakan mereka rasa mereka berjuang untuk Islam dan ingin membela Islam - ya itu saya setuju , tetapi yang saya tidak setuju mereka tidak mendalami agama cara yang betul , minat dan semangat itu amat dipuji tetapi tanpa ilmu ini yang kita tidak setuju . Apabila pemuda-pemuda tidak tahu membeza yang mana yang sahih dan mana yang batil inilah jadinya , fikiran yang bercampur dengan pelbagai maklumat yang tiadak ada penapisan maka ia akan menjadi keliru dan sangat bahaya dari segi aqidah .

Dalam hal ini BENZ ALI sangat -sangat bahaya aqidahnya . Saya harap BENZ ALI berlapang dada dan menerima teguran ini , dam diharapkan beliau sudi untuk bertemu saya atau ada pihak pertemukan saya dengan beliau untuk sama-sama membahas bagi tujuaan pembersihan dan pemurnian aqidah . Saya amat risau fahaman ini akan menebal didalam hati beliau dan akan mempengaruhi rakan-rakan beliau .

Nasihat saya kepa pemuda pemudi yang lain juga , Wajib kita berjuang untuk ISLAM tetapi Wajib juga kita mendalami ilmu agama , mantapkan aqidah kita dan fahami Islam dengang sahih . Ramai rakan kampus yang hanya semangat untuk berjuang Islam dalam masa yang sama mereka meninggalkan kewajiban utama iaitu mendalami ilmu agama agar Imam dan Islam kita mantap dan berpegang dengan ajaran Islam yang betul.
Tetapi bukan semua saya maksudkan , yang berjuang dan dan mendalami ilmu agama ALHAMDULILLAH teruskan istiqamah dan yang belum selesaikan , sila ubah sebab belum terlambat untuk baiki.

Dalam hal ini , saya melihat BENZ ALI hanya merujuk bacaan dari buku-buku dan dari internt . Tanpa asa pengajian agama yang mantap maka ia akan menjadi keliru apabila berhadapan dengan pelbagai aliran dan isu menyebabkan penerimaan tanpa tapisan ilmu akan membuat keliru dan lebih keliru dan lebih parah boleh membawa kepada rosak aqidah dari pemahaman yang tidak selari dengan agama .
Kita perlu mendalami ilmu dari guru yang mentarbiah kita dan lebih penting kita perlu ada guru murabbi dan mursyid yang memimpin kita kearah yang betul . Bukan hawa nafsu yang menjadi guru kita hingga berani cakap apa sahaja . 

3 comments:

  1. terbaik! sy hrp ustaz boleh memberikan kesedaran kpd saudara kita Benz Ali..bimbang dia akn hnyut lbih jauh dan mnyesatkn orang lain..ape yg sy prhatikan, dia hnya berfkir scra logik akal smata2..mohon ustaz mmberikn dia pnjelasan mengenai perbezaan nas-nas Al-Quran dan pendapat tokoh..terima kasih ats ilmu yg dikongsikan
    “Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu” - Imam Syafie.

    ReplyDelete
  2. Harap perincikan di mana yang dikatakan silap supaya para pembaca dapat pencerahan. Komen umum dan menghentam akan menarik minat pembaca bersimpati dan percaya apa yang dikatakan budak ni. Berilah hujah hujah yang kukuh dan logik.

    ReplyDelete

ampuni kami