Followers

HIMPUNAN ULAMA THURATH SIRI 3

Friday, July 6, 2012

Tuan Guru Hj Salleh ketuai ucapan Tahniah kepada Dr Morsi Presiden Mesir

الآلاف من طلاب الجامعات ع الرحمانية، سيك تهنئة ماليزيا ولاية كيدا الدكتور مرسي الرئيس محمد مصر
ribuan pelajar madrasah ar rahmaniah , sik kedah malaysia ucap tahniah kepada Dr mohamed Morsi presiden mesir

Ribuan pelajar Tn Guru Hj Salleh Musa berhimpun hari ini 6.7.2012 Jumaat 8 pagi bagi mengucapkan Tahniah kepada Dr Morsi Calon Ikhwan Muslimin Mesir yang berjaya menjadi Presiden Mesir .
Majlis turut disertai YB  Dato Saifuddin Nasution Setiausaha Umum Keadilan Rakyat dan YB Cikgu Che Uda Che Nik

Tuan Guru Hj Salleh Musa Rasmi bendera PAS Sik bersama YB Saifuddin Nasution , YB Che Uda , YB Wahid Endot dan YB Dr Hayati 5.7.2012

 Tn Guru Hj Salleh Musa , Yb Saifuddin Nasution , Yb Wahid Endot , Yb Dr Hayati rasmi bendera PAS Sik Kedah semalam 5.7.2012

LIHAT VEDIO SEJARAH INI !!!

Wednesday, July 4, 2012

Ingat Allah dan Rasulullah dimalam Nisfu Syaaban malam ini 4.7.2012 . Qasidah pilihan untuk malam ini

SALAM NISFU SYAABAN , satu penghayatan buat kita semua agar kita kembali menghayati ISLAM dalam kehidupan kita bersama


Salam Nisfu Syaaban , saya ucapkan kepada pengikut setia blog Cahaya Kehidupan Tauhid ini .
Saya menyeru kepada diri saya sendiri dan kepada seluruh saudara pengikut blog ini agar kita berdoa dimalam yang penuh berkat ini . Doa agar kita 1. Diampunkan segala dosa kita 2. Panjang umur dalam ketaatan serta dijauhkan dari bala 3. Dimurahkan rezeki yang halal kepada kita semua .

Saudara jadikanlah malam ini sebagai malam yang istimewa buat kita , jadikan malam ini muhasabah bagi kita .Marilah kita taubat kepada Allah dengan ikhlas , tangisi segala dosa kita yang telah lalu. Azam agar kita tidak lagi mengulangi dosa terdahulu . Jadikan malam ini sebagai malam penghayatan ISLAM untuk kita .

Bermula dari malam ini marilah kita menghayati kehidupan ISLAM dengan mempelajari ilmu agama dan mengamalkannya dengan ikhlas .
Moga malam ini bertambah mantap iman kita dan moga kita sama-sama dapat taufiq dalam mengamalkan penghayatan ISLAM dalam kehidupan harian kita . Marilah kita semua kembali kepada Allah

Kita banyak lalai , marilah kita perbetulakn kehidupan kita , niat kita . Mulai malam ini tinggalkanlah amalan sia-sia . Gunakan segala nikmat dengan sebaiknya . Gunakan Internet sebagai medan untuk kita mengutip mutiara menafaat , tambah ilmu kefahaman ISLAM , jadikan internet medan penerangan untuk ISLAM untuk Dakwah dan Medan jihad  kita untuk sama-sama kita berjuang untuk ISLAM .

Mudahan Allah ampun dosa kita yang terdahulu . Moga kita berjaya menjadi hamba Allah yang sebenarnya berjaya dunia akhirat dengan menjaga Iman Islam dan Ihsan ...

SALAM NISFU SYAABAN dari HELMI ASSYAFIE

Fadhilat & Kelebihan Malam Nisfu Syaaban dan hukumnya

Ingat Rasulullah dimalam Nisfu Syaaban , malan ini 4.7.2012

Rebut kelebihan Nisfu Sya’aban


SYAABAN datang bertamu bersama rimbunan keberkatan buat umat Muhammad SAW. Kehadirannya saban tahun menandakan kemuliaan dan keistimewaan buat umat ini dengan rahmat dan pengampunan buat mereka yang dipilih oleh Allah SWT.
Diriwayatkan daripada Ata’ ibn Yasar berkata: “Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, malaikat maut menulis nama orang yang akan meninggal dunia pada bulan Syaaban tersebut sehingga bulan Syaaban berikutnya. Sesungguhnya seseorang itu melakukan kezaliman, kejahatan, bernikah dan menanam tanamannya, sedangkan namanya telah dipindahkan dari dewan orang yang hidup kepada dewan orang mati. Tidak ada suatu malam selepas malam Lailatulqadar yang lebih mulia daripada malam Nisfu Syaaban.”
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA berkata: “Sesungguhnya Allah akan memutuskan semua qadha’ hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban dan menyerahkannya kepada pemilik-pemiliknya pada malam Lailatul Qadar.”
Malam pengampunan
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah menilik kepada hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Allah mengampunkan penduduk bumi melainkan dua golongan manusia; golongan musyrik dan musyahin (orang yang bermusuhan).”
Imam al-Auza’i mentafsirkan musyahin dengan makna setiap pelaku bidaah yang memisahkan diri daripada jemaah (Ahli Sunnah wal Jamaah) dan ummah (Muhammad SAW).
Diriwayatkan daripada Umar ibn Hani’: Saya bertanya Ibnu Thauban tentang makna musyahin, maka beliau berkata: Iaitu orang yang meninggalkan sunnah Nabi SAW, orang yang menikam umatnya dan menumpahkan darah mereka.
Dalam riwayat lain pula Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT menilik hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Allah mengampunkan dosa orang-orang mukmin, memanjangkan kesesatan orang kafir dan membiarkan orang yang hasad dengan kedengkian mereka sehingga mereka meninggalkannya.”
Diriwayatkan oleh al-Dar Qutni dan Imam Ahmad dengan sanadnya daripada Aisyah RA berkata: “Pada suatu malam, saya kehilangan Rasulullah SAW, maka saya pun keluar mencarinya dan saya menemui Baginda SAW di Baqi’ sedang mendongakkan kepalanya ke langit. Maka Baginda SAW bersabda: “Adakah kamu takut Allah dan Rasul-Nya menzalimimu?” Aisyah RA berkata: “Saya berkata, bukan begitu, wahai Rasulullah. Saya cuma menyangka kamu mendatangi isteri-isterimu yang lain.”
Baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT melimpahkan rahmat pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia mengampunkan dosa-dosa hamba-Nya yang lebih banyak daripada bilangan bulu kambing Bani Kilab.”
Kemudian baginda mengangkat kepalanya dan kembali sujud lalu membaca: “Aku memohon perlindungan dengan keredaan-Mu daripada kemurkaan-Mu, dengan keampunan-Mu daripada balasan-Mu, dengan-Mu daripada azab-Mu. Tidaklah terhitung pujian ke atas-Mu, Engkau adalah sebagaimana pujian-Mu ke atas zat-Mu. Aku berkata sebagaimana yang pernah dikatakan oleh saudaraku, Daud AS “Aku menyembam mukaku ke tanah bagi Tuanku dan berhaklah baginya sujud itu kepada-Nya.”
Kemudian baginda mengangkat wajahnya dan berdoa: “Ya Allah! Kurniakanlah kepadaku hati yang bertakwa, suci bersih, tidak kufur dan tidak celaka.”
Daripada Abu Darda’ RA, bahawa Nabi SAW bersabda: “Pada malam Nisfu Syaaban, Allah SWT memerintahkan para malaikatnya turun ke langit dunia, lalu memerhatikan amalan hamba-hamba-Nya. Maka Allah mengampunkan orang-orang yang meminta keampunan dan menerima taubat orang-orang yang bertaubat kepada-Nya. Dia juga menerima permohonan orang-orang yang meminta dan mencukupkan keperluan orang yang bertawakal.
“Dia juga meminggirkan orang-orang yang berdendam tanpa memperlakukan sesuatu ke atas mereka dan mengampunkan dosa-dosa bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya melainkan dosa orang musyrik dan orang yang membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah ataupun orang yang memutuskan silaturrahim.”
Mustajab doa
Abu Sa’id al Khudri masuk ke dalam rumah Aisyah. Maka Aisyah berkata, “Wahai Abu Sa’id! Ceritakanlah kepada saya suatu hadis yang pernah kamu dengar daripada Rasulullah, maka saya akan menceritakan kepadamu pula apa yang pernah saya lihat dilakukan oleh Baginda SAW.”
Berkata Abu Sa’id RA, “Apabila Rasulullah SAW keluar solat Subuh, Baginda SAW akan membaca: “Ya Allah! Penuhilah pendengaranku dengan cahaya, pandanganku dengan cahaya, hadapanku dengan cahaya, belakangku dengan cahaya, kananku dengan cahaya, kiriku dengan cahaya, atasku dengan cahaya, bawahku dengan cahaya dan tambahkanlah cahaya Islam dan hidayah dengan rahmat-Mu terhadapku.”
Dalam riwayat lain Rasulullah berkata kepada Aisyah: “Wahai Aisyah! Apakah kamu takut Allah dan Rasul-Nya akan menzalimimu?” Aisyah berkata, “Saya berkata, “Bukan begitu, wahai Rasulullah!” Sabda Baginda: “Telah datang kepada saya Jibril AS dan berkata, “Wahai Muhammad! Malam ini ialah malam Nisfu Syaaban. Pada malam ini, Allah SWT membebaskan manusia dari api neraka sebanyak bilangan bulu kambing Bani Kilab. Pada malam ini, Allah tidak memandang kepada orang musyrik, tidak juga kepada orang yang bermusuhan, orang yang putuskan silaturrahim, orang yang melabuhkan kainnya melebihi buku lali, orang yang menderhaka kepada ibu bapa dan orang yang berterusan minum arak.”
Apabila Subuh, saya menyebut kepada Baginda SAW kalimah yang dibacanya, maka Baginda bersabda, “Wahai Aisyah! Adakah kamu telah mengetahuinya?” Saya berkata, “Ya.” Baginda bersabda, “Pelajarilah dan ajarilah ia kerana Jibril as. telah mengajarnya kepada saya dan menyuruh saya mengulang-ulangnya di dalam sujud.”
ampuni kami