Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Friday, September 21, 2012

Demo Bantah Filem 'Innocence of Muslims'- TN GURU HJ SALLEH MUSA ,SIK ,KEDAH



DEMO BANTAH FILEM
INNOCENCE OF MUSLIM
DI MADRASAH AR RAHMANAIAH PONDOK TN GURU HJ SALLEH MUSA SIK KEDAH
JUMAAT 9 PAGI 21.9.2012
Tuan Guru bersama YB Cikgu Uda ahli parlimen Sik, YB Dato Yahya Abdullah ahli dewan undangan Negeri DUN Jeneri , Tn Syeikh Muslim Hj Salleh selaku pengerusi Madrasah Ar Rahmaniah , Tuan Iman Masjid Daerah Sik Ust Ahmad , Ust Azmi Tn Imam Masjid Chemara dan ramai pimpinan kawasan berkumpul di dataran Madrasah Ar Rahmanaiah atas satu matlamat cinta Rasulullah .
Tema yang kami bawa adalah " LABAIKA YA RASULULLAH" dan " JANGAN HINA NABI KAMI"
Ucap tama dari YB Parlimen Sik , Syeikh Muslim dan Tn Guru Hj Salleh Musa .
Majlis semalam turut membakar gambar penganjur dan pelakon filem Innocence of Muslims tanda protes .
Semalam Pemuda PAS Pusat menganjurkan demo di ibu negara , ramai pelajar Madrasah Ar Rahmaniah tidak dapat sertai perhimpunan di Ibu Negara disebabkan bertembung dengan kuliah umum hari jummat pondok baru dibuka dan kebetulan Tn Guru Hj Salleh mearahkan AJK Madrasah supaya menganjurkan demo bantahan ini pada minggu ini juga .

Tn Guru Hj Salleh Musa dalam ucapan semalam menyeru seluruh ummat bangkit menentang kemungkaran dan menentang penghinaan keatas Baginda Rasulullah SAW
Sausana demo di Madrasah Ar Rahmaniah pagi semalam bergema dengan laungan " HIDUP ISLAM , HANCUR KUFAR , TAKBIR ALLAHUAKBAR "
Tn Guru Hj Salleh Musa gembira dengan anjuran Pemuda PAS Pusat menganjurkan Demo di Kedutaan Amarika selepas solat jumaat dalam ucapan beliau , beliau memuji usha pemuda PAS Pusat dan beliau tidak setuju demo tersebut digabungkan dengan UMNO . Kata beliau biar PAS buat demo asing jangan campur dengan orang lain (UMNO) .

Tn Guru Hj Salleh Musa dalam ucapannya semalam menyatakan hukum wajib membela dan mempertahankan Islam dan Rasulullah SAW .
Tn Guru juga memuji Dr Morsi Presiden Mesir yang tegas dengan isu berkaitan Islam dan beliau berdoa agar Dr Morsi panjang umur dan telah diaminkan oleh ribuan murid beliau dimajlis demo semalam .

Tn  Guru Hj Salleh Musa berpesan lagi jika ada apa isu berkaitan ISLAM kita semua perlu peka dan ambil berat , kita perlu mendahului bangkit ,ini sifat orang beriman jangan jadi seperti sifat orang munafiq yang bermuka-muka dengan ISLAM .

Tn Guru Hj Salleh Musa berusia 84 tahun tetapi sangat semangat , setelah pimpin kuliah umum hari jumaat menyampaikan tarbiah kepada ribuan para pelajar yang ketagihian ilmu dan rindukan kuliah beliau setelah hampir sebulan lebih Tn Guru cuti raya semalam 21.9.2012 kuliah pertama setelah cuti , walaupun baru minggu ini dibuka kehadiran sangat memuaskan dengan kehadiran ribuan orang hadir , setelah menyampaikan kuliah Tn Guru dengan ucapan yang lantang memberi semangat kepada peserta demo semalam dan beliau sendiri yang membakar dan meludah gambar penganjur dan pelakon filem Innocence Of Muslims

Hari ini 22.9.2012 Tn Guru Hj Salleh Musa menyatakan perasaan amat gembira dengan tindakkan Tn Guru Nik Aziz yang menjayakan Majlis Demo bantahan di dataran ilmu Kota Bahru sempena kuliah mingguan YAB MB Kelantan .
Selain itu Tn Guru Hj Salleh Musa amat berbangga dengan usha Pemuda PAS Pusat yang menganjurkan perhimpunan di ibu negara tetapi ada sedikit perkara yang tidak enak dilihat apabila ada potret Pemimpin syiah dalam perhimpunan tersebut tetapi Alhamdulillah dengan kepekaan Unit amal dapat kawal keadaan dan berjaya menurunkan potret pemimpin syiah tersebut

No comments:

Post a Comment

ampuni kami