Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Wednesday, September 12, 2012

UMAT ISLAM WAJIB CAKNA, TRAILER HINA NABI WAJIB DIBANTAH !


KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
UMAT ISLAM WAJIB CAKNA, TRAILER HINA NABI WAJIB DIBANTAH !
24 Syawal 1433 bersamaan 12 September 2012
Hari ini kita dikejutkan lagi dengan satu trailer pendek oleh musuh-musuh Islam yang menghina batang tubuh mulia Baginda shallallhu ‘alaihi wasallam. Trailer ini telah dimuat naik di dalam laman youtube pada 2 Julai 2012 yang lalu.
Selaku seorang muslim, isi kandungan yang dipaparkan di dalam video yang berdurasi 14 minit ini hanya mendatangkan kemarahan di dalam diri umat Islam. Video ini telah menghina Baginda Nabi shallahu ‘alaihi wasallam dengan perwatakan sebagai seorang lelaki yang ‘gila perempuan’.
Bukan itu sahaja, bahkan individu yang terlibat dalam menghasilkan video ini turut menghina al-Quran dan para sahabat radhiyallahu ‘anhu ajma’in. Antara skrip yang digunakan di dalam video ini adalah ;
“My age has exceeded 120 years and the all my young life, I have not seen such a murderers against Muhammad.He kills men, captures women and children…”
Kemudiannya wanita tua itu diseksa dengan cara yang sungguh mengaibkan dan sangat bertentangan dengan syariat Islam dan juga peribadi Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam.
Dewan Pemuda PAS Malaysia membantah paparan video seperti ini yang menyentuh sensitiviti umat Islam. Bagi Pemuda PAS Malaysia, sebagai umat Islam kita wajib cakna dan rasa marah dengan isu yang dipermainkan oleh pihak-pihak tertentu ini.
“Times of Israel” melaporkan filem ini merupakan kempen daripada pelampau anti-Muslim Egyptian Christian di United States. Filem yang melabel Baginda shallallahu ‘alaihi wasallam sebagai ‘fraud, a womanizer and a madman’ ini telah mencetuskan kemarahan umat Islam di beberapa negara timur tengah seperti Mesir dan Libya. Menurut mereka, seorang rakyat Amerika telah ditembak mati sebagai tanda tidak puas hati mereka. Penunjuk perasaan juga bertindak membakar Konsulat AS di Beghazi dan Cairo. Bukan itu sahaja, penunjuk perasaan turut memanjat dinding-dinding kedutaan US dan menggantikan bendera AS dan bendera-bendera Islam.
Filem ini telah dihasilkan sepenuhnya oleh Sam Bacile dengan paparan Islam sebagai agama kebencian. Menurutnya dia mendapat suntikan dana sebanyak $5 juta daripada 100 penderma Yahudi.
Semalam, rakyat Mesir dilaporkan telah mengadakan perarakan beramai-ramai ke kedutaan US di Kaherah dengan laungan “Say it don’t fear. Their ambassador must leave”.
Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta agar Kedutaan Amerika Syarikat menyelesaikan isu ini dengan segera. Jelas penerbit filem tersebut dilaporkan menggunakan filem ini untuk kempennya di sana. Dewan Pemuda PAS Malaysia juga mendesak kerajaan Malaysia yang kononnya mempunyai hubungan baik dengan kerajaan Amerika Syarikat untuk segera mengambil tindakan agar pihak kerajaan Amerika Syarikat dapat menyelesaikan isu filem yang mencetuskan kemarahan umat Islam sedunia.
Justeru Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta Pemuda PAS di peringkat negeri-negeri untuk mengadakan satu himpunan aman di peringkat negeri masing-masing untuk menyatakan secara terang-terang bahawa umat Islam di Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya penerbitan video seperti ini. Pemuda PAS setiap negeri diminta untuk mengadakan himpunan aman tersebut pada Jumaat ini.
Dewan Pemuda PAS Malaysia berharap agar setiap pelusuk tanah air umat Islam di Malaysia dapat turun untuk meramaikan himpunan ini.

No comments:

Post a Comment

ampuni kami