Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Showing posts with label MUAS. Show all posts
Showing posts with label MUAS. Show all posts

Monday, February 17, 2014

Habib Alwee Assegaf - kenangan dakwah di Kedah 16 Feb 2014 - Majlis Ummah Ahli Sunnah ( MUAS )

Kenangan majlis bersama Al habib Alwee bin Muhamad Assegaf di Kedah . Insya Allah habib pertama kali datang Kedah dan beliau akan datang semula bulan april katanya. Perkongsian ini bukan ana taksub tetapi sedikit perkongsian selama sehari bersama habib yg mana ini Allah memperzahirkan kekuasaan Nya . Habib merupakan Khasyaf . Allah bukankan banyak perkara ghaib kepada beliau . Semalam sewaktu berkelah santai santai ada kawan ibu saya bertemu habib terus habib kata " kamu ada penyakit dalam perut bukan (kan) maka perempuan itu terus menangis kerana beliau telah merasiakan perkara ini dari diketahui suami beliau sejak dari 2004 dan habib pesan kepada saya jaga perempuan ini dia mulia Allah buat semua pasti ada hikmah dan hikmah hari ini semua orang tahu perempuan ini adalah solehah dan memerlukan perhatian kamu semua (ibu dan keluarga saya ) .

Perkara ke dua semasa kami atas kereta menuju ke masjid tandop saya dibelakang, habib di hadapan sedang berborak dan saya dan 2 sahabat di belakang maka habib terus panggil nama saya " ust helmi ! jangan fikir banyak ,hidup mau senang ( tenang )" saya teperanjat sebab memang saya tengah fikir soal majlis di tandop

. Perkara ke 3 dan ke 4 semasa lepas makan malam ada sahabat dari maktab mahmud dan darul hadis temani kami dan bertemu habib makan, habib terus cakap kpd salah seorang " kamu semalam telah berpisah dengan kekasih perempuan kamu , kamu tinggalkan dia sebab tak sesuai dengan kamu " dan sahabat yang ke 2 habib berkata " ibu kamu sedang sakit kaki bagi beliau makan garam ya " ALLAH ALLAH ....Allah memperzahirkan kekuasan beliau dengan melihat sendiri Allah membuka perkara ghaib sebagai tanda kekuasan Allah. Saya dan teman yang mengikuti habib semalam rasa amat amat risau dan badan sentiasa peluh hati sentiasa berdebar . Moga Allah rahmati habib Alwee dan moga habib Alwe datang kedah lagi .pembetulan habib Alwee ialah cucu saudara kepada Habib abdul Qadir Jeddah wali Qutub









Tuesday, January 21, 2014

Ijtimak Ulama Nusantara di Kelantan

Ijtimak Ulama Nusantara di Kelantan 
19.1.2014







wakil Majlis Ummah Ahli Sunnah ( MUAS) - Ustaz Aminuddin Abd Rahim pengerusi MUAS, Ust Md Rejab Penaung MUAS di Ijtima Ulama Nusantara 19.1.2014




Friday, January 10, 2014

Majlis Perasmian MUAS - (Majlis Ummah Ahli Sunnah) pada 8 Rabiul Awal 1435 / 10.1.2013



USTAZ AMINUDDIN BIN ABD RAHIM 
DINOBATKAN SEBAGAI PENGERUSI MUAS
-MAJLIS UMMAH AHLI SUNNAH 

(DATO PADUKA MUFTI NEGERI KEDAH MEMAKAIKAN MISLAH KEPADA USTAZ AMINUDDIN SEBAGAI PERLANTIKAN PENGERUSI MUAS )






PERASMIAN MUAS PADA:
HARI JUMAAT
8 RABIUL AWAL 1435H
BERSAMAAN 10 JANUARI 2014M

DISEMPURNAKAN OLEH:
DATO’ PADUKA SYEIKH MUHAMAD BADERUDDIN HJ. AHMAD
DAN
TUAN GURU HJ. SALLEH BIN MUSA
DI SURAU PERWAJA GURUN



Majlis Ummah Ahli Sunnah (MUAS) ditubuhkan atas asas taqwa dan kecintaan kepada Rasulullah saw dan perjuangan Baginda.
MUAS dicetuskan setelah majlis muwassolah Baina Ulama Muslimin pimpinan Habib Omar Al Hafidz, Yaman pada 5 disember 2013.
Memikirkan perjuangan dan kepentingan dakwah ahli sunnah maka tertubuhlah MUAS pada 16.12.2013 majlis bersama Habib Abdullah Al Attas, Yaman.
MUAS adalah kesatuan antara ulama muktabar dan ilmuan Islam yang cintakan perjuangan ahli sunnah.
MUAS mencantumkan antara dakwah tuan-tuan guru pondok atau ulama thurath dengan dakwah para habaib untuk memastikan dakwah akan bergerak laju dan berkesan.
MUAS bertanggungjawab memelihara kesatuan Ahli Sunnah dan memperjuangkan agar diterima masyarakat sepanjag zaman.
MUAS akan bersuara dan bertindak mengikut landasan undang-undang kepada mereka yang membangkitkan isu menyentuh Ahli Sunnah maka MUAS tidak akan berdiam.
Di atas gabungan ulama-ulama muktabar dan Ilmuan Islam, MUAS akan bertindak secara professional mnyelesaikan masalah ummah.
MUAS juga akan berusaha sedaya upaya mempertahankan kitab-kitab dan imam-imam muktabaryang terdahulu dan menerima ilmu muasoroh. Apabila menggabungkan dua bahan penting  ini insyaa Allah MUAS akan lebih mantap dan kuat mempertahakan Ahli Sunnah.
MUAS digerakkan dengan gabungan para alim ulama dan nadi ulama MUAS adalah Persatuan Pelajar Pondok Tauhid Kedah yang bertanggungjawab menggerak kerja untuk menghimpunkan ulama-ulama dengan MUAS.

ORGANISASI MUAS:
                Penaung              : Tuan Guru Haji Mad Rejab bin Mad Akhir
                Penasihat            : 1) Dato’ Paduka Syeikh Muhamad Baderuddin Hj. Ahmad.
  2) Tuan Guru Haji Salleh Bin Musa.
                Pengerusi MUAS              : Ustaz Aminuddin Abdul Rahim.
                Timb. Pengerusi                               :Ustaz Nasir bin Haji Abdul Ghani
                Setiusaha                            : Muhammad Fazilul Helmi bin Raidzan
                Bendahari                           : Muhammad Amin bin Ismail


AJK AKAN DIKEMASKINI SEMULA SETELAH MESYUARAT AGONG MUAS YANG AKAN BERLANGSUNG TIDAK LAMA LAGI DI PONDOK PENAUNG MUAS - TUAN GURU HJ MAD REJAB MD AKHIR 












ampuni kami