Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Friday, January 10, 2014

Majlis Perasmian MUAS - (Majlis Ummah Ahli Sunnah) pada 8 Rabiul Awal 1435 / 10.1.2013



USTAZ AMINUDDIN BIN ABD RAHIM 
DINOBATKAN SEBAGAI PENGERUSI MUAS
-MAJLIS UMMAH AHLI SUNNAH 

(DATO PADUKA MUFTI NEGERI KEDAH MEMAKAIKAN MISLAH KEPADA USTAZ AMINUDDIN SEBAGAI PERLANTIKAN PENGERUSI MUAS )






PERASMIAN MUAS PADA:
HARI JUMAAT
8 RABIUL AWAL 1435H
BERSAMAAN 10 JANUARI 2014M

DISEMPURNAKAN OLEH:
DATO’ PADUKA SYEIKH MUHAMAD BADERUDDIN HJ. AHMAD
DAN
TUAN GURU HJ. SALLEH BIN MUSA
DI SURAU PERWAJA GURUN



Majlis Ummah Ahli Sunnah (MUAS) ditubuhkan atas asas taqwa dan kecintaan kepada Rasulullah saw dan perjuangan Baginda.
MUAS dicetuskan setelah majlis muwassolah Baina Ulama Muslimin pimpinan Habib Omar Al Hafidz, Yaman pada 5 disember 2013.
Memikirkan perjuangan dan kepentingan dakwah ahli sunnah maka tertubuhlah MUAS pada 16.12.2013 majlis bersama Habib Abdullah Al Attas, Yaman.
MUAS adalah kesatuan antara ulama muktabar dan ilmuan Islam yang cintakan perjuangan ahli sunnah.
MUAS mencantumkan antara dakwah tuan-tuan guru pondok atau ulama thurath dengan dakwah para habaib untuk memastikan dakwah akan bergerak laju dan berkesan.
MUAS bertanggungjawab memelihara kesatuan Ahli Sunnah dan memperjuangkan agar diterima masyarakat sepanjag zaman.
MUAS akan bersuara dan bertindak mengikut landasan undang-undang kepada mereka yang membangkitkan isu menyentuh Ahli Sunnah maka MUAS tidak akan berdiam.
Di atas gabungan ulama-ulama muktabar dan Ilmuan Islam, MUAS akan bertindak secara professional mnyelesaikan masalah ummah.
MUAS juga akan berusaha sedaya upaya mempertahankan kitab-kitab dan imam-imam muktabaryang terdahulu dan menerima ilmu muasoroh. Apabila menggabungkan dua bahan penting  ini insyaa Allah MUAS akan lebih mantap dan kuat mempertahakan Ahli Sunnah.
MUAS digerakkan dengan gabungan para alim ulama dan nadi ulama MUAS adalah Persatuan Pelajar Pondok Tauhid Kedah yang bertanggungjawab menggerak kerja untuk menghimpunkan ulama-ulama dengan MUAS.

ORGANISASI MUAS:
                Penaung              : Tuan Guru Haji Mad Rejab bin Mad Akhir
                Penasihat            : 1) Dato’ Paduka Syeikh Muhamad Baderuddin Hj. Ahmad.
  2) Tuan Guru Haji Salleh Bin Musa.
                Pengerusi MUAS              : Ustaz Aminuddin Abdul Rahim.
                Timb. Pengerusi                               :Ustaz Nasir bin Haji Abdul Ghani
                Setiusaha                            : Muhammad Fazilul Helmi bin Raidzan
                Bendahari                           : Muhammad Amin bin Ismail


AJK AKAN DIKEMASKINI SEMULA SETELAH MESYUARAT AGONG MUAS YANG AKAN BERLANGSUNG TIDAK LAMA LAGI DI PONDOK PENAUNG MUAS - TUAN GURU HJ MAD REJAB MD AKHIR 












No comments:

Post a Comment