Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Sunday, September 12, 2010

TAKBIR!!! Alhamdulillah . Kelantan sekarang dipimpin Raja Soleh dan Ulama

Tengku Faris dimasyhurkan sultan hari ini

KOTA BHARU, 13 Sept: Blog separa rasmi istana Kelantan, The Kelantan Insider, mengesahkan Tengku Muhammad Faris Petra akan dimasyhurkan tetapi bukan ditabalkan sebagai Sultan Kelantan yang baru hari ini.
Menurut posting terbarunya malam tadi, pemasyuran itu akan diadakan hari ini manakala pada jam 2 petang ini satu sidang media khas akan diadakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Aiseri Alias.

"Perincian mengenai kesemua perkara ini dijangka akan dijelaskan oleh Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Dato’ Mohd Aiseri Alias, di dalam satu sidang media yang dijangka akan diadakan di Istana Negeri, Kubang Kerian, pada jam 2 petang hari yang sama," kata posting itu.

"Dengan izin Allah, Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra, dijangka akan dimasyhurkan (tetapi bukan ditabalkan) sebagai Sultan Kelantan yang baru pada hari Isnin 13 September 2010 Masihi bersamaan dengan 4 Syawal 1431 Hijrah

Rumah tebuka ikut syara'. Ikuti panduan untuk buat rumah tebuka supaya dapat pahala .


Salam Syawal . Alhamdulillah kita masih dapat menyambut hari kemenangan melawan nafsu yang mana kita telah berjaya mentarbiah nafsu di Madrasah Ramadan .Tapi jangan hanya dibulan Ramadan sahaja . Sewajar kita kekalkan diri kita sebagai hamba Allah sepanjang masa . Biarlah setiap masa kita dalam Madrasah Tarbiah Iman bukan sahaja hanya dibulan Ramadan tetapi biar bekekalan sepanjang masa .

Saya rasa sedih dengan masyarakat kita yang menyambut syawal dengan berlebih-lebihan hingga langar batasan syara . Banyak benda haram dilakukan  . Andai buat kemurkaan Allah , mana munggkin keberkatan dan rahmat Allah akan turun . Ramai orang yang tidak solat kerana terlalu sebok melayan tetamu , ramai yang pakai pakaian yang tidak halal disisi agama . Pakaian wanita yang terlalu ketat , tidak tutup aurat .

Biaralah sambutan dengan sausana yang penuh keberkatan . Andai kita ikut aturan dan batasan hukum Allah , Insyallah pasti berkat . Jamuan yang kita sediakan semuanya dapat kebajikan , penat letih menyediakan jamuan dapat pahala , semua dapat pahala andai kita ikut hukum Allah . Andai tidak, maka yang kita dapat semuanya adalah penat letih semata-mata yang tidak mendatangakan menafaat di Akirat .

Paling utama pastikan niat kita buat rumah tebuka kerana Allah , semata-mata nak meraikan hari kemenangan .Syarat kerana Allah! .Selain itu nak buat kebajikan dengan cara membuat jamuan supaya eratkan silatulrahim, yang mana ini adalah sunnah Rasul SAW

Pisahkan anatara muslimin dan muslimat andai majlis itu umum , andai majlis untuk keluarga terdekat lihat pada keadaan .

Pastikan jangan ketinggalan menjemput orang-orang soleh , Ulama, keluarga terdekat dan begitu juga jiran-jiran yang paling hampir . Andai menjemput anak yatim utamakan mereka .

Pastikan majlis itu tidak ada perkara yang haram seperti hiburan yang diharamkan agama . Andai nak majlis itu beseri pasang ayat quran dari qari yang ternama seperti Syeikh Masyari , Syeikh Saad Said , Syeikh Jibril dan lain lagi , atau majlis umum pasang nasyid yang halal disisi agama dan juga nasyid  menyentuh hati serta membentuk sausana

Pastikan jangan ada perkara yang haram dalam majlis itu seperti bersalaman antara lelaki dan perempuan yang halal kita nikah

Wednesday, September 8, 2010

takbir raya masjidil haram

TAKBIR HARI RAYA dan UCAPAN RAYA 1431H



Salam Syawal . Selamat Hari Raya Aidil Fitri diucapkan .
Saya Al Fakir Muhammad Helmi( Muhammad Fazilul Helmi Bin Raidzan)  ingin mengambil kesempatan ini
mengucapkan Selamat Hari Raya Kepada Tuan-tuan Guru saya yang berada di Pondok Sik Kedah , Pondok Dala Fatani , Syeikh Nuruddin Al Banjari yang kini berada di Mesir , Seluruh alim ulama , keluarga tercinta , sahabat-sahabat pondok , sahabat-sahabat pengikut setia http://pondoktauhid.blogspot.com/ ,
 Dikesempatan ini juga saya yang banyak buat dosa ini , memohon maaf atas segala kesalahan zohir dan batin sama ada kesalahan itu sengaja atau tidak sengaja .

Saya menasihati diri saya yang penuh hina dan saya menyeru saudara-saudara yang mengenali saya agar kita janga lupa diri , kita mesti sentiasa ingat kita hamba Allah .Seluruh kehidupan kita mesti berpaksikan hukum hakam syariat Allah .
Dimana bumi kita pijak disitu tempat kita mesti abdikan diri kepada Allah . Seluruh kehidupan gerak geri , dimana sahaja , diwaktu mana sekalipun kita mesti ikut hukumhakam agama Halal , haram , wajib , sunat , harus makruh dan meninggal segala yang diharam . Pelihara hati kita dengan keimana yang mantap , pelihara hati dari sifat2 yang diharamkan Allah . Seluruh kehidupan mesti berlandas syariat !


Menyambut Syawal
Biarlah dengan sausana penuh kesyukuran terhadap Allah kerana Allah telah memberi kejayaan kepada kita BERJIHAD MELAWAN NAFSU DI BULAN RAMADAN , kita perlu syukuri nikmat Aidil Fitri dengan menyambutnya dalam sausana mengikut perintah agama . Buat yang diwajibkan tingal yang Allah haramkan .
Sambut dalam sausana sederhana jangan membazir , Ingat golongan yatim , golongan miskin janag abaikan mereka .
Selain itu sentiasa basahi lidah kita dengan tahmid, takbir memuji Allah . Takbir raya bagi Aidil Fitri hanyalah sehari jangan leka, pastikan kita sempat betakbir !


Ziarahlah ulama kerana Rasulullah bersabda "ulama pewaris ambia" , ulama yang beramal dengan ilmu perlu kita dekati kerana hubungan roh kita dengan roh-roh ulama sangat dituntut kerana memberi asbab kepada kita dapat menjaga diri kita dan untuk  membiana sausana berjinak-jinak dengan agama kita mesti dampingi ulama . Selain itu asbab kepada dapat kita rasai kemanisan Iman , Ilmu dan amal yang kita laksanakan . Dikesempatan ini sangat-sangat sesuai untuk kita dekati ulama atau guru-guru kita lebih-lebih lagi murobbi yang memimpin Aqidah kita .
Selain itu hubungan kita dengan ibu , bapa kalau masih ada ibu bapa maka mohon maaf dengan mereka .
Kalau mereka sudah tiada ziarah makam atau pusara mereka dan sedekah bacaan dan doa pada mereka , selain itu beri sedekah niat pahala untuk mereka yang telah tiada keara HADITH RASULULLAH " Apabila mati umat ku terputus amalannya kecuali 3 , pertama sedekah jariah dengan maksud si mati itu semasa hidup sentiasa sedekah dijalan Allah  , ke 2 ilmu agama yang menafaat dengan maksud semasa hidup si mati itu sentiasa dakwah orang dan menyebarkan ilmu agama , ke 3 anak yang soleh yang sentiasa berdoa
dan buat kebajikan untuk ibu bapanya .

Di Ambang Syawal ini kita jangan lupa tarbiah kita melawan nafsu di bulan Ramadan Mubarak . Kita usha dan berdoa agar Allah kekal dan tambahkan taufiq kepada kita .
Mudahan kita dapat amalkan SUNNAH RASULULLAH SAW dalam menyambut Syawal kali ini , Insyallah Syawal kita akan lebih diberkati dalam sausana berkat dan dapat rasai KEMANISAN HIDUP
BERSYARIAT !

Akhir kalam dari Al Fakir Helmi
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN , SAMA KITA BERDOA AGAR KITA TERGOLONG DISISI ORANG YANG TELAH BERJAYA DISISI ALLAH DARI KALANGAN ANBIA , ULAMA , SYUHADA , SOLEHIN AMIN...

SELAMAT HARI RAYA - RABBANI





minal aidin wal faizin

Umat Islam sambut Aidilfitri Jumaat ini

Umat Islam sambut Aidilfitri Jumaat ini
ampuni kami